Sesekali masak sotong goreng tepung memang sedap. Namun ada kalanya tepung tidak bersalut elok pada sotong dan tak rangup. Cuba resipi yang RASA kongsikan ni. Anda pasti puas hati. Sedap, mudah dan dijamin sedap!
RESIPI SOTONG GORENG TEPUNG
BAHAN CAMPURAN TEPUNG:
Ads
500gm sotong | potong bulat & keringkan airnya
1 biji telur
2 sudu makan rempah kari
60gm tepung gandum
60gm tepung jagung
3 sudu makan tepung beras
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN LAIN:
Tepung jagung secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam satu mangkuk, pecahkan telur, masukkan tepung jagung, tepung beras, tepung gandum, garam dan rempah kari. Gaul sebati.
Kemudian masukkan sotong ke dalam adunan dan gaul lagi hingga sekata. Pastikan air sotong telah di toskan sepenuhnya sebelum dimasukkan ke dalam adunan tepung. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali, ambil sotong satu persatu dan gaulkan dalam tepung jagung. Masukkan sotong yang telah disalut tepung tadi ke dalam kuali.
Goreng dengan api sederhana besar hingga warna kekuningan. Angkat dan tos. Ulangi langkah hingga selesai.
Sedia untuk dinikmati.
TIP MEMILIH SOTONG SEGAR
Ads
Foto: Radi Pemborong Ikan
Bila disentuh,badan sotong segar terasa lebih pejal, keral, kenyal dan tidak lembik ketika ditekan.
Kepala dan badan sotong tidak tertanggal apabila diangkat.
Matanya bulat,sempurna, tidak berkedut dan juga bersinar.
Badan sotong berwarna putih dan terdapat sedikit bintik hitam. Jangan beli jika sotong lembik, kulit terkoyak, berwarna ungu lebam serta kemerahan kerana ia adalah sotong yang lama.
Sotong segar biasanya masih berlendir dan tidak berbau terlalu hanyir.
Badan sotong yang terluka atau terkoyak tidak mempunyai kesan hitam.
Dakwat hitam tidak keluar dari bahagian badansotong.
Semoga tips ini dapat membantu anda untuk menjadi lebih bijak dalam membuat pilihan ketika membeli sotong segar. Selamat mencuba!
Ads
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Suka tomyam? Ha..Biasanya anda mesti buat tomyam kuah merah yang guna pes tu kan? Apa kata, kali ni cuba pula buat Tomyam Udang Campur tapi versi tak guna pes pun. Ada juga yang panggil Tomyam Putih. Memang dijamin sedap! Resipi ni adalah perkongsian Puan Zira Tag. Selamat mencuba!
TOMYAM PUTIH CAMPUR
BAHAN-BAHAN:
Udang segar secukupnya – boleh tambah aneka bahan lain seperti sotong, lala, kepah dan sebagainya.
Isi ayam secukupnya
1 biji bawang besar – belah 4
1 biji tomato – belah 4
3-4 batang serai
5-6 helai daun limau purut
Aneka sayur kegemaran – cendawan, lobak merah, bunga kubis dan sebagainya
Jus limau nipis secukupnya
Sedikit susu cair
Daun ketumbar secukupnya
Akar ketumbar – dibersihkan
Garam dan perasa secukupnya
Air secukupnya
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Masukkan air ke dalam periuk bersama dengan bahan kisar. Masukkan juga akar ketumbar.
Setelah air mendidih, masukkan serai, daun limau purut, ayam, udang dan lain-lain bahan mentah yang digemari. Masak lebih kurang tiga minit.
Kemudian masukkan susu cair diikuti perahan jus limau nipis, garam serta perasa. Kacau sebati dan padamkan api.
Tabur daun ketumbar. Sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF: Jika ingin campur dengan sotong, celur sotong dalam periuk berlainan kemudian barulah dimasukkan ke dalam periuk tomyam. Ia bertujuan mengekalkan rasa manis udang dalam kuah tomyam.
Masakan Korea memang kaya dengan penggunaan rempah dan cilinya tersendiri.Sajiannya Korea memang banyak menggunakan kimchi, gochujang ( pes cili Korea), Gochugaru (serbuk cili Korea) dan lada hitam dalam ramuan masakannya.
Kalau anda peminat drama Korea, sajian ini pasti tidak asing lagi. Nah, 5 resipi ni adalahair tangan tenaga pengajar IKBN, Peretak, Kuala Kubu Baru , Selangor.
Jom cuba resipi dari Norshazila Mohamed Rahman, Norazilah Rahman dan Harmayah Argadan, ‘follow’ resipinya ternyata lazat berempah.
.
1. SEAFOOD JAPCHAE (Korea) BAHAN-BAHAN :
Bahan japchae :
200gm dangmyeon @ suhun Korea
1 sudu makan minyak masak
1 sudu makan minyak bijan
1 sudu makan gochugaru *serbuk cili Korea
Bahan seafood :
2 ekor sotong | dihiris
10 ekor udang saiz XL | dibuang kulit
¼ biji bawang Holland | dihiris nipis
3 keping cendawan shitake | rendam sampai kembang dan dihiris
1/3 batang lobak merah | dipotong nipis fine julienne
Daun bawang secukupnya | untuk hiasan
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
Bahan sos :
2 sudu makan kicap cair
½ sudu makan gula
2 sudu teh bawang putih | dicincang halus
1 sudu makan minyak bijan
CARA MEMASAK : 1. Rendam dangmyeon (suhun Korea) dengan air suam, kemudian tos kering dan ketepikan seketika. 2. Panaskan minyak masak, kemudian tumiskan bawang Holland dan bawang putih cincang hingga naik bau. Kemudian masukkan minyak bijan dan gochuru. 3. Masukkan sotong, udang, lobak merah dan cendawan shitake. Kacau sekata. 4. Kemudian masukkan kicap cair, gula, minyak bijan dan dangmyeon. Kacau sebati dan perasakan dengan garam dan lada sulah. 5. Angkat dan hias dengan hirisan daun bawang.
Saiz hidangan : 2 orang Waktu memasak : 20 minit Cara memasak :Tumis dan goreng Jenis masakan : Sajian pembuka selera, Korea Keistimewaan : Gochugaru memberikan rasa pedas manis Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Pastikan dangmyeon direndam sehingga lembut, dalam anggaran masa 30 – 40 minit dalam air suam.
2. TTEOKBOKKI @ STIR FRIED RICE CAKES
BAHAN-BAHAN :
130gm tteokbokki * kek beras panjang
1 keping ikan | dihiris
2 keping fucuk ikan | dihiris
113gm kobis | dihiris
3 cawan stok ikan bilis @ air
3 sudu makan Gochujang * pes cili korea
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan gula
1 sudu makan bawang putih | cincang
Daun bawang secukupnya | dihiris serong
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Ambil periuk dan renehkan stok ikan bilis 2. Masukkan pes gochujang dan renehkan selama 5- 8 minit. 3. Kemudian masukkan kek ikan, fucuk ikan, tteobokki, kobis, kicap cair dan perasakan dengan gula dan garam 4. Angkat dan tabur dengan daun bawang.
Saiz hidangan : 3 orang Waktu memasa : 20 minit Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis masakan : Sajian pembuka selera @ snek street food, Korea Keistimewaan : Sajian street food yang sangat mudah dibuat. Rasa pedas dan manis Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF : Tteokbokki (kek daripada beras) ini boleh dibeli yang sudah siap di pasaraya. Untuk tambah rasa pedas lagi boleh ditambah dengan serbuk cili.
3. CHIJEU-BULDAK @ FIRE CHICKEN (Korea) BAHAN-BAHAN :
450gm dada ayam | dipotong dadu
¼ cawan gochugaru * serbuk cili Korea
2 sudu makan gochujang *pes cili Korea
2 sudu teh kicap cair
2 sudu teh minyak bijan
3 sudu makan minyak masak
¼ sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu makan madu
3 ulas bawang putih | dicincang halus
1 sudu teh halia dipotong halus
2 keping keju
3 sudu makan air
Bawang Holland secukupnya | dihiris nipis untuk hiasan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Ambil mangkuk dan masukkan gochugaru, gochujang, kicap cair, minyak bijan, serbuk lada hitam, madu, bawang putih, halia dan garam secukup rasa. 2. Masukkan ayam dan gaul hingga sebati, perapkan seketika. Ketepikan. 3. Panaskan minyak masak di dalam periuk dan masukkan ayam yang telah diperap 4. Masukkan air dan tutup periuk seketika, masak ayam dalam 10 minit 5. Buka tudung periuk dan gaulkan ayam, letakkan keju di atas ayam dan kemudian taburkan engan hirisan bawang Holland. Tutup semula tudung, dan biarkan keju cair dalam 5 minit. 6. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang Waktu memasak : 40 minit Cara memasak : Tumis dan goreng Jenis masakan : Sajian utama, Korea Keistimewaan : Gandingan rasa keju serta pedas lazat yang membangkitkan selera Anggaran kos : RM 25
INFO CHEF : Pastikan api dikawal supaya jangan terlalu besar. Jika tidak ayam akan jadi hangit dan keras.
4. YANGNYEOM CHICKEN @ SPICY KOREAN CHICKEN WING
BAHAN-BAHAN :
Bahan perap kepak ayam:
6 keping kepak ayam
½ cawan buttermilk
Bahan campuran tepung :
½ cawan tepung ubi kentang
2 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh lada hitam
Bahan sos :
1 sudu makan madu
4 sudu makan gochujang * pes cili Korea
3 ulas bawang putih | cincang
½ sudu makan kicap masin
1 sudu makan cuka
1 sudu makan minyak bijan
½ sudu makan bijan putih | sangai
CARA MEMASAK : 1. Perapkan ayam dengan buttermilk selama 20 minit. 2. Dalam mangkuk lain gaul tepung ubi kentang, tepung jagung dan lada hitam 3. Masukkan ayam dan salut dengan tepung. 4. Goreng ayam hingga keemasan, ketepikan seketika. 5. Panaskan minyak dan tumis bawang putih 6. Masukkan pes cili Korea (gochujang), kicap masin, madu, minyak bijan dan cuka, Gaulkan. 7. Apabila sudah masak, tutup api dan masukkan ayam yang sudah digoreng dan gaul. 8. Angkat dan hidangkan. Tabur dengan bijan sebagai hiasan.
Saiz hidangan : 3 orang Waktu memasak : 40 minit Cara memasak : Tumis dan goreng Jenis masakan : Sajian pembuka selera, Korea Keistimewaan : Rasa rangup ayam goreng disaluti dengan sos yang sungguh berperisa Anggaran kos : RM 30
INFO CHEF : Jika tiada gochujang boleh juga digantikan dengan cili boh atau cili kering
5.CHAMCHI-KIMCHIJJIGAE @ KIMCHI STEW WITH TUNA (Korea) BAHAN-BAHAN :
150gm tuna
340gm kimchi | dihiris
1 sudu makan mentega
2 ½ cawan air
1 sudu makan gochugaru
½ cawan jus air kimchi
230gm tauhu | dipotong dadu
Garam secukup rasa
Daun bawang secukupnya | dihiris
CARA MEMASAK : 1. Cairkan mentega di dalam periuk dan tumiskan tuna. 2. Masukkan kimchi dan gaul sebati. Masukkan air kimchi bagi mengelakkan ia melekat di periuk. 3. Masukkan air dan renehkan seketika dalam 10-15 minit. Masukkan gochugaru. 4. Masukkan tauhu dan perasakan dengan garam . 5. Angkat dan hiaskan dengan taburan daun bawang.
Saiz hidangan : 2 orang Waktu memasak : 40 minit Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis masakan : Sajian utama, Korea Keistimewaan : Mudah disediakan dan ringkas bahan-bahannya Anggaran kos : RM 30
INFO CHEF : Usah masak terlalu lama kerana ia akan menyebabkan tauhu hancur