Rendang Pedas Udang, antara rendang yang sedap dan cepat dimasak. Ia tidak menggunakan kerisik sebaliknya hanya menggunakan santan pekat dan lebih cili kering, baru bangkit rasa pedas dan lemaknya. Kalau anda ingin mencuba, resipi RASA kongsikan di sini:-

RENDANG PEDAS UDANG
BAHAN-BAHAN:
1kg udang | buang kepala dan kulitnya, cuci dan tos.
500ml santan pekat
2 helai daun kunyit |carik-carik
5 batang serai | titik
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
15 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
3cm halia
3cm lengkuas
4cm kunyit hidup

Ads

CARA MEMASAK:

Ads
Ads
  1. Masukkan santan dalam kuali bersama bahan kisar, serai titik dan daun kunyit.
  2. Renehkan atas api sederhana hingga kuah pekat, masukkan asam gelugor.
  3. Apabila kuah agak kering, kecilkan api dan masukkan udang.
  4. Sentiasa kacau dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Kacau hingga kuah kering.
  6. Angkat dan hidangkan.

INFO: Pastikan anda masukkan udang bila kuah pekat kerana seafood untuk memastikan kesegaran rasa udangnya.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI