
Sambal Taucu Pedas Berapi ni memang padu. Makan pula dengan nasi panas-panas, memang tak toleh kiri kanan dah. Selain nasi, cicah dengan Lempeng dadar pun dah nikmat. Sangat berbaloilah cuba masak Sambal Taucu perkongsian saudari Rosni Musa ni. Memang puas hati!
RESIPI SAMBAL TAUCU PEDAS BERAPI
BAHAN-BAHAN:
- Taucu
- 1 mangkuk kecil ikan bilis (beli online disini)
- 2 biji bawang besar (beli online disini)
- 1 ulas bawang putih (beli online disini)
- 14 biji cili api
- 1 inci belacan (beli online disini)
- 1 keping asam gelugur – boleh guna belimbing buluh (beli online disini)
CARA MEMASAK:
1. Hiris bawang besar, bawang putih dan cili padi.
2. Panaskan minyak kemudian tumis bahan-bahan hiris bersama belacan dan asam gelugur.
3. Bila bawang sudah layu, masukkan ikan bilis. Kacau rata.
4. Seterusnya masukkan taucu. Jumlahnya agak-agak sahaja ikut cita rasa. Jangan terlebih kerana rasanya akan jadi terlebih masin. Kacau rata.
5. Tuangkan sedikit air ke dalam tumisan taucu tadi. Jumlahnya ikut cita rasa. Renehkan.
6. Masukkan perencah cukup rasa. Tak perlu tambah garam kerana taucu sudah masin. Kalau rasa tak masin, baru letak garam.
7. Tambah sedikit gula untuk seimbangkan rasa. Renehkan sekali lagi.
8. Bila Sambal Taucu dah pekat sebegini, padamkan api dan angkat.
9. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih.
Kredit resipi & foto: Rosni Musa
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah & sedap di laman web RASA:
Petua Masak Sup Daging Siam Yang Sedap, Cepat Empuk & Tak Guna Banyak Minyak
Guna Teh Wangi & Masak Atas Dapur. Ini Petua Buat Teh Pakistan Mashyur Yang Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Daging Black Pepper Comfirm Sedap, Tak Perlu Cari Resipi Lain Dah

Daging Black Pepper ni tak sukar dimasak. Bahan-bahannya juga ringkas sahaja namun ramai yang rasa renyah nak sediakan sajian ini. Jika menggunakan sos sedia ada di pasaran, boleh je. Tetapi jika boleh jimat dan rasa rencah yang dimasak sendiri ini lebih enak, apa salahnya jika cuba kan? Dah jimat belanja. Jom cuba resipi perkongsian saudari Suriani Mohd ni. Anda pasti sukakan rasanya.
RESIPI DAGING BLACK PEPPER SEDAP & MUDAH MASAK
BAHAN-BAHAN:
500gm daging
1 sudu makan air bancuhan tepung jagung – beli online disini
Lobak merah secukupnya – hiris
Lada benggala hijau / merah secukupnya -hiris
Cili padi
Bawang holland – hiris
Tomato – hiris
Garam secukup rasa – jika perlu sahaja
Sedikit air – jika perlu
Minyak masak secukupnya
BAHAN PERAPAN:
1 biji bawang merah – tumbuk halus
4 ulas bawang putih – tumbuk halus
3-4 sudu makan kicap manis – beli online disini
2 sudu makan sos tiram – beli online disini
2 sudu makan biji lada hitam – tumbuk – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Hiris daging nipis-nipis. Kemudian campurkan dengan bahan-bahan perapan. Gaul sebati dan perap selama 30 minit. Lagi lama diperap lagi sedap.
2. Panaskan minyak masak, goreng daging yang diperap tadi menggunakan api sederhana.
3. Masak daging hingga lembut dan kering. Jika daging masih keras, tambahkan air dan masak hingga daging lembut.
4. Bila daging sudah lembut, masukkan air bancuhan tepung jagung.
5. Tambahkan hirisan lobak merah. Masak hingga sedikit lembut.
6. Akhir sekali, masukkan hirisan lada benggala, cili padi, bawang holland dan tomato.
7. Gaul-gaul seketika dan padamkan api. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Suriani Mohd
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
3 Resipi Sos Steamboat Homemade Sedap Boleh Buat Sendiri

Penggemar Steamboat bolehlah cuba buat sendiri tiga jenis Sos Steamboat homemade perkongsian saudari Tuan Adriana Arissa ini. Sangat berbaloi jika masak sendiri. Puas makan dan tentunya lebih jimat. Resipi-resipi sos ini sangat mudah disediakan dan tentunya menepati cita rasa semua. BONUS! Empunya resipi juga berkongsi resipi perapan Daging Harimau Menangis. Jadi jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
TIGA RESIPI SOS STEAMBOAT HOMEMADE SEDAP & MUDAH
1.RESEPI SOS HIJAU THAI
BAHAN-BAHAN:
3 ulas bawang putih – tumbuk
2 batang akar daun pakci @ ketumbar -hiris halus
1 sudu kecil garam kasar – tumbuk
25 biji cili padi hijau – tumbuk
4 sudu gula (empunya resipi guna gula kabung)
5 biji limau nipis
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan tumbuk dan tumbuk hingga hancur.
2. Masukkan gula dan jus limau nipis Sebatikan.
3. Akhir sekali masukkan hirisan daun ketumbar / pakci yang telah dihiris halus. Sebatikan.
4. Sos Hijau Thai sedia untuk dihidang.
2. RESEPI SOS DAGING HARIMAU MENANGIS
BAHAN-BAHAN:
Sos ikan (nampla) – beli online disini
Air asam jawa – beli online disini
Jus limau nipis
Gula kabung thai / Thai palm sugar (namtan peep) – beli online disini
Serbuk cili thai – beli online disini
Bawang merah kecil – hiris
Beras sangai (goreng beras tanpa minyak kemudian tumbuk halus)
Daun ketumbar
(sukatan bahan ikut jumlah yang dibuat dan selera masing-masing)
CARA MEMASAK:
1.Satukan sos ikan, air asam jawa, jus limau, gula kabung thai, serbuk cili thai dan bawang merah ke dalam mangkuk. Sebatikan hingga larut. Sukatan ikut selera dan pastikan seimbang rasa pedas, masam, masin dan manisnya.
2. Kemudian masukkan hirisan daun ketumbar dan beras sangat. Sebatikan.
3. Sedia untuk dihidang.
3. RESEPI SOS ALA JOHNNY’s
BAHAN-BAHAN:
5 biji cili merah (cili besar)
3 ulas bawang putih
2 1/2 sudu makan minyak bijan – beli online disini
2 1/2 sudu makan sos ikan – beli online disini
2 1/2 sudu makan cuka epal @ cuka biasa – beli online disini
2 sudu makan sos cili thai – beli online disini
1/2 sudu makan pati sunquick – beli online disini
1 sudu teh tepung jagung (larut dalam 1/2 cawan air) – beli online disini
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan bijan – digoreng tapa minyak – beli online disini
Sedikit daun ketumbar – dihiris halus
CARA MEMASAK:
1. Kisar cili merah dan bawang putih hingga halus.
2. Masukkan bahan kisar, minyak bijan, sos ikan, cuka, sos thai dan sunquick ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
3. Masukkan larutan tepung jagung dan masak hingga kuah agak pekat dan berkilat. 4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
5. Sebelum tutup api, tabur bijan dan ketumbar.
4. RESEPI HARIMAU MENANGIS
BAHAN PERAPAN DAGING:
Daging – hiris nipis
Bawang putih – cincang
Manisan padi / Gula kabung – beli online disini
Nampla (sos ikan) – beli online disini
Sos tiram – beli online disini
Serbuk lada hitam – beli online disini
Minyak
Kicap pekat – beli online disini
Ajinomoto (jika perlu)
Garam (jika perlu)
(Sukatan bahan bebas ikut selera. Bergantung pada jumlah daging yang digunakan)
Dapatkan SUGAR BUBBLE DISH WASHING LIQUID dengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1.Dalam bekas bersesuaian, satukan semua bahan dan gaul semuanya hingga sebati dan bersalut rata.
2. Perap daging semalaman. Tidak perlu letak air supaya daging menjadi lembut dan berjus.
INFO: Untuk kuah steamboat tu, boleh campur sepeket perencah oden dan sepeket perencah tom yam. Memang padu!
Kredit resipi & foto: Tuan Adriana Arissa
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sedap & Mudah. Resipi Pengat Bebola Durian Best Untuk Minum Petang
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Pencuci Mulut Enak Dan Dingin Dari Peti Sejuk. Resipi Hotel Kini Milik Anda…

Isi Kandungan
ToggleSelesai menikmati juadah utama, pasti anda terasa puas jika dapat menikmati pencuci mulut yang manis dan menyamankan rasa. Hari ni Min nak kongsi empat lagi sajian ‘dessert’ yang pasti memuaskan citarasa selera anda.
Tiga resipi berikut ini adalah dari Kinrara Resort, Hotel Royale Chulan Bukit Bintang dan The Pearl Hotel KL. Bila lapang nanti bolehlah cuba…
1.ENGLISH TRIFFLE
BAHAN-BAHAN :
Bahan kek span vanila :
- 7 biji telur
- 100 ml susu penuh krim
- 350 gm gula halus
- 1 sudu makan esen vanila
- 40 gm ovallete
- 330 gm tepung naik sendiri
- 175 ml minyak masak
Bahan jeli :
- 25 gm serbuk jeli perisa strawberi
- 1 liter air panas
Bahan krim kastad :
- 500 ml susu penuh krim
- 30 gm tepung kastad
- 3 biji kuning telur
CARA MEMASAK :
Cara masak kek span vanila:
1. Pukul telur hingga kembang.
2. Setelah kembang masukkan esen vanila dan ovallete, pukul lagi hingga kembang.
3. Masukkan pula tepung naik sendiri sedikit demi sedikit, dan juga susu. Selepas itu masukkan minyak dan kacau sebati.
4. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 40 minit sehingga masak.
Cara masak jeli :
1. Kacau air panas bersama serbuk jeli hingga larut.
Cara masak krim kastad :
1. Masukkan susu dan gula sehingga mendidih.
2. Larutkan kuning telur dengan tepung kastad, kalau masih berketul masukkan sedikit air untuk melarutkan tepung kastad.
3. Setelah air susu mendidih masukkan larutan kastad tadi dan kacau hingga masak sehingga tiada ketulan.
Cara membuat lapisan English Triffle :
1. Buang kulit luar kek span dan ukur ikut saiz cawan . Masukkan ke dalam cawan.
2. Potong hirisan buah ikut citarasa.
3. Tuang jeli yang masih panas tadi ke dalam cawan.
4. Setelah jeli sejuk, tuang kastad krim dan simpan dalam peti ais.
5. Setelah sejuk ia sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF : Gabungan jeli dan kastad memberi rasa manis dan lemak berkrim. Pencuci mulut ini adalah menu tradisional dari Britain.
Saiz hidangan : Kek seberat 1kg
Waktu Memasak : 1 jam setengah
Cara Memasak : Bakar dan ‘chill’
Jenis masakan : Pencuci mulut
Keistimewaan : Gabungan kek, jeli dan kastad menjadikan ia ‘dessert’ yang digemari semua.
2. Tiramisu Cake
BAHAN-BAHAN:
Bahan kek vanila span :
- 17 biji telur
- 100 gm susu penuh krim
- 350 gm gula
- 1 sudu makan esen vanila
- 40 gm ovallete
- 330 gm tepung naik sendiri
- 175 ml minyak masak
Bahan untuk krim mentega :
Meringue:
- 100 ml putih telur
- 50 gm gula
- Air gula :
- 70 ml air
- 125 gm gula
- 500 gm mentega
Bahan air sapuan perisa kopi:
- 300 ml air panas
- 200 gm gula
- 2 sudu makan kopi (nescafe)
- * Campur semua dan kacau hingga sebati.
