Selain bawang putih, halia juga sangat berkesan dalam membantu membuang angin dalam badan. Jika dimakan secara terus atau segar, rasanya agak ‘letar’. Oleh sebab itu ramai yang mencampurnya dalam masakan atau dijadikan minumanBagi anda yang tak boleh nak makan halia ni dengan cara yang disebutkan diatas, boleh cuba hasilkan serunding halia. Dengan cara ini, halia akan rasa lebih sedap. Sekali cuba, tak sedar hampir sebalang habis. Nak buatnya pun mudah dan ringkas. Bagi yang nak hasilkan serunding halia ni, boleh cuba resipi perkongsian Nor Haidah Md Said ni.

 

SERUNDING HALIA HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • Halia | tumbuk halus atau sagat
  • Sedikit bawang putih | ditumbuk bersama halia @ dihiris
  • Ikan bilis | dibersihkan
  • Sedikit garam & perasa secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

Ads

1. Perah halia yang ditumbuk tadi bagi mengeluarkan airnya. Ambil hampasnya sahaja.

Cara Masak Serunding Halia Sedap Secara Homemade

Cara Masak Serunding Halia Sedap Secara Homemade

2. Panaskan minyak masak dalam kuantiti yang banyak menggunakan api besar. Masukkan halia tadi. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.

Cara Masak Serunding Halia Sedap Secara Homemade

3. Kemudian, dengan menggunakan minyak yang sama, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan minyak.

Cara Masak Serunding Halia Sedap Secara Homemade

4. Tumbuk ikan bilis hingga hancur atau agak hancur. ( ikut citarasa masing-masing.)

5. Tabur garam dan serbuk perasa dengan secukupnya ke dalam bekas berisi halia goreng tadi.

Ads

6. Kemudian, masukkan ikan bilis tumbuk. Gaul sekali lagi hingga rata.

Cara Masak Serunding Halia Sedap Secara Homemade

7. Simpan serunding halia di dalam bekas kedap uadar untuk tahan lama.

Cara Masak Serunding Halia Sedap Secara Homemade

 

Ads

Info chef:

  1. Kuantiti sukatan untuk setiap bahan bergantung kepada citarasa masing-masing.
  2. Jika mahukan rasa serunding yang lebih sedap, boleh menambah bawang goreng.

 

Kredit resipi & foto: Nor Haidah Md Said

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI