Sambal Taucu Pedas Berapi ni memang padu. Makan pula dengan nasi panas-panas, memang tak toleh kiri kanan dah. Selain nasi, cicah dengan Lempeng dadar pun dah nikmat. Sangat berbaloilah cuba masak Sambal Taucu perkongsian saudari Rosni Musa ni. Memang puas hati!
Ni resipi Creamy Cheezy Butter Prawn paling sedap nih. Ramuannya ada mentega, keju dan susu cair, kaya rasa mentega dan keju. Daun kari dan bawang putih memang makin mantaplah rasanya.
Kalau min suka ratah aje lauk nih. Yang penting sajian ini cepat dimasak tapi paling thrill part mengacau kuning telur .
Kacau laju kuning telur tu dan masa curah angkat mangkuk tinggi baru menjadi ‘sarangnya’ atau jeraminya untuk tabur atas sajian bila dah siap masak nanti.
CREAMY CHEEZY BUTTER PRAWN
BAHAN-BAHAN :
*Panaskan minyak dalam kuali dan goreng udang hingga masak, tos dan ketepikan tapi jangan terlebih masak
Bahan creamy cheezy sos:
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan mentega. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan daun kari dan cili api.
2. Masukkan susu cair, serbuk lada sulah, gula dan serbuk pati ayam. Tak perlu tambah garam.
3. Masukkan kepingan keju. Kita guna jenama Emborg.
4. Apabila sauce dah menggelegak masukkan udang.
5. Gaulkan udang hingga sebati dengan sauce tadi. Tutup api dan ketepikan.
6. Dalam mangkuk lain pukul 4 butir kuning telur.
7. Panaskan minyak dan setengah buku mentega dalam kuali. Bila minyak dah cukup panas, perlahankan api. Guna senduk seperti dalam gambar.
8. Angkat mangkuk tinggi-tinggi, tuangkan telur perlahan-lahan kemudian kacau dengan laju membentuk bulatan. Kacau laju-laju tau untuk dapatkan jerami telur yang halus.
9. Masak sebentar hingga minyak berbuih. Tutup api.
10. Tuangkan telur ke dalam penapis besi macam ni. Nak guna penapis santan yg besi tu pun boleh. Tekan telur guna senduk tadi untuk turunkan minyak ke bawah.
11. Masukkan udang dalam pinggan. Taburkan telur di atasnya. Sedia untuk disajikan.
*Nampak menyelerakan betul!
Sumber : Suzana Othman FB : Resepi Mama
ANDA SEDANG MENCARI PERALATAN DAPUR TERKINI, JOM LAYARINYA DI SINI
Mi wantan , mungkin ada yang sudah biasa dengan hidangan ini. Ia biasanya dihidangkan dalam sup panas. Bagi melengkapi mi wantan ini, dihias dengan sayuran dan wantan. Hari ini min kongsikan resipi mi wantan olahan Salimah. Nak makan kenalah rajin ye. Moga berjaya korang.
Bahan dumpling :
Kulit dumpling segera (beli di pasaraya)
2 keping dada ayam – dicincang
isi udang – dicincang
1 biji telor
1/2 biji bawang holand – diracik
1 sudu kecil lada sulah
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar minyak bawang putih
1 sudu kecil garam
daun bawang – diracik halus
CARA-CARA:
Gaulkan semua bahan di atas sampai sebati.
Ambil kulit dumpling, letakkan isi yang digaul tadi di tengah-tengah kulit.
Letakkan sedikit air dikeliling kulit dan bunjutkan.
Kukus dalam 4@5 minit.
Jangan lupa sapukan minyak pada periuk kukusan untuk mengelakkan dumpling melekat semasa mengukus.
Bahan sup jernih :
3@4 cawan air
Tulang ayam (lebihan dari dada ayam tadi)
Bebola ikan
Dumpling yang telah dikukus
1/2 kiub ayam knorr
1 sudu teh lada sulah
1cm halia | dihiris nipis
2 sudu besar minyak bawang putih
Garam cukup rasa
Daun bawang
CARA-CARA:
Masak semua bahan di atas sampai didih (kecuali bebola dan dumpling).
Akhir sekali baru masukkan bebola & dumpling. Biar mendidih sekejap.
Padamkan api.
Bahan mee kicap:
1 paket mee wantan
4 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap cair/manis
2 sudu makan sos tiram
2 sudu teh lada sulah
CARA-CARA:
Celur mee wantan dengan air panas dan toskan.
Gaulkan dengan semua bahan-bahan diatas. Ketepikan.
Hidangkan mee tadi bersama dumpling goreng, cili jeruk, sayur kailan celur dan sup jernih.
Selamat mencuba 😍
Resepi fb : Salimah Olie
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bila tiba musim perayaan, kaum ibu pastinya sibuk di dapur menyediakan juadah buat keluarga dan juga tetamu yang datang berkunjung. Dari pagi hingga ke petang, tak henti memasak tanpa rasa penat. Kegembiraan menyambut Syawal bersama sanak saudara dan sahabat handai, mengatasi segalanya.
Namun ada ketika, pasti tercari-cari juadah apa lagi yang nak dimasak kan? Nak ulang menu yang sama, rasa jemu pula. Jom cuba seleksi resipi di bawah yang Sedap, Senang & Shiok dengan AJI-SHIO®!
1. UDANG MASAK DIRAJA BAHAN-BAHAN:
1/8 cawan minyak masak
1 batang serai – dititik
10 ekor udang bersaiz besar
½ asam keping
50ml air
50ml santan pekat
1 helai daun kunyit – dihiris halus
½ sudu besar AJI-SHIO® Lada Berperisa
½ sudu kecil gula
BAHAN-BAHAN (A): DIKISAR
3 ½ bawang merah
1 ½ ulas bawang putih
2 biji cili merah – dipotong
1 ½ biji cili api merah
½ inci halia
½ inci kunyit hidup
½ inci lengkuas
½ cawan air
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak masak, masukkan serai, bahan kisar (A) dan tumis sehingga naik bau dan pecah minyak.
2.Masukkan udang, asam keping, air, santan pekat dan daun kunyit. Gaul rata dan biarkan udang masak.
3.Perasa dengan AJI-SHIO® Lada Berperisa dan gula. Gaul rata.
4.Sedia untuk dihidang.
2.DAGING MASAK HITAM
BAHAN-BAHAN:
600gm daging – dipotong dadu
1/2 cawan minyak masak
3 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 helai daun pandan – diikat simpul
500ml air
2 sudu besar kerisik
1 sudu kecil AJI-SHIO® Lada Berperisa
1 sudu kecil AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa
BAHAN-BAHAN (A): BAHAN PERAPAN
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap manis
50gm gula melaka – dicincang halus
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar cili kisar
BAHAN-BAHAN (B): DIKISAR
3 batang serai
1 inci lengkuas
1 biji bawang besar
7 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 cawan air
CARA MEMASAK:
1.Gaul daging bersama bahan perapan (A) dan bahan kisar (B) selama 30 minit.
2.Panaskan minyak, masukkan buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis, tumis sehingga naik bau.
3.Masukkan daun pandan dan daging yang telah diperap. Kacau sebati dan biar masak sehingga daging empuk. Tambahkan air sekiranya air daripada daging sudah kering dan daging belum empuk. Kacau dengan kerap supaya tidak hangit.
4.Perasa dengan AJI-SHIO® Lada Berperisa dan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa. Gaul rata.
5.Masukkan kerisik dan masak sehingga kuah pekat. Sedia untuk dihidang.
3. BIHUN SUP UTARA
BAHAN-BAHAN: SUP DAGING
2.5 liter air
300 g daging lembu – dipotong kiub
1/4 cawan minyak masak
1 sudu besar serbuk rempah sup
2 sudu kecil AJI-SHIO® Lada Berperisa
1 sudu besar AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa
BAHAN-BAHAN (A): DIKISAR
3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
1/2 inci halia
2 biji buah keras
1/4 cawan air
BAHAN-BAHAN: SAMBAL MERAH
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
½ biji bawang besar
1/4 cawan air
½ cawan minyak masak
4 sudu besar serbuk cili dicampur 2 sudu besar air
1 sudu kecil AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa
1/2 sudu besar gula
BAHAN SAMPINGAN:
500gm bihun, direndam air + 1 sudu kecil serbuk kunyit dan dicelur
100gm lobak masin – dicelur dan dicincang
2 tangkai daun bawang – dicincang
3 tangkai daun sup – dicincang
4 sudu besar bawang goreng
CARA MEMASAK: SUP DAGING
1.Masukkan air ke dalam periuk dan masukkan daging lembu. Rebus sehingga empuk, biarkan sejuk dan hiris nipis. Simpan air rebusan dan ketepikan.
