Cara Masak Sotong Goreng Tepung Yang Rangup & Sedap.
Januari 25, 2019
Share
Sesekali masak sotong goreng tepung memang sedap. Namun ada kalanya tepung tidak bersalut elok pada sotong dan tak rangup. Cuba resipi yang RASA kongsikan ni. Anda pasti puas hati. Sedap, mudah dan dijamin sedap!
RESIPI SOTONG GORENG TEPUNG
BAHAN CAMPURAN TEPUNG:
500gm sotong | potong bulat & keringkan airnya
1 biji telur
2 sudu makan rempah kari
60gm tepung gandum
60gm tepung jagung
3 sudu makan tepung beras
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN LAIN:
Tepung jagung secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam satu mangkuk, pecahkan telur, masukkan tepung jagung, tepung beras, tepung gandum, garam dan rempah kari. Gaul sebati.
Kemudian masukkan sotong ke dalam adunan dan gaul lagi hingga sekata. Pastikan air sotong telah di toskan sepenuhnya sebelum dimasukkan ke dalam adunan tepung. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali, ambil sotong satu persatu dan gaulkan dalam tepung jagung. Masukkan sotong yang telah disalut tepung tadi ke dalam kuali.
Goreng dengan api sederhana besar hingga warna kekuningan. Angkat dan tos. Ulangi langkah hingga selesai.
Sedia untuk dinikmati.
TIP MEMILIH SOTONG SEGAR
Bila disentuh,badan sotong segar terasa lebih pejal, keral, kenyal dan tidak lembik ketika ditekan.
Kepala dan badan sotong tidak tertanggal apabila diangkat.
Matanya bulat,sempurna, tidak berkedut dan juga bersinar.
Badan sotong berwarna putih dan terdapat sedikit bintik hitam. Jangan beli jika sotong lembik, kulit terkoyak, berwarna ungu lebam serta kemerahan kerana ia adalah sotong yang lama.
Sotong segar biasanya masih berlendir dan tidak berbau terlalu hanyir.
Badan sotong yang terluka atau terkoyak tidak mempunyai kesan hitam.
Dakwat hitam tidak keluar dari bahagian badansotong.
Semoga tips ini dapat membantu anda untuk menjadi lebih bijak dalam membuat pilihan ketika membeli sotong segar. Selamat mencuba!