Sedapnya Ikan Siakap Rebus Thai perkongsian saudari Zat Hernani ni. Lengkap pedas, masam, masin dan manis. Memang cukup rasa. Menurut beliau lagi, nak masak resipi ni cukup mudah. Malah ada 2 cara yang boleh anda cuba. Pertama, anda boleh kukus atau rebus ikan bersama bahan-bahan kuah atau boleh masak ikan secara berasingan dengan kuahnya. Memang kecur liur dibuatnya!
Oh, ada petua. Untuk hasilkan rasa Ikan Siakap Rebus Thai yang lebih enak, masukkan jus perahan limau nipis di akhir masakan. Barulah kuah rasa tidak pahit. Bestkan? Jom cuba!
1. Rebus ikan bersama kicap cair. Masukkan juga akar ketumbar. Jika juga kukus ikan ini kerana rasanya lebih enak. (beli PERIUK KUKUSAN ELEKTRIK disini)
2. Bila ikan sudah masak, toskan. Angkat dengan berhati-hati supaya isi ikan tidak terlerai. Letak dalam pinggan hidangan.
3. Ambil air rebusan ikan tadi dan campurkan dengan cili merah, cili hijau & bawang putih yang dikisar kasar. PERINGATAN: buang biji cili supaya tidak memudaratkan kesihatan.
Ads
4. Masukkan sos ikan thai. Boleh sesuaikan jumlahnya ikut cita rasa.
5. Kemudian masukkan mushroom sauce. Sos cendawan ni sangat wangi. Biasanya orang Thailand akan guna ketika pesta makan sayur.
6. Masukkan air asam jawa.
7. Masukkan kesemua bahan-bahan perasa. Jika mahu rasa lebih sedap, boleh lebihkan bahan-bahan ikut selera masing-masing.
Ads
8. Tambahkan tomato ceri, daun ketumbar dan jus limau nipis ikut tahap kemasaman yang anda suka.
Bangsa Johor mesti kenal kuih tradisional ni. Kaya dengan rasa labu lemak manis yang cukup berkhasiat. Kuih ni cukup popular di majlis kenduri kendara, jadi manisan untuk hantaran pun boleh. Bahan-bahannya cukup ringkas aje.
Ilmu buat kuih tradisional ni, anak-anak muda elok sangat belajar buat kuih ni. Ni perkongsian cara membuatnya dari Muzzammil Mustafa Sani dari laman webnya dapur.maskulin.com
KUIH KACAU LABU
BAHAN-BAHAN :
350 gram gula pasir
400 ml santan
500 ml air
50 gram tepung jagung | dibancuh dengan sedikit air
1.5kg labu
5 biji telur | dipukul kembang
2 helai daun pandan
Garam
CARA MEMASAK :
1.Masak santan bersama gula dan daun pandan hingga pekat.
2. Kemudian, masukkan telur, labu yang telah dibuang kulit, direbus dan dikisar halus bersama garam.
3. Kacau sebati. Sesudah itu, tuangkan bancuhan air tepung jagung ke dalamnya. Apabila sudah pekat, tuangkan adunan ke dalam loyang. Boleh dibekukan dalam peti sejuk jika suka.
4. Bentukkan kuih mengikut acuan yang digemari. Boleh juga dihias dengan halwa.
Baked milk cheese pudding ni memang berkrim dan sedap rasanya.Nak-nak kalau makan sejuk dikeluarkan dari peti sejuk. Ada ramuan keju, susu dan tepung jagung memang enak berkrim
Jom kita lihat resipi perkongsian Farisha Sofea dalam FBnya. Lima bahan aje tak termasuk kuning telur untuk sapuan.
3 sudu besar gula / pes kurma / madu* – beli online DI SINI
2 keping keju / 1 sudu serbuk keju fawwaz
2 biji kuning telur
Bahan Sapuan :
Kuning telur secukupnya
.
CARA MEMASAK : 1. Satukan ke semua bahan-bahan dan kacau sebati . *untuk versi baby, empunya resipi gantikan gula dengan pes kurma atau madu dan gantikan kepingan keju dengan serbuk keju fawwaz daripada @An_Babyfood . 2. Tapis dan tuangkan ke dalam periuk . 3. Masak di atas dapur menggunakan api perlahan . 4. Sentiasa kacau sehingga adunan menjadi likat . 5. Tutupkan api dan tuangkan adunan ke dalam acuan . 6. Setelah adunan sedikit suam , simpankan di dalam peti sejuk selama 2 jam . 7. Kemudian keluarkan daripada acuan dan letakkan di dalam loyang pembakar . 8. Sapukan permukaan adunan dengan bahan Sapuan . 9. Panaskan oven . 10. bakar pada suhu 230C selama 15 – 20 minit atau sehingga keperangan . 11. Untuk corak garis garis di atas tu boleh sapukan lagi kuning telur apabila adunan hampir masak .
