Tercari-cari resipi Sambal Nasi Lemak yang sedap dan mudah disediakan? Resipi perkongsian dari Cikgu Afy Al Habibi ni tentunya perlu anda cuba. Istimewanya, sambal ini tahan lama dan boleh tahan berhari-hari tanpa perlu disimpan dalam peti sejuk. Malah ia juga pelbagai guna dan boleh dijadikan pes untuk memasak aneka hidangan seperti nasi, mi, bihun dan kuetiau goreng. Memang memudahkan kerja. Jom cuba!
RESIPI SAMBAL NASI LEMAK @ IBU SAMBAL
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 genggam ikan bilis – dibersihkan
1 mangkuk cili kisar (boleh guna kombinasi cili kering besar & kerinting untuk rasa sambal pedas-pedas manis)
Secubit asam jawa – larutkan dengan 1/4 gelas air
2 1/2 sudu makan gula melaka
4 sudu makan gula
Sedikit garam
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
1 biji bawang Holland / kuning
2 biji bawang merah – saiz syiling 20 sen
1 ulas bawang putih
Sedikit belacan – boleh ganti dengan 1 1/2 sudu makan udang kering
1/2 genggam ikan bilis goreng
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan minyak.
2. Dengan menggunakan minyak gorengan yang sama, tumis bahan kisar hingga naik bau.
3. Seterusnya masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak menggunakan api perlahan. Tutup kuali dan biarkan ia mereneh dan cili betul-betul masak.
4. Masukkan air bancuhan asam jawa. Kacau rata.
5. Selepas bahan mendidih, masukkan 1 sudu makan ikan bilis goreng. Gaul rata.
Ads
6. Bagi mendapatkan warna sambal yang cantic, masukkan gula melaka.
7. Tambahkan juga gula putih dan juga sedikit garam. Tidak perlu banyak kerana ikan bilis sudah mempunyai rasa masin.
8. Bila sambal mula likat dan berkilat, padamkan api. Siap untuk dinikmati.
Ads
CARA BUAT SAMBAL UDANG GUNA PES SAMBAL. 5 MINIT BOLEH SIAP!
Masukkan 2 senduk sambal ke dalam kuali. Hidupkan api.
Masukkan udang dan tambah 1/4 cawan air. Biarkan udang mengeluarkan airnya sendiri supaya kuah rasa lebih sedap.
Tambahkan secubit garam dan masak udang selama 5 minit.
Colek ada pelbagai jenis. Salah satunya adalah jenis serbuk yang sedap yang dinamakan serbuk colek ala Thai. Nak nikmati kepuasan makan buah mempelam muda cecah dengan serbuk colek, cubalah buat serbuk colek ala Thai ni. Sememangnya sedap. Rasanya pedas, manis dan masin saling melengkapi. Sekali colek, nak lagi!
CARA MEMBUAT
1. Sangai semua bahan kecuali gula.
2. Selepas garing semua bahan itu, sejukkan dan kisar kering.
3. Kalau ikut resipi asal, bahan garing ini dikisar sekali dengan gula. Tapi boleh juga guna gula pasir yang halus.
4. Terus campur bahan garing kisar dengan gula dalam bekas asing dan gaul sebati.
Nota:
1. Tambah garam kalau tak cukup masin.
2. Lebihkan cili kering jika suka lebih pedas.
3. Yang paling penting pastikan bahan-bahan sangai tu sejuk dahulu, kemudian baru dikisar. Kalau tak nanti tak cantik kejadiannya.
Makan tanpa ada sambal memang tidak lengkap. Dapat pula sambal yang jarang ditemui. Memang boleh bertambah makan.Kalau ada belimbing buluh memang ngam buat sambal bilis ni. Makan bersama dengan ikan goreng panas-panas.Jomlah buat.
SAMBAL BILIS BELIMBING BULUH
Bahan-bahan:
Ikan bilis
Cili merah & cili padi – ikut kepedasan yang korang nak
Bawang merah
Belacan (optional)
Cara membuat:
1.Tumbuk bahan-bahan ikut cita rasa anda nak kasar atau halus.
2.Belimbing buluh – hiris bulat-bulat, kalau suka masam boleh lebihkan.
3.Petai dihiris-hiris sahaja (optional).
4.Tumis bahan tumbuk, campakkan belimbing dan petai.
5.Tumis sampai garing dan pecah minyak, perasakan garam dan gula.
6.Siap untuk dihidang.
Apabila makan di restoran yang menyediakan menu ayam penyet, selain ayam goreng yang sedap tu, sambalnya turut menarik perhatian. Nak tahu macam mana buat sambal ayam penyet tu? Jom RASA kongsikan resipi daripada Pn Nj melalui telegram chanel Kaki Makan.
SAMBAL AYAM PENYET
Bahan-bahan
30 biji cili padi merah (digoreng)
12 biji cili merah 12 (dipotong dan digoreng)
4 biji tomato (dipotong 4 dan digoreng)
5 labu bawang merah (digoreng)
5 ulas bawang putih (digoreng)
1 inci belacan 1 (dibakar)
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Cara membuat
1. Tumbuk semua bahan dan masukkan semua bahan ke dalam kuali dan digoreng lagi sehingga naik minyak.
2. Masukkan air asam jawa bersama garam dan gula. Kacau sampai masak.
Info
Sambal ni boleh tahan 3 hingga 4 hari tanpa simpan dalam peti sejuk. Kalau simpan dalam bahagian chiller 3 hingga 4 minggu pun masih okay. Korang cuma perlu pastikan, tumis cilinya sehingga betul-betul masak.