Cara Masak Sambal Bilis Garing Yang Sedap & Tahan Lama

Share

Menu Sambal Bilis garing/kering ni memang sangat sedap. Kalau makan dengan nasi

panas begitu sahaja pun dah cukup berselera. Jika ada dikalangan anda yang bakal mengerjakan umrah atau bercuti di luar negara, Sambal Bilis garing ni memang sangat sesuai dibawa bersama. Makan dengan nasi panas atau roti pun dah cukup menyelerakan. Malah boleh tambah tempe goreng atau tauhu goreng juga. Nampak sedap kan? Jom cuba resipi perkongsian saudari Aien Alaam ni.

 

SAMBAL BILIS GARING / KERING

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm cili kering
  • 500gm ikan bilis halus – goreng hingga garing
  • Bawang goreng secukupnya
  • 2 kiub pati ayam
  • Gula halus secukup rasa
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Goreng cili kering dalam minyak panas lebih kurang 10 saat atau sehingga cili menjadi rangup. Jangan sampai hangit kerana nanti cili akan jadi pahit.

2. Tumbuk / kisar kering cili kering yang digoreng tadi hingga halus. Ketepikan.

3. Dalam kuali berasingan, panaskan 3 sudu makan minyak masak. Masukkan kiub pati ayam dan hancurkan sehingga sebati dengan minyak. Masak guna api kecil dan jangan sampai hangit.

4. Seterusnya masukkan cili kering kisar, ikan bilis goreng, bawang goreng, gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.

5. Gaul rata hingga semua bahan sebati. Padam api dan angkat.

6. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas bersesuaian.

 

Kredit resipi & foto: Aien Alaam

Published by
Nur