Sekaya Telur; antara kuih tradisi kegemaran orang Pantai Timur terutamanya di negeri Kelantan. Agak sukar untuk mendapatkan kuih ini di bulan-bulan biasa namun jika di bulan puasa, anda boleh mendapatkannya dengan mudah. Teringin nak makan? Jom cuba resipi Sekaya Telur perkongsian saudari Imah Rahman . Nampak mudah dan sedap!
RESIPI SEKAYA TELUR
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Campurkan santan bersama gula dan manisan. Kacau hingga larut. Manisan perlu dipotong kecil dan dikisar halus terlebih dahulu supaya ia senang larut.
2. Masukkan telur. Kacau perlahan ( jangan pukul) hingga sebati.
3. Tambahkan garam dan esen vanilla. Sebatikan.
4. Tapis campuran dan tuang ke dalam loyang. Kukus lebih kurang 25-30 minit atau hingga masak. Cucuk guna lidi, jika tidak melekat ia menandakan kuih telah masak.
5. Simpan seketika Sekaya Telur dalam peti sejuk sebelum dinikmati.
Kredit resipi & foto: Imah Rahman
BOLEH CUBA JUGA RESIPI-RESIPI NI: