Selain dimasak kari, masam manis atau gulai, ikan bawal juga enak dimasak Sambal Taucu begini. Kombinasi sambalnya yang enak dan juga isi ikan bawal yang lembut, memang sangat sepadan. Bagi anda yang belum ada idea nak masak apa, menu perkongsian saudari Nurul Ateekah ini sangat sesuai untuk dicuba. Rasanya? Tentulah enak. Rugi kalau tak cuba tau. PAsti kena dengan selera semua.
RESEPI SAMBAL TAUCU IKAN BAWAL
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan bawal (saiz sedarhana)
5-6 sudu makan cili kisar – beli online disini
3 sudu makan kacang Taucu – dibilas dengan air – beli online disini
1 biji tomato – dibelah 4
1 biji cili hijau – dibelah
1 biji cili merah – dibelah
3 ulas bawang putih – dihiris
1/2 biji bawang besar – potong bulat
1 batang serai – diketuk
Serbuk perasa
Gula
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, goreng ikan bawal sehingga masak . Angkat dan ketepikan.
2. Gunakan minyak yang sama, tumis bawang besar, bawang putih dan serai sehingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak. Perlahankan api supaya cilinya betul-betul masak.
4. Masukkan kacang taucu, cili merah, cili hijau dan tomato. Kemudian gaulkan.
5. Masukkan gula dan serbuk perasa dengan secukupnya. Gaul rata.
6. Akhir sekali, masukkan ikan bawal yang telah digoreng tadi dan gaulkan hingga kesemuanya bersalut sekata .
7. Angkat dan siap untuk dihidang.
Kredit resipi & foto: Nurul Ateekah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official