Bila teringin menu berkuah, mesti korang terbayangkan macam-macam menu sup. Apa kata kali ini korang cuba Soto Banjar, rasa dan bahan lebih kurang soto biasa tetapi kuahnya kuning sebab ada tambah kunyit dan ia dimakan dengan sambal cili. Tapi kalau tekak anda ingin sambal kicap juga takda masalah boleh je buat sambal kicap. Untuk resipi penuh, ada dikongsikan di bawah.

SOTO BANJAR
BAHAN-BAHAN:
2 keping isi ayam |, rebus dan carik-carik isinya
1 liter air rebusan ayam
1 liter air
Garam dan perasa secukup
3 sudu makan minyak masak | untuk menumis
REMPAH PENUMIS:
5 biji buah pelaga
5 biji butir cengkih
2kuntum bunga lawang
BAHAN KISAR:
10 ulas bawang merah
1 labu bawang putih
3cm kunyit hidup
2cm halia
5 biji buah keras
1/2 sudu makan lada hitam
BAHAN ISIAN:
1/2 pakat ketupat mini | 100 biji ketupat mini
50gm suhun | goreng
6 biji telur rebus | belah dua atau empat
15 biji bergedel kentang
Bawang goreng
Hirisan daun bawang & sup
Hirisan limau nipis
Sambal cili tumbuk

IKLAN

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan bahan rempah penumis, kacau seketika.
  3. Masukkan pula air rebusan ayam dan air biasa, biarkan mereneh.
  4. Setelah mereneh perasakan dengan garam gula dan perasa secukupnya.
  5. Tutup api.
  6. Untuk menyediakan hidangan masukkan nasi impit di dalam mangkuk, tuangkan kuah sup di dalamnya.
  7. Hiaskan di atasnya dengan suhun goreng, isi ayam yang dicarik, bergedil, telur rebus dan hirisan limau nipis.
  8. Kemudian taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup dan bawang.
  9. Hidang bersama sambal cili.

INFO CHEF: Soto ini sangat mudah disediakan , jika tidak mahu nasi impit boleh ditukar dengan bihun atau mi. Atau boleh campur.

IKLAN

Lagi resipi berkaitan:
https://www.rasa.my/rahsia-mi-jawa-comfirm-sedap-ini-cara-mudah-membuatnya/
https://www.rasa.my/mi-goreng-mamak-veera-yang-simple-comfirm-sedap-rugi-tak-cuba/
https://www.rasa.my/mudahnya-masak-mi-kuah-kelantan-style-ni-simple-sedap/
https://www.rasa.my/cara-masak-mi-rebus-simple-sedap-padu-rugi-kalau-tak-cuba/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI