
Sedapnya Roti Telur Sardin Homemade resipi perkongsian saudari Siti NurFarizah Mohamad ni. Ringkas tetapi nampak sedap dan menyelerakan. Jika dekat dapur ada roti sandwich yang susah nak habis, boleh cuba resipi ni. Sesuai untuk minum petang dan juga sarapan. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI ROTI TELUR SARDIN HOMEMADE SEDAP
BAHAN-BAHAN:
- Roti sandwich secukupnya
- 1 tin kecil isi sardin – dihancurkan
- 2 biji bawang merah – tumbuk
- 1-2 ulas bawang putih – tumbuk
- Cili padi/ emping cili – jumlah ikut citarasa
- Daun bawang & daun sup secukupnya – hiris halus
- 2-3 biji telur
- Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
- Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Satukan ikan sardin, bawang merah, bawang putih, hirisan cili, daun bawang dan daun sup. Gaul rata hingga sebati.

2. Pecahkan telur dalam bekas berlainan dan pukul sedikit. Kemudian masukkan campuran sardin tadi. Gaul rata.

3. Celupkan kepingan roti yang telah dipotong ke dalam mangkuk berisi bancuhan telur dan sardin. Ratakan.

4. Panaskan kuali non-stick dan masukkan sedikit minyak. Kemudian masak kepingan roti hingga masak dan kekuningan.

5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Siti NurFarizah Mohamad
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Focaccia Bread Istimewa Untuk Minum Petang Bersama Keluarga

Roti leper ini dikatakan berasal dari Italy. Ada pelbagai resipi focaccia ni, yang paling menonjol ialah Rosemary Focaccia. Bahagian atas roti ni boleh ditambah pelbagai bahan seperti hirisan buah zaitun, cincangan bawang putih, daun parsley/rosemary/thyme dan lain-lain.
Hari ini Chef Sue kongsi cara buat dua jenis focaccia bread. Satu jenis yang agak gebu dan satu jenis lagi yang leper dan garing. Tapi dohnya adalah dari resipi yang sama. Roti ni sesuai dimakan dengan pelbagai hidangan sampingan. Kalau tekak melayu, makanlah cicah kuah kari ke, sambal tumis ke atau cicah dalam kopi O panas .

FOCACCIA BREAD
Bahan-bahan:
3 1/2 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI
1 1/3 cawan air suam (lukewarm)
1 cawan minyak zaitun
11grams yis kering-BELI ONLINE DI SINI
2 sudu makan madu asli-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu teh garam halus
Cadangan bahan-bahan lain:
Cincangan bawang putih
Daun parsley kering/segar
Daun Rosemary
Minyak zaitun
Hirisan buah zaitun hitam/hijau
Flaky sea salt (jika suka)
Cara membuat:
1. Tuang air suam dalam mangkuk pengadun. Tabur yis kering dan kacau rata. Biarkan 5-10 minit hingga yis kembang/berbuih.
2. Masukkan minyak zaitun, madu asli, garam dan tepung gandum yang dah diayak ke dalam mangkuk pengadun berisi yis tadi. Uli hingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat pada mangkuk. (8-10 minit medium speed).
3. Bulatkan doh, letak dalam mangkuk dan tutup dengan cling wrap. Rehatkan doh 45-60 minit atau hingga doh naik sekali ganda.
4. Keluarkan doh dari mangkuk dan tumbuk-tumbuk untuk buang lebihan angin yang terperangkap.

5. Canaikan doh menjadi empat segi (bulat pun boleh) pada ketebalan yang diingini. Saya buat 2 jenis, satu tebal sedikit (lebih kurang 1 inci) & satu lagi sedikit leper (1/2 inci). Letakkan doh ke dalam dulang yang dah disapu dengan sedikit mentega dan ditabur sedikit tepung.
6. Gunakan hujung jari dan tekan doh (tapi jangan tekan sampai berlubang) pada beberapa tempat dan rehatkan doh 15-20 minit.


121599538_10224890857677901_1828255300071465520_n.

7. Sapu permukaan doh dengan minyak zaitun secukupnya. Susun daun Rosemary dalam lubang-lubang tadi. Tabur daun parsley dan flaky sea salt. (Boleh tambah bahan-bahan lain seperti dalam cadangan).
8. Bakar dalam ketuhar yang dah dipanaskan pada suhu 180-190C selama 25 minit atau hingga roti keperang-perangan. Potong roti dan hidangkan panas


Kredit : #recipebychefsuearukin
Koleksi Resipi Cucur Viral Yang Popular, Sedap Dan Mudah Untuk Disediakan.

Resipi Cucur Viral yang mudah dan sedap, makanan yang amat mudah untuk disediakan ini tetapi pada masa yang sama sangat lazat untuk dihidangkan bersama minuman panas. Sesuai disajikan untuk minum pagi atau petang. Selamat mencuba!
RESIPI CUCUR KEMBONG MANIS

Bahan-Bahan:
- *2cwn tepung gandum
- *1sudu besar yis kering(saf instant)
- *3sudu besar susu pekat
- *3sudu besar gula(suka manis blh tambah lg)
- *secubit garam
- *air secukup nya(air putih biasa)
Cara Memasak:
- *campur semua bahan.gaul sebati.adunan x cair x pekat sedang2 mcm cucur biasa tu tutup dan rehat kan 1 Jam.
- lepas 1 jam blh la goreng. Selamatmencuba semua.resepi senang,mudah,cpt,sedap
Kredit resipi: Salmah Saad
RESIPI CEKODOK STICK

Bahan-Bahan:
- 2 cawan air*
- 1 ketul kiub pati ayam*
- 2 sudu besar minyak masak*
- 1 sudu kecil maggi cukup rasa*
- sedikit serbuk kunyit*
- 2 cawan tepung gandum
Bahan2 di bawah ni didadu halus ye
- 1 batang sosej
- 1 pokok daun sup
- 3 tangkai cili kering ( dibuang biji)
- 2 hiris carrot
- 2 biji bawang merah
Cara Memasak:
- Masukkan bahan yg Bertanda(*)ke dlm periuk…
- Masak sehingga mendidih..
- Kemudian masukkan tepung gandum,kacau dgn senduk kayu..nmpk adunan berketul2..tutup api
- Sambung kacau lagi,sehingga adunan jadi doh..( Ala2 macam nk buat creampuff gitu)
- Keluarkan doh cekodok td,masukkan dlm bekas lain..
- Gaul dgn bahan2 yg di dadu..gaul sebati ( agak liat sedikit ye) gaul ala kadar je…doh dah suam2,boleh pegang dgn tgn boleh uli sekejap nk bg bahan2 dadu masuk dlm doh je..
- Bulat2kan doh kpd 3 bahagian..(nk buat bentuk 4 segi pun boleh)
- Sediakan alas utk nk gelek adunan..& sekeping plastik utk alas bahagian atas doh..
- Ambil seketul doh,lapik plastik atas doh..gelek sehingga leper..( jangan nipis sangat)
- Potong & kemaskan bahagian tepi sehingga jadi bentuk segiempat
- Potong memanjang,kemudian gentel @ gelek dgn kedua2 belah jari,sehingga jadi macam keropok lekor..
- Ulang sehingga doh habis
- Panaskan minyak yg banyak di dlm kuali,
- Apabila minyak dah betul2 panas..goreng sehingga masak
- Toskan minyak,sedia dimakan..
Kongsi resipi: Azni Achik
RESIPI CEKODOK PISANG RANGUP

Bahan-Bahan:
- 500 gram pisang emas (anggaran 15 hingga 20 biji pisang bersaiz kecil)
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh garam halus
- 2 sudu besar gula
Cara Penyediaan:
- Lenyek pisang sehingga hancur dan tidak berketul
- Masukkan garam, gula dan tepung gandum sedikit demi sedikit, jangan masukkan tepung gandum sekaligus kerana tahap serapan tepung adalah berbeza beza dan bergantung pada kuantiti pisang.
- Jika adunan masih lembik, tambah lagi tepung sedikit demi sedikit.
- Jemput adunan menggunakan hujung jari dan jatuhkan ke dalam minyak panas.
- Goreng dan kacau dengan sudip dengan cara membalik-balikkan cekodok sehingga bahagian luar perang dan rangup.
- Angkat dan hidangkan.
Tips:
- Pastikan jemput tidak berlalu besar untuk mendapatkan saiz cekodok yang kecik, rangup dan sedap
Kredit resipi: Che’ Nom
RESIPI CUCUR IKAN BILIS LEMBUT

Bahan-Bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- Segenggam ikan bilis – belah 2 kalau besar
- 1 ikat daun kucai – potong pendek
- 3/4 cawan bawang besar Holland – potong dadu
- 1 biji cili merah dipotong kecil – tak letak
- 1/4 sudu kecil soda bikarbanat
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu kecil garam
- Secubit serbuk kunyit
- 1/2 cawan air panas mendidih
- 1 1/2 cawan air biasa – lebih kurang 250 ml
Cara Memasak:
- Satukan kesemua bahan di atas kecuali air. Kacau rata. Tuangkan air sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga mencapai kelikatan yang sesuai. Tak perlu dihabiskan air jika telah sesuai kelikatannya.
- Jika terlebih cair, tambahkan 1/2 cawan tepung gandum sedikit demi sedikit. Tuangkan air panas. Biarkan seketika supaya soda bikabanat naik.
- Panaskan minyak dan setelah minyak benar benar panas, goreng dengan api sederhana sehingga kekuningan. Angkat dan tos.
- Sedap dimakan panas panas. Cicah dengan sos cili atau mayonis atau apa apa yang disukai.
Koleksi resipi: Azie Kitchen
RESIPI CUCUR SAYUR RANGUP

Bahan A:
- 1 1/2 Cawan Tepung Gandum *
- 1 sudu kecil baiking powder *
- 1 sudu kecil garam atau terpulang citarasa anda *
- 1 sudu serbuk ikan bilis ..tak ada pun tak apa *
- 1 sudu besar minyak masak*
- 1 biji telor ayam *
- Semua Bahan yang di tandakan * hendaklah digaul rata
Bahan B:
- 1 cawan sayur kobis bulat yang dihiris halus
- 1 cawan karet yang dihiris halus
- 1 cawan daun sop, daun bawang yg telah dipotong
- 1 biji bawang besar yg dihiris halus
- 1 biji cili hijau yg dihiris halus / tak mahu pun tak apa. @ saya suka cucur saya bewarna warni
- Atau terpulang sayur yang menjadi pilihan anda.
- 2 cawan air JANGAN dihabiskan, bergantung pada tepung anda, bancuhan jangan terlalu pekat dan cair
Pilihan Lain:
Ikan Bilis hendaklah digoreng dahulu baru dimasukkan kedalam adunan
ATAU
Udang Basah yg buang kulit dan dipotong kecil dan dimasukkan kedalam adunan
CARA MEMASAK:
- Bahan B hendaklah dimasukkan kedalam adunan Bahan A
- Gaul rata supaya menjadi sebati kemudian baru masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yg cantik
masukkan Ikan Bilis atau pun Udang yang menjadi pilihan anda rasa tahap kesedapan anda - Rehatkan ADUNAN selama 10 hingga ke 15 minit barulah digoreng
Kredit resipi: cahayahidupku2569.blogspot.com
RESIPI CUCUR UDANG JAGUNG

Bahan-Bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 6 sudu besar tepung beras
- 2-3 cawan air (lebih kurang, kena masukkan sikit sikit dan adjust kepekatan)
- 15 ekor udang
- 1/2 cawan isi jagung atau lebih
- 1 cawan tauge
- 1/2 cawan daun kucai
- 1 ulas bawang besar – dipotong dadu kecil
- Sedikit gula (saya suka bagi manis sedikit)
- Sedikit garam
Cara Memasak:
- Campur kesemua bahan diatas dan kacau rata. Peram sekejap dalam 1-2 jam Barulah digoreng
- Goreng (deep fry) dalam minyak panas. Selepas goreng, potong kecil kecil dan hidangkan dengan kuah kacang atau sos cili
Kredit resipi: enyabdullah
Resipi Lasagna Spagheti Bolognaise Paling Mudah.Sangat Sedap & Tak Muak

Waktu PKP ni kadang kala masak ada juga berlebihan. Maka kenalah kreatif untuk hasilkan menu lain agar tidak berlaku pembaziran makanan. Semalam ada masak spagheti bolognaise jadi lebihan tersebut jangan pula dibuang. Simpan boleh buat lasagna untuk dinikmati seisi keluarga. Enak dan menyelerakan.
Lasagna Spagheti Bolognaise
Bahan A (spagheti bolognaise)
Spaghetti direbus dan toskan
Sos prego bolognaise
1 labu bawang putih-cincang dadu
Isi ketam/sosej/isi ayam cincang /isi daging cincang
3 sudu butter
Bahan B ( sos putih)
1 tin sos cendawan
1 labu bawang Holland-potong dadu
1 biji tomato -potong dadu
4 sudu tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI
3 sudu butter
1 cawan susu cair-BELI ONLINE DI SINI
Gula & /garam
Sedikit lada sulah-BELI ONLINE DI SINI
Bahan C
Kepingan lasagna
Hirisan lada benggala hijau & merah
Hirisan bawang Holland
Hirisan tomato
2 biji telur
Cara masak bahan A
1.Panaskan butter
2.Tumis bawang putih
3.Masukkan isi ketam/sosej/isi ayam/isi daging
4.Masukkan sos spaghetti prego
5.Masukkan air sukatan 1 tin prego tadi
6.Masak sehingga bahan-bahan masak
7.Sesuaikan rasa bersama garam & gula
8.Masukkan spagheti dan gaul rata
9.Tutup api dan ketepikan
Cara bahan B
1.Panaskan butter
2.Masukkan bawang Holland
3.Masukkan sos cendawan
4.Masukkan air sukatan tin sos cendawan tadi
5.Masukkan susu cair
6.Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga kuah tak berketul
7.Sesuaikan rasa bersama garam, gula dan lada sulah
8.Agak kuah pekat sedikit tutup api dan ketepikan
Cara C
1.Di dalam bekas pembakar lumur sedikit butter
2.Lapisan pertama, letak kepingan lasagna bagi rata pada bekas
3.Lapisan kedua,letak spagheti ratakan pada bekas
4.lapisan ketiga,masukkan sos putih dan ratakan pada semua bekas
5.Ulangi langkah 1,2&3
6.Pastikan lapisan terakhir pada lapisan sos putih berada di atas bekas
7.Taburkan hirisan bawang Holland,lada benggala serta tomato
8.Tuang telur yang telah dipukul. Pastikan lapisan telur memenuhi permukaan atas lapisan terakhir tadi.
9.Bakar dalam oven bersuhu 170° selama lebih kurang 60 minit
10.Bila lasagna telah bakar garing di bahagian atas boleh keluarkan dari oven dan sedia untuk dihidangkan
Kredit: Rozel Linda
JIKA ANDA NAK MEMBELI OVEN TOASTER , BOLEH LIHAT DI SINI.

