Cara Masak Rojak Mi Homemade Sedap Guna Resipi Arwah Mak

Share

Bagi penggemar Rojak Mi, resipi perkongsian saudari SuiSan Aliezsha ni boleh dicuba. Menurut beliau, resipi ini adalah yang biasa beliau buat hasil tunjuk ajar dari arwah ibunya yang merupakan peniaga makanan. Macam-macam menu yang dijual. Bagi anda yang nak cuba keenakan Rojak Mi ni, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan. Selamat mencuba!

 

RESIPI ROJAK MI SEDAP WARISAN BONDA

BAHAN-BAHAN:

  • Mi kuning
  • Kuih rojak
  • Tauhu – goreng dan potong
  • Ubi kentang – direbus sebiji-sebiji hingga empuk
  • Telur rebus
  • Tauge
  • Cili hijau – hiris
  • Timun – disagat

BAHAN KUAH:

  • 1 paket biskut Marie – dipatah-patahkan – beli online DISINI
  • 3 biji ubi kentang rebus – kisar
  • 3 ulas bawang putih – kisar
  • Cili kering – kisar
  • Udang kering– kisar – beli online DISINI
  • 2 sudu makan tepung jagung – beli online DISINI
  • Minyak masak secukupnya
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Panaskan sedikit minyak masak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.

2. Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih.

3. Seterusnya masukkan ubi kentang yang telah dikisar dan juga biskut marie. Kacau hingga biskut hancur.

4. Tambahkan tepung jagung dan perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya.

5. Bila kuah telah sempurna, padamkan api dan hidangkan bersama mi dan bahan-bahan yang lain.

BAHAN KUIH ROJAK:

  • 2 senduk tepung gandum – beli online DISINI
  • 2 sudu makan yis – beli online DISINI
  • Daun kucai – jika ada
  • Secubit garam
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Satukan tepung gandum, yis dan secubit garam. Tuang air secukupnya dan bancuh hingga sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair.

2. Masukkan kucai. Perap adunan selama beberapa minit.

3. Panaskan minyak dan goreng adunan.

4. Sedia untuk dihidangkan bersama Rojak Mi.

Kredit resipi & foto: SuiSan Aliezsha

 

Tercari-cari KUALI NON -STICK yang murah & berkualiti? Boleh pilih DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur