Jika anda penggemar hidangan pasta, resipi sos spageti homemade perkongsian dari Chef Sue M Arukin ini tentunya wajib dicuba. Hanya menggunakan tomato ranum dan beberapa bahan mudah lain, anda boleh hasilkan stok sos tomato yang sangat enak ini. Lebih istimewa, ia juga boleh disejukbekukan dan digunakan pada bila-bila masa. Sangat mudah, lebih sihat dan menjimatkan. Jika suka, boleh je tambah sayur-sayuran seperti lada benggala, cendawan, lobak merah, daging, isi ayam kisar ataupun aneka makanan laut kegemaran. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI SOS SPAGETI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2kg tomato ranum
2 labu bawang putih | dikisar kasar
Daun thyme segar /kering secukupnya
Daun parsley segar/ kering secukupnya
Oregano segar/kering secukupnya
Serbuk lada hitam dan lada sulah secukupnya
Garam dan gula perang secukup rasa
Minyak zaitun untuk menumis
1/2 cawan tomato puri – jika suka
CARA MEMASAK: 1. Bersihkan buah tomato dan kelar seperti dalam gambar.
2. Kemudian panaskan air dan celur buah tomato tadi untuk memudahkan proses membuang kulitnya.
Ads
3. Bila kulit tomato sudah terkupas, angkat dan masukkan ke dalam air berisi ais untuk hentikan proses memasak.
4. Kupas kulit tomato hingga habis.
5. Cincang kasar tomato tadi dan kisar dalam food processor atau blender. Namun jangan sampai terlalu halus dan lumat. Jika tiada mesin, boleh cincang menggunakan tangan sahaja.
Ads
6. Panaskan 2 sudu makan minyak zaitun menggunakan api kecil. Kemudian tumis bawang putih hingga wangi. Pastikan bawang tidak hangit.
7. Kemudian masukkan kisaran buah tomato tadi. Gaul rata.
8. Jika suka, boleh tambahkan tomato puri. Ia bertujuan menjaidkan sos pasta menjadi lebih merah dan kelihatan menarik. Biar kuah mendidih.
Ads
9. Seterusnya tambahkan parsley, thyme dan oregano dengan secukupnya. 10. Akhir sekali, perasakan dengan serbuk lada hitam, lada sulah, garam dan gula perang dengan secukup rasa.
11. Kacau rata dan biarkan pasta hingga mencapai tahap kepekatan yang anda suka.
12. Sedia dihidangkan bersama aneka pasta kegemaran.
INFO: Jika tiada thyme, oregano dan parsley segar, boleh juga gunakan bahan-bahan tersebut yang telah dikeringkan. Boleh juga guna italian herbs.
Nampak sedap kan Puding Tembikairesipi perkongsian Opah Mak Cotek ni. Bahan-bahannya sangat ringkas malah sangat mudah untuk dihasilkan. Sesuai sangat dicuba terutamanya di musim jamuan akhir tahun persekolah anak-anak ni. Cubalah. Pasti puas hati.
CARA MASAK PUDING TEMBIKAI
BAHAN A:
1 paket serbuk agar-agar (10gm)
4 cawan air
BAHAN B (dikisar):
3 keping roti putih ( roti sandwic)
1 biji telur
1/4 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
2 sudu makan mentega/marjerin
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanilla
BAHAN WARNA:
1/2 sudu teh perisa rose + 1/2 sudu teh bright red
1/2 sudu teh pewarna hijau tua + 1 sudu teh pewarna hijau apple
BAHAN LAIN (untuk biji tembikai):
Cincau
Bijan hitam
Biji selasih
Coklat chip
Coklat rice ( terpulang pada cita rasa masing-masing nak masukkan apa)
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan A ke dalam periuk. Masak hingga larut. 2. Perlahankan api. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar. Kacau sebati. Masak guna api perlahan hingga adunan mendidih dan naik wap. Tutup api. 3. Ambil 1 cawan adunan puding, warnakan hijau. Kemudian tuang ke dalam loyang empat segi bersaiz 8×8. Sejukkan. 4. Cakar permukaan puding menggunakan garpu. Ambil 3/4 cawan adunan warna asal dan tuang ke atas lapisan hijau tadi. Sejukkan sekali lagi. 5. Campur lebihan adunan puding dengan pewarna merah dan juga cincau atau bijan hitam. Kacau sebati. 6. Cakar permukaan puding dan tuang adunan puding merah tadi. Sejukkan dalam peti sejuk sehingga agar-agar keras sempurna. Sedia untuk dihidangkan. 7. Jika menggunakan loyang 3 segi, turutan puding adalah warna merah, warna asal dan diakhiri dengan warna hijau. Ikut langkah yang sama seperti diatas.
Andai menikmati sajian nasi ayam di restoran terkenal, pastinya pernah rasa sambal halia ni. Selain sedap, ia juga bagus untuk buang angin dalam badan. Boleh cuba resipi perkongsian saudari Mazliza Ahmad ni.
SAMBAL HALIA
BAHAN-BAHAN:
1 ketul halia ( saiz 1/2 tapak tangan )
2 ulas bawang putih
1 sudu makan daun bawang
3 sudu makan minyak masak
Sedikit garam
Sedikit air
CARA MEMASAK:
Kisar halia, bawang putih dengan sedikit air hingga halus.
Tapis dan buang airnya.
Masukkan garam dan daun bawang. Kacau rata.
Panaskan minyak masak hingga betul-betul panas. Tuang ke dalam bekas berisi halia tadi.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.