Kata orang kalau tidak pedas, makan tidak berselera. Kerana itulah sambal sering menjadi menu tetap tidak kiralah hidangan makan tengahari ataupun malam. Untuk anda yang menjadi sambal sebagai wajib ada di meja makan, berikut enam resipi sambal yang boleh dicuba dan mudah disediakan
1. SAMBAL SOTONG
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong | lebih kurang 4-5 ekor dan bersihkan
1biji bawang besar | hiris bulat
Bahan Kisar:
5 tangkai cili kering
5 tangkai cili merah
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 batang serai
½ sudu makan sos tomato
½ sudu makan sos cili
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan air, celur sotong seketika, angkat dan toskannya.
Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
Masukkan sos cili, tomato, hirisan bawang besar, garam, gula dan perasa secukupnya.
Akhir sekali masukkan sotong, gaul rata.
Selepas dua minit, tutup api dan hidangkan.
INFO CHEF: Jika anda suka sotong juga boleh dihiris bulat.
….
2. SAMBAL AYAM
BAHAN-BAHAN:
500gm ayam, potong sederhana
2 batang serai |titik
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
Bahan Kisar:
15 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas
CARA MEMBUAT:
Panaskan minyak, gaulkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng separuh masak, angkat dan ketepikan.
Keluarkan sebahagian minyak, tinggal sedikit untuk menumis bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau.
Masukkan air asam jawa, serai, garam, gula dan perasa secukupnya.
Masukkan ayam, dan gaul rata sehingga sekata sebelum diangkat dan dihidangkan.
INFO CHEF:
Ayam sambal enak dihidangkan dengan pelbagai jenis nasi.
….
SAMBAL TELUR PUYUH
BAHAN-BAHAN:
30 biji telur puyuh |rebus dan buang kulit
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
Bahan Kisar:
10 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm halia
batang serai |titik
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau.
Masukkan air asam jawa, serai, garam, gula dan perasa secukupnya.
Masukkan telur, gaul rata bebepa minit.
Setelah masak, angkat dan hidangkan.
INFO CHEF:
Sambal telur puyuh boleh dijadikan hidangan sampingan untuk lontong atau nasi.
….
4. SAMBAL BILIS
BAHAN-BAHAN:
1 cawan ikan bilis
1 biji bawang besar | hiris
Bahan Kisar:
12 biji cili padi
4biji cili merah
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 sudu makan air asam jawa
Sedikit belacan | jika suka
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, kemudian goreng ikan bilis separuh masak, angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan hirisan bawang besar, kemudian masukkan bahan kisar.
Tumis sehingga pecah minyak, masukkan ikan bilis goreng tadi bersama air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, terus kacau sehingga sambal pecah minyak dan garing,
Tutup api, angkat dan hidangkan.
INFO CHEF:
Boleh juga tukar cili dengan cili kering, ikut cita rasa anda.
…
5. SAMBAL BELACAN TOMATO
BAHAN-BAHAN:
3 biji cili merah
4 biji cili padi
Sedikit belacan bakar
1 sudu makan jus limau nipis
1 ½ biji tomato | potong dadu
Sedikit garam dan gula |sebagai penambah rasa
CARA MEMASAK:
Tumbuk cili merah, cilik padi dan belacan hingga lumat.
Masukkan tomato yang telah dirembus, lenyekkan sehingga sebati dengan cili dan belacan.
Masukkan tomato yang dipotong dadu bersama jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa.
Gaul sebati, kemudian boleh dihidangkan bersama ulam-ulaman.
INFO CHEF:
Jika tidak mahu menggunakan tomato boleh tukar dengan belimbing buluh.
….
6. IKAN TERUBUK MASIN GORENG BERCILI
BAHAN-BAHAN:
1 potong ikan masin terubuk
1 biji bawang besar | hiris bulat
1 ulas bawang putih |titik
1 biji tomato |dadu kecil
4 tangkai cili kering |potong kecil
1 sudu kecil jus limau nipis
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan masukkan dalam pinggan.
Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis bawang merah, bawang putih dan cili kering.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Tutup api dan masukkan hirisan tomato. Gaul rata dan tuang atas ikan goreng.
INFO CHEF:
Selain ikan terubuk, boleh tukar dengan ikan tenggiri jeruk.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!