Dalam episod kelima Rasa: Jelajah Rasa Nusantara, Adam Didam berpeluang ke Filipina untuk belajar cara-cara pembuatan hidangan Sinigang yang sedap. Manakala di Malaysia pula Ili Sulaiman belajar cara-cara untuk menyediakan menu Singgang Asam Pedas cara Terengganuyang sedap dan sangat mudah. Kedua-dua hidangan ni nampak sama kan? Tapi ada bezanya dan masing-masing punya kekuatan serta keenakan yang tersendiri. Nak cuba? Jom lihat langkah-langkah penyediaannya.
CARA MASAK SINGGANG SAM PEDAS DAN SINIGANG
1. SINGGANG ASAM PEDAS TERENGGANU
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 ekor ikan merah – potong kecil
2 keping asam gelugur
1 batang serai – diketuk
Sedikit cili boh
2 kuntum bunga kantan – hiris
5 biji bendi
1 biji tomato – hiris
1 biji cili merah – hiris
1 genggam daun kesum
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah
6 biji cili padi
2 inci kunyit hidup
4 ulas bawang putih
2-3 hiris lengkuas
1 batang serai
Air secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan tuang air dengan secukupnya. Biar meruap.
2. Kemudian masukkan sedikit cili boh. Kacau sebati.
3. Tambahkan serai bersama ikan. Biar masak seketika.
4. Seterusnya masukkan asam gelugur, garam dan gula secukup rasa.
5. Masukkan bunga kantan, hirisan tomato, cili merah, bendi dan daun kesum.
6. Kacau sekali sekala dan bila ikan serta sayuran masak sepenuhnya, padamkan api. 7. Sedia untuk dinikmati.
Video Resipi Singgang Asam Pedas:
Ads
2. SINIGANG
BAHAN-BAHAN:
500gm udang galah – dibersihkan
2 liter air
1/2 biji bawang besar
2-3 tangkai kacang panjang – dipotong
1 biji terung – dipotong
1/2 batang lobak putih
5 biji bendi – dihiris
1 sudu makan asam jawa
Sos ikan secukup rasa
2 biji tomato – dipotong
2-3 tangkai kangkung
2 biji cili hijau
CARA MEMASAK: 1. Didihkan air kemudian masukkan hirisan bawang besar, kacang panjang, terung, lobak putih dan bendi.
2. Kemudian masukkan asam jawa dan juga sos ikan dengan secukupnya. Kacau rata.
3. Seterusnya masukkan hirisan tomato dan kangkung.
Ads
4. Akhir sekali, masukkan udang dan juga cili hijau. Gaul sebati dan biarkan udang masak sepenuhnya.
5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Video Resipi Sinigang:
Jom cuba!
Cara Masak Nasi Lemak & Nasi Uduk dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara ( Indonesia) Episod 1
Cara Masak Ayam Masak Kicap & Chicken Adobo dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara ( Filipina) Episod 2
Cara Masak Mi Celup & Pho dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara (Thailand) Episod 3
Cara Masak Somtam & Kerabu Mangga dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara (Filipina) Episod 4
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Manalah tahu ada yang sudah agak berasa jemu dengan ayam dan daging. Bolehlah anda cuba pula makan ikan. Ini resipi rendang ikan tongkol.
Lauk pedas selalunya jadi pilihan untuk membangkitkan selera makan. Ini kerana lauk pedas boleh membuka selera dan membuatkan kita rasa nak makan lagi. Katanya, lauk pedas kurang sesuai untuk orang yang sedang diet. Lagi sedap kalau ada masam-masam juga. Hidangan ikan tongkol yang RASA kongsikan ini pasti menepati cita rasa untuk makan bersama keluarga.
IKAN TONGKOL RENDANG ASAM
BAHAN A
• 1 ekor ikan tongkol
• Garam
• Kunyit
• Minyak masak
BAHAN B
• 2 batang serai
• Halia sebesar ibu jari
• 10 biji cili padi (lebihkan kalau nak pedas)
• Kunyit hidup sebesar jari kelingking
• 4 ulas bawang putih
• 2 biji bawang merah
BAHAN C
• Air asam jawa
CARA MEMBUAT
1. Cuci bersih ikan tongkol. Lumurkan garam dan kunyit. Panaskan minyak masak dan goreng sekejap, jangan terlalu garing.
2. Sementara ikan digoreng, bahan-bahan B dikisar kasar. Kalau rajin, nak tumbuk pun boleh.
3. Angkat ikan dan kurangkan sedikit minyak dalam kuali tadi. Tumis bahan-bahan kisar tadi.
4. Masukkan air asam jawa ke dalam kuali tadi dan kacau sampai pecah minyak.
5. Akhir sekali, masukkan ikan. Kacau-kacau kejap dan tutup api. Sedia dihidang.
Dah puas makan ikan gulai, sambal, masak kicap dan sebagai boleh cuba pula acar tumis ikan ini. Bukan saja sedap buat pun senang. Sesuai jadi lauk makan nasi tengah hari. Satu lauk ini saja pun dah cukup.
Resipi Acar Tumis Ikan
Bahan-bahan
1-5 ekor ikan (lebih sedap guna ikan selayang atau ikan aye)
Bawang merah
Bawang putih
Cili kering
Timun -dipotong
Bawang besar -dimayang
Cili padi
Halia
Cuka
Garam
Guna
Serbuk perasa
1. Goreng ikan yang siap digaul kunyit dan garam. Angkat ikan bila sudah sedikit garing. Ketepikan dulu.
2. Kisar bawang merah, bawang putih , cili kering dan halia.
3. Tumiskan bahan kisar sehingga terbit minyak.
4. Tambah air ikut cita rasa, bila sudah gelegak masukkan ikan. Kemudian masukkan timun, bawang besar yang dimayang, cili padi dan tambah cuka secukupnya.
5. Perasakan dengan garam gula dan serbuk perasa. Seimbangkan rasa biar ada rasa pedas, masam, manis dan masin. Selepas semuanya sebati, angkat dan hidang.
Ikan rebus adalah lauk simple. Tapi sangatlah sedap. Rasanya pedas, cukup masin dan cukup menyelerakan. Nak masak lauk macam ni pun tak ambil masa lama.
IKAN KEMBUNG REBUS AIR ASAM
BAHAN-BAHAN
4 ekor ikan kembung
Garam
Asam keping
Seinci belacan bakar
Air asam jawa
2 biji bawang besar (dipotong dadu)
1 biji tomato (dipotong dadu)
1/2 biji cili besar (nak letak sebiji pun boleh)
4 biji cili api (kalau suka pedas, lebihkan)
1 biji limau kasturi
CARA MEMASAK:
1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam.
2. Rebus ikan dengan asam keping
3. Angkat ikan dan ketepikan.
4. Ambil air rebusan ikan dan masukan belacan dan asam jawa. Picitkan dan buang hampas asam jawa.
5. Masukan hirisan bawang, tomato dan cili besar dan cili padi.
6. Perah air limau.
7. Masukan gula. Gaul hingga rata
8. Tuang bancuhan air asam yang dibuat tadi ke atas ikan.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.