Bahan untuk krim tiramisu :
- 250 gm keju mascarpone
- 5 biji kuning telur
- 300 gm krim mentega (hasil dari resipi krim mentega)
- 150 ml krim masakan
CARA MEMASAK :
Cara masak kek span vanila :
1.Pukul telur hingga kembang.
2.Setelah kembang masukkan esen vanila dan ovallete, pukul lagi hingga kembang.
3.Masukkan pula tepung naik sendiri sedikit demi sedikit dan juga susu. Selepas itu masukkan minyak dan kacau sebati.
4.Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 40 minit hingga masak.
Cara masak krim mentega (butter cream) :
1. Buat meringue, pukul telur putih dan gula hingga kembang.
2. Buat air gula, masak air dan gula sehingga gula menjadi pekat.
3. Pukul mentega sehingga lembut dan tiada biji.
4. Setelah mentega lembut masukkan adunan gula sedikit demi sedikit.
5. Akhir sekali masukkan adunan meringue sedikit demi sedikit, dan pukul 5 hingga 10 minit.
Cara masak krim tiramisu :
1. Pukul mascarpone sehingga lembut dan gebu.
2. Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit.
3. Masukkan krim mentega dan kacau hingga sebati
4. Akhir sekali masukkan krim masakan sedikit demi sedikit sehingga adunan mesra.
Cara membuat kek tiramisu
1. Bersihkan kek span (buang kulit) dan potong ikut saiz cawan yang digunakan.
2. Sapukan merata air gula,air kopi di atas kek
3. Ulangi langkah tadi sekali lagi hingga lapisan terakhir.
4. Sejukkan dan ia sedia dihidangkan.
INFO CHEF : Tiramisu diambil dari bahasa Itali yang bermaksud pilih saya. Ia adalah pencuci mulut berperisa kopi berasal dari negara Itali.
Saiz hidangan : Kek seberat 1kg
Waktu Memasak : 1 jam setengah
Cara Memasak : Bakar dan ‘chill’
Jenis masakan : Pencuci mulut
Keistimewaan : Ia boleh dibuat sehari lebih awal dan disimpan dalam peti sejuk. Rasa kopi akan lebih sebati dan mesra dalam tiramisu ini
3. PANNA COTTA JELLY KISMIS
BAHAN-BAHAN :
- 2 cawan susu segar
- 2 sudu kecil gelatin /dicampur bersama 3 sudu makan air panas.
- 1/4 cawan gula halus
- 1 sudu teh pati atau esen vanilla
Bahan untuk puri kismis :
- 1/2 cawan kismis /dikisar
- 1 atau 1/2 sudu teh gula/ jika tidak mahu manis kurangkan lagi
- Sedikit air /cukup sekadar untuk dikisar
CARA MEMASAK :
1. Masukkan gelatin ke dalam air panas.
2. Kacau dan biarkan ia mengembang.
3. Ambil periuk lain dan masakkan susu dengan gula dengan api yang sederhana hingga kelihatan buih-buih kecil di tepi periuk.
4 .Tuangkan ke dalam bekas atau gelas yang sesua
5 .Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 45 minit.
6 .Sementara itu, sediakan puri kismis
7. Kisar kismis hingga halus, kemudian masukkan gula dan sedikit air
8. Kacau hingga sebati dan tuangkan keatas gelas berisi panna cotta tadi
9. Sejukkan semula dalam peti sejuk selama 5 minit
10. Sedia untuk dinikmati
Saiz hidangan : 4 orang
Masa memasak : 1 jam
Cara memasak : Reneh.
Jenis masakan : Pencuci mulut
Keistimewaan : Manis dan enak berkrim
INFO CHEF : ‘Panna Cotta’ adalah puding lembut berasal dari Itali. Ia bermaksud krim yang dimasak. Selain puri kismis boleh digantikan dengan buah-buahn beri seperti strawberi.