2.Panaskan minyak masak, bahan kisar (A) dan serbuk rempah sup, kemudian tumis sehingga naik bau dan kekuningan.
3.Masukkan air rebusan daging lembu dan kacau hingga sebati dan didihkan selama 20 minit.
4.Perasa dengan AJI-SHIO® Lada Berperisa dan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa.
5.Sedia untuk dihidangkan bersama bihun, sambal merah dan bahan sampingan.
CARA MEMASAK: SAMBAL MERAH
1.Kisar bawang putih, bawang merah, bawang besar dengan air.
2.Panaskan minyak masak di dalam kuali, kemudian tumis bahan kisar dan campuran serbuk cili sehingga naik bau.
3.Perasa dengan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa dan gula, kacau hingga sebati.
4.Sedia untuk dihidang.
4. ASAM LAKSA
BAHAN-BAHAN: KUAH
3 liter air
600gm ikan tongkol
400gm ikan sardin putih
10 keping asam keping
7 sudu besar asam jawa – digaul bersama sedikit air dan ditapis
8 tangkai daun kesum
2 kuntum bunga kantan
1 batang serai – diketuk
4 sudu kecil AJI-SHIO® Lada berperisa
3 sudu kecil garam
6 sudu kecil gula
2 sudu besar petis udang
BAHAN-BAHAN A: DIKISAR
7 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
16 tangkai cili kisar – direbus
1 inci lengkuas
10gm belacan
1/2 cawan air
BAHAN-BAHAN B: IRINGAN
1 kg laksa basah – dicelur
½ biji timun – dihiris panjang
3 biji bawang merah – dihiris nipis
½ biji nanas – dipotong dadu
3 tangkai daun pudina – dipotong kasar
3 biji telur rebus – dibelah dua
2 tangkai cili merah – dihiris serong
Sedikit petis udang (pilihan)
CARA MEMASAK:
1. Rebus ikan sardin dan ikan tongkol bersama asam keping sehingga masak.
2. Keluarkan ikan dari air rebusan, asingkan isi ikan dari tulang ikan.
3. Kisarkan tulang ikan dan tapis ke dalam air rebusan.
4. Kisar kasar 2/3 isi ikan dan tuang semula kedalam air rebusan.
5. Racikkan 1/3 isi ikan, dan masukkan ke dalam air rebusan bersama bahan kisar (A), daun kesum, bunga kantan dan serai.
6. Perasakan dengan AJI-SHIO® Lada berperisa, garam, gula dan petis udang. Biarkan mendidih.
7. Untuk menghidang, letakkan sedikit laksa basah, sedikit bahan-bahan iringan dan tuangkan kuah. Sedia dimakan
AJI-SHIO® JADIKAN MASAKAN JADI LEBIH SEDAP, SENANG & SHIOK!
Memasak tentunya jadi lebih mudah dengan adanya AJI-SHIO® Lada Berperisa dan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa. Kedua-duanya adalah bahan perasa yang perlu ada di rumah anda di musim perayaan ini. Penggunaan AJI-SHIO® Lada Berperisa dan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa menaikkan lagi keenakan dan aroma masakan. Semuanya cukup rasa. Bila makan, terasa nikmatnya.
AJI-SHIO® Lada Putih Berperisa dan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa memberikan rasa “omm” kepada masakan menjadikannya lebih sedap, beraroma, cukup rasa lada pedas dan juga masinnya. Sesuai digunakan untuk memasak Ayam Bakar, spageti, Ayam Paprik, Mi Goreng, Salad, sup, burger, telur goreng, bubur dan bermacam-macam lagi. Sesuaikan sahaja mengikut selera anda.
Kedua-duanya produk ini sangat membantu kerja memasak kerana ia senang digunakan. Cuma taburkan sahaja ke dalam masakan anda sama ada untuk perapan, semasa masak atau sebagai topping selepas masak. Dalam sekelip mata sajian enak sudah tersedia. Sangat senang. Malah anda juga boleh kurangkan penggunan garam.
Sesuai sangatlah guna AJI-SHIO® Lada Putih Berperisa dan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa bila masak juadah untuk tetamu yang datang beraya. Masakan tradisional atau moden, semuanya boleh guna. Hanya tambah sedikit sahaja dalam masakan, hidangan enak sudah tersedia.