Hidangan Ikan Siakap 3 Rasa ni memang digemari ramai. Jika makan di restoran harganya boleh mencecah RM30 keatas untuk seekor ikan yang siap dimasak. Jika buat sendiri, seekor ikan siakap saiz sederhana harga seekor tak sampai pun RM10. Jadi, apa kata anda masak je sendiri guna resipi perkongsian Cikgu Afy Al Habibi . Sama sedap macam hidangan restoran dan paling penting, dijamin halal dan jimat belanja! Selamat mencuba.
SIAKAP 3 RASA ARORA
BAHAN-BAHAN:
BAHAN POTONG:
BAHAN KISAR:
CARA MEMASAK:
1. Perapkan ikan dengan bahan-bahan tumbuk ( halia & bawang putih) dan garam. Biarkan selama 1/2 jam.
2. Kemudian tabur tepung jagung dan lumurkan di seluruh ikan supaya rata. Ia bertujuan untuk elak isi ikan melekat dan isinya jadi rangup.
3. Panaskan minyak dengan banyak dan goreng ikan hingga garing. Letak atas pinggan hidangan.
4. Dengan guna lebihan minyak goreng ikan tadi, masukkan bahan-bahan hiris kecuali cili dan nanas.
5. Kemudian masukkan 1 senduk bahan kisar. Tumis hingga naik bau dan sedikit garing.
6. Masukkan juga cili kering kisar. Tutup kuali seketika sehingga kauh menjadi pecah minyak.
7. Tambahkan sos cili, sos tiram dan air asam jawa. Kacau sekata dengan api perlahan.
8. Perasakan dengan gula, garam dan perasa. Boleh sesuaikan rasa ikut citarasa.
9. Akhir sekali, masukkan potongan nanas dan juga cili padi potong ( jika suka). Kacau rata.
10. Tuang sos ke atas ikan dan hias ikut kreativiti anda. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Afy AL Habibi