Nasi Minyak Terengganu ni, selain boleh dinikmati bila ada kenduri kendara atau di harai-hari istimewa seperti Hari Raya, ia juga ada dijual sebagai hidangan sarapan pagi oleh kebanyakan restoran di Terengganu. Menariknya set Nasi Minyak Terengganu sedikit berbeza kerana lauk pauk yang digandingkan akan menggunakan rempah ratus tempatan yang ada dijual di sana. Jika anda ingin mencuba, berikut dikongsikan set Nasi Minyak Terenggau yang dimakan bersama Gulai Daging dan Acar Pedas Nanas.

 

NASI MINYAK TERENGGANU

BAHAN-BAHAN:
3 pot beras basmathi | rendam 10 min
5 pot air
1 labu bawang besar | belah dua & hiris nipis
3 inci halia | dihiris & diketuk
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
8 kuntum bunga cengkih
2 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak masak
3 sudu besar Sunquick Oren – beli online disini
3 sudu besar sos tomato
2 helai daun pandan
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air dalam rice cooker dn panaskan sehingga mendidih.
  2. Sementara itu panaskan minyak sapi + minyak masak dan tumis hirisan bawang besar sehingga wangi.
  3. Masukkan 4 sekawan, daun pandan dan halia dan tumis lagi hingga naik bau dan bawang keperangan atau garing.
  4. Bila air dalam rice cooker sudah mendidih tuangkan bahan tumisan dan didihkan lagi sekejap.
  5. Masukkan beras, Sunquick Oren, sos tomato, garam dan gula secukup rasa dan masak nasi seperti biasa.
  6. Bila nasi masak biarkan 5 – 10 minit baru kacau nasi baru nasi kita cantik dan tidak patah.

 

IKLAN

GULAI DAGING TERENGGANU

BAHAN-BAHAN:
1 kg daging | hiris nipis, basuh dan toskan
3 sudu besar kerisik
3 sudu besar rempah gulai bunga rose
1 sudu besar rempah masak bunga rose
Santan secukup nya
1 keping kecil Nisan /gula melaka
Asam gelugor
Garam, gula dan perasa secukupnya
10 tangkai cili kering
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
Sedikit belacan
Minyak secukupnya |untuk menumis

BAHAN TUMIS :
1 labu bawang besar | hiris nipis
1 inci halia | hiris halus
3 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
10 kuntum bunga cengkih
3 sudu besar cili kisar

IKLAN

CARA MEMASAK:

  1. Tumiskn bahan-bahan tumisan kecuali cili kisar hingga wangi dan garing.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sekejap hingga cili masak dan pecah minyak.
  3. Masukkan bahan kisar, rempah gulai, rempah masak dan kerisik dan gaul sebati.
  4. Masak menggunakan sederhana hingga rempah masak dan pecah minyak.
  5. Masukkan daging dan perasa secukupnya, kacau rata dan masak sekejap hingga daging separuh masak.
  6. Masukkan air secukupnya dan rebus hingga daging empuk.
  7. Baru masukkan santan, renehkan sekejap dan perasakan dengan garam, gula dan
  8. Renehkan gulai hingga masak dan pecah minyak.
  9. Gulai daging versi cepat sebab itu saya tumis sekali jalan. Untuk lebih sedap rebuskan dahulu daging dengan rempah rempah, kemudian baru tumis (tumis darat).

INFO: Untuk rasa lebih sedap campurkan gula nisan dengan gula melaka dan kalau suka juga boleh tambah kentang ke dalamnya.

 

IKLAN

ACAR PEDAS NENAS

BAHAN-BAHAN:
1 biji nanas | potong kecil-kecil
Cili kisar secukupnya
Nisang /gula melaka scukupnya
Sedikit garam
Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Masakkan air, nisan/gula melaka, sedikit garam dan cili kisar.
  2. Renehkan hingga betul-betul masak.
  3. Kemudian tuangkan dalam bekas berisi hirisan nanas tadi.
  4. Gaul sebati.
  5. Acar sedia dihidangkan bersama Gulai Daging dan Nasi Minyak.

 

Kredit : ummihanas

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI