Penggemar hidangan Sotong Kangkung mesti suka resipi ni. Maklumlah, jika dibeli, sepinggan kecil sahaja dah mahal harganya. Sedangkan ia boleh dihasilkan sendiri secara homemade. Menerusi perkongsian saudari Rosilawati Masri beliau kongsikan resipi Sotong Kangkung yang mudah, sedap & tak hanyir. Selamat mencuba.
RESIPI SOTONG KANGKUNG MUDAH, SEDAP & TAK HANYIR
Ads
Untitled design (15)
BAHAN-BAHAN:
2-3 ekor sotong kembang
1kg kangkung – potong kecil
1 botol kecil sos plum
5-6 sudu makan petis
1 biji limau kasturi
5-6 sudu makan kacang tumbuk halus
1 sudu makan gula
2 sudu teh cili tumbuk – boleh lebihkan
CARA MEMASAK: 1. Cuci sotong dan potong kecil. Rebus dalam 10-15 minut. Toskan. 2. Dalam air panas yang berlainan, celur pula kangkung selama 7-8 minit. Toskan. 3. Dalam bekas bersesuaian, campurkan sos plum, petis, gula dan cili tumbuk. Kacau hingga sebati. Perah sedikit asam limau.
Ads
Ads
4. Letak kangkung dan sotong dalam pinggan ikut jumlah yang hendak dimakan. Tuang sos campuran dengan secukupnya, tabur kacang tumbuk dan sedia untuk dinikmati.
Resipi Bubur Sum Sum Sagu perkongsian saudari No Or ni memang terbaik. Nampak sangat sedap dan menyelerakan. Bagi anda yang menggemari sajian manisan tradisional, resipi ni tentunya perlu anda cuba. Biasanya Bubur Sum Sum ini dimasak menggunakan tepung beras sahaja dan dinikmati bersama sirap gula melaka, tetapi sedikit kelainan bila ada penambahan sagu sebagai bahan asasnya. Pasti enak. Nak masaknya pun cukup mudah. Makan sejuk-sejuk memang puas hati. Sesuai sangatlah nikmatinya dikala cuaca panas begini. Jom cuba.
Selain diguna untuk masakan dan dibuat halwa, satu lagi cara mengolah belimbing buluh adalah dengan menjadikannya belimbing buluh asam boi.
Kalau dah banyak sangat buah ini di rumah sesuai sangat dibuat jeruk ini. Belimbing buluh asam boi ini boleh disimpan lama, lagi lama diperam lagi sedap. Boleh dikunyah begitu saja.
Cara buat belimbing buluh asam boi
Bahan-bahan
1/2 kg belimbing buluh -bersihkan
5 sudu besar garam
1 liter air suam
7 sudu gula
5 tangkai cili padi
5 sudu besar cuka
10 biji asam/ asam masin
Cara membuat
1. Masukkan belimbing buluh dalam bekas dan campur garam dua sudu besar dan tuangkan setengah liter air suam. Biarkan seharian untuk buang getah dan kurangkan rasa masam belimbing.
2. Selepas seharian buang air garam dan masukkan gula, cili padi merah, lima sudu besar cuka, tiga sudu besar garam dan asam boi putih.
3. Kacau rata dan tuang lagi setengah liter air suam.
4. Tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk selama dua hari supaya rasa asam boi meresap ke dalam belimbing buluh.
5. Selepas dua hari bolehlah dimakan. Boleh juga disimpan lebih lama, lagi sedap.
Resipi Belebat Ubi Keledek Oren Ungu perkongsian opah Mas Cotek ni memang terbaik. Melihat gambarnya sahaja sudah dapat membayangkan rasanya yang sedap dan membuka selera. Bagi anda yang dah lama tak makan kuih tradisional, resipi ni tentunya perlu dicuba. Pasti puas hati.
CARA MASAK BELEBAT UBI KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
1 ketul ubi keledek oren (anggaran 200gm)
1 ketul ubi keledek ungu (anggaran 200gm)
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan gula
4 cawan santan
1/2 sudu teh garam
Daun pisang secukupnya untuk membungkus (ukuran daun guna 4×6″)
CARA MEMASAK: 1. Ubi keledek dibersihkan, dipotong dadu kemudian dikukus sehingga empuk.
2. Satukan tepung beras, santan, gula dan garam. Kacau sebati. Guna api perlahan, masak adunan sehingga pekat dan berkilat. 3. Padamkan api dan masukkan keledek. Angkat dan ketepikan adunan.
4. Sediakan daun pisang, sudukan 2 sudu makan adunan belebat, bungkus dan kemaskan.
5. Susun bungkusan Belebat Ubi dalam periuk dan kukus selama 10 minit menggunakan api perlahan.
6. Angkat kuih dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dinikmati.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.