Roti Pizza Tuna ni nampak sangat sedap dan menyelerakan. Lepas ni kalau ada roti sandwich hamper expired, tak risau dah sebab boleh masak menu ni. Masak poun guna dapur je. Nak cuba buat untuk anak-anak? Saudari Ain Aziz ada kongsikan resipinya. Jom cuba!
1. Ambik roti dan poting empat segi kecil. Masukkan ke dalam mangkuk.
2. Masukkan telur yang telah dipukul. Gaul rata hingga roti menyerap dengan sempurna.
Ads
3. Panaskan kuali dan sapu sedikit minyak. Sebaiknya guna kuali non-stick yang ada penutup.
4. Masukkan roti tadi. Ratakan bagi membentuk seakan kerak @ ‘crust’ pizza.
5. Sapukan sos cili, mayones, hirisan cendawan, kepingan nanas, tuna, sos thousand island dan parutan keju mozzarella secukupnya.
6. Tutup kuali di atas dapur gas dan masak guna api perlahan hingga semua bahan masak sekata dan keju cair.
7. Bahagian bawah roti akan garing dan gelap tetapi tidak hangit. Enak dimakan ketika panas. Namun, jika makan ketika pizza sejuk, roti masih lagi lembut. Memang enak.
Salah satu makanan Thai street food yang sukar didapati di Malaysia dan lebih sukar jika majoriti penjual adalah dari bangsa asing yang menggunakan bahan tidak halal. Resipi ini dikongsikan oleh Zetty Riam untuk kamu cuba sendiri, pasti sedap!
RESIPI KANOM TOKYO
BAHAN UNTUK DOH
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh garam
*ayak bersama semua di atas-ketepikan
1/2 cawan susu cair
1 sudu makan gula
2 biji telur
CARA MEMASAK:
Pukul telur dan gula hingga kembang
Masukan tepung diselang seli dgn susu. Gaul rata
Rehatkan adunan dlm setengah jam
BAHAN INTI:
Sos seasoning -maggi
sos cili -mana2 pun boleh – sy guna sos cili api
serbuk lada sulah
telur puyuh atau telur ayam-optional
sausage @ isi ayam yg dah digoreng bersama sedikit kicap cair dan bawang putih
*untuk inti manis boleh guna kaya/kastard
CARA MEMASAK:
Panaskan kuali non-stick
Ambik satu sudu makan doh – ratakan macam buat lempeng
*utk ekok dia -isi sedikit adunan dlm piping beg- lorek kan kat hujung adunan
Bila doh hampir masak letak inti dan semua sos2 sedikit sahaja
dah nampak garing kqt tepi terus gulung
Waktu pandemik ni kita kenalah sentiasa berhemah dalam mengendalikan perbelanjaan rumah. Mana yang boleh jimat, kita jimat. Contohnya ada makanan yang tidak habis dimakan, boleh diolah semula menjadi hidangan yang enak buat seisi keluarga.
Jika ada roti yang kebetulan nak luput tarikhnya, jangan pula dibuang. Potong dadu dan kepal-kepal lalu digoreng. Boleh juga dibuat kudapan untuk anak-anak makan sambil layan kelas online.
1.Satukan semua bahan dan kepal-kepal membentuk bulat.
2.Kemudian digaul ke dalam bread crumb. Kalau tak nak pun boleh terus goreng saja. Tapi kepal hingga padat. Kalau tak nanti tersengih pulak roti-rotinya.
3.Kemudian dah boleh goreng hingga warna perang.
4.Bolehlah nak cicah dengan sos, mayo ke semua sedap.
Yang bertanda * tu just option. Nak letak boleh, tak letak pun tak apa. Nak letak daging cincang ke, isi ayam cincang ke boleh je.
Sandwic telur adalah sandwic asas dalam pembikinan sandwic sebelum korang mula buat sandwic lain yang lebih memerlukan kepakaran. Pengusaha sandwic ini kongsikan cara membuat sandwic telur sesuai untuk korang yang ingin buat bisnes sandwic. Sebagai bonus, dia turut kongsikan rahsia yang menjadi penyedap pada sandwic telur sehingga boleh membuatkan orang jatuh cinta nak makan sandwic yang korang buat. Nak tahu apa rahsianya?
CARA MEMBUAT
1. Rebus telur sampai masak. Kemudian rendam dalam air sejuk. Kupas
2. Hancurkan telur tapi jangan hancur sangat.
3. Masukkan bawang dalam mangkuk.
4. Masukkan mayones, susu cair dan telur yang sudah dihancurkan tadi.
5. Sapukan bancuhan telur ke atas roti. Susunkan salad dan tomato.
6. Letakkan kepingan keju.
7. Siap untuk dinikmati.
.
RAHSIA SANDWIC SEDAP
1. Yang menyedapkan sandwic telur adalah susu cair. Rasanya jadi lebih lemak.
2. Nak lagi syok, letak sandwic dalam peti sejuk. Pastikan letak sandwic dalam bekas tertutup untuk elakkan roti keras.