Cara Masak Sambal Tumis Ikan Kembung Paling Sedap.

Share

Sambal Tumis Ikan Kembung ni adalah lauk yang menjadi kegemaran ramai tidak kira tua atau muda. Tak perlu lauk pauk yang mewah untuk membuka selera keluarga. Menu ringkas sebegini pun dah cukup membuatkan uami dan anak-anak makan bertambah. Malah resipi Sambal Tumis

Ikan Kembung perkongsian saudari Juma Natull ni memang mudah. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. Selamat mencuba!

 

SAMBAL TUMIS IKAN KEMBUNG PALING SEDAP

 

BAHAN-BAHAN 

  • 4 ekor ikan kembung – bersihkan, kelar dan letak garam dan kunyit
  • 3 senduk cili kisar (cili kering  yang diksar dengan bawang merah besar)
  • 2 biji bawang besar – hiris
  • Air asam jawa secukupnya
  • Sedikit air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menggoreng dan menumis

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan seketika.
  2. Kemudian panaskan minyak yang agak banyak untuk menumis. Ia bertujuan supaya rencah cepat garing.
  3. Tumis cili kisar guna api perlahan sehingga masak dan garing.
  4. Kemudian masukkan gula. Kacau rata supaya sambal berkilat dan berwarna merah yang cantik.
  5. Tambahkan air asam jawa bersama sedikit garam. Gaul rata.
  6. Masukkan ikan dan tunggu hingga sambal pecah minyak.
  7. Akhir sekali masukkan hiirsan bawang besar. Kacau hingga bawang layu dan bolehlah diangkat.
  8. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Juma Natull

Published by
Nur