Bosan makan lauk Sambal Sotong? Nah..Cuba masak menu Sotong Masak Hitam pula. Tapi ni hitam bukan sebarangan ya. Tak guna dakwat sotong pun. Menurut empunya resipi Puan Rabiatun Adawyah Mohamed Din nak masak menu ni pun mudah dan rasanya tak mengecewakan. Ha…Bolehlah cuba ya.
SOTONG MASAK HITAM MAMAK STYLE
Ads
BAHAN-BAHAN:
1kg sotong
1 sudu kecil serbuk ketumbar (*)
1 sudu kecil serbuk jintan manis (*)
1 sudu kecil lada sulah (*)
1 sudu besar serbuk cili (*)
1 sudu kecil serbuk kunyit (*)
1 batang serai – dititik
3 tangkai daun kari
1-2 biji tomato – belah wedges
1 sudu kecil pes @ halia tumbuk
1 sudu kecil pes @ bawang putih tumbuk
1-3 batang cili merah & hijau – dihiris
3 labu bawang besar – dihiris
3 sudu besar kicap pekat (anggaran)
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa & secubit gula
Sedikit pes asam jawa
CARA MEMASAK:
Bersihkan sotong dan toskan. Kemudian perap dengan kicap pekat, daun kari (yang diramas atau boleh juga dikisar) danbahan bertanda (*) selama 30 minit.
Panaskan minyak dan tumis serai, kayu manis, bunga lawang, bawang besar dan daun kari.
Bila bawang dah berwarna keperangan,masukkan pes halia dan bawang putih.
Masak sebentar dan masukkan sotong yang diperap tadi. Kacau rata hingga sotong masak.
Masukkan sedikit pes asam jawa. Gaul rata. Sotong tak perlu masak lama kerana isinya akan keras.
Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kalau nak lebih hitam,boleh tambah kicap pekat. Masukkan juga cili dan tomato yang dipotong.
Gaul rata dan padamkan api. Sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF: Serbuk ketumbar, jintan putih dan serbuk cili bolehdisangai dulu dan kisar Ia akan menjadikan hidangan rasa lebih sedap.
Menu yang pastinya menjadi kegemaran ramai. Jika anda menggunakan nanas yang agak kurang masak, disarankan agar mencelur hirisan buah terlebih dahulu bagi membuang rasa masam yang berlebihan. Kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam kuah.
BAHAN-BAHAN:
10 ekor udang saiz XL | potong janggutnya dan bersihkannya
1 biji nanas | potong dadu
2 biji tomato | belah empat
2 biji cili merah | hiris
2 keping asam gelugur
2 batang serai | titik
1 helai daun kunyit | koyakkan
1 mangkuk santan
1/2 mangkuk air
Garam dan gula secukupnya
BAHAN-BAHAN KISAR:
8 biji cili api
3 biji bawang merah
1 inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Di dalam periuk masukkan bahan-bahan kisar, serai dan air ke dalam periuk.
Renehkan seketika sehingga bahan-bahan kisar masak. Kemudian masukkan nanas dan asam gelugur, biarkan ia masak seketika.
Apabila sudah mendidih, masukkan santan, udang, tomato dan cili merah. Biarkan udang masak dan masukkan daun kunyit.
Perakan garam dan gula secukup rasa. Kacau dan angkat.
Berita baik untuk mak-mak sibuk terutamanya yang bekerja. Jom kita masak secara bijak hanya dengan menggunakan pes ajaib ini tanpa perlu bersilat di dapur setiap hari. Cuba ambik sedikit masa hujung minggu sediakan pes ajaib untuk kemudahan di hari-hari bekerja. Dengan pes yang sama ini, ia boleh gunakan untuk masak pelbagai resipi dengan sedikit penambahan bahan lain ikut cita rasa. Yang pasti, kerja memasak lebih pantas dan menjimatkan masa. Suka tak?
PES SAMBAL
BAHAN-BAHAN
100gm cili kering | Dibuang biji dan rendam
3 biji bawang besar
3 biji bawang putih
2.5cm belacan | pilihan
1/2 cawan kecil air asam jawa
Minyak masak secukupnya
CARA-MEMASAK
Semua bahan tersebut dikisar sehingga lumat.
Panaskan ¼ cawan minyak masak.
Tumis bahan kisar hingga naik bau dan sedikit garing.
Angkat dan sejukkan.
Masukkan ke dalam bekas kedap berkaca (supaya tahan lama).
Simpan di dalam peti sejuk. Sedia untuk digunakan.
SAMBAL SOTONG PEDAS
BAHAN-BAHAN:
5 ekor sotong | potong gelang
1 biji bawang besar | hiris bulat
3 biji bawang merah | racik
1 batang serai | ketuk
3 sudu makan pes sambal
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bawang merah yang telah diracik. Setelah agak berbau wangi, masukkan pes sambal dan serai.
Tumis dengan api sederhana hingga naik bau.
Masukkan sotong dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan hirisan bawang besar dan kacau sebentar.
Setelah agak kuah telah pekat dan sambal pecah minyak, angkat dan hidangkan.
IKAN KEMBUNG STIM BERSAMBAL
BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan kembung bersaiz besar
3 sudu makan pes sambal
1 biji limau kasturi
2 batang bendi | hiris serong
1 biji bawang besar | hiris bulat
1 biji cili merah | hiris
Garam dan gula secukupnya
Aluminium foil
CARA MEMASAK:
Sediakan aluminium foil. Ikan kembung dilumur garam, gula dan perahan limau kasturi.
Kemudian masukkan ikan ke dalam aluminium foil.
Masukkan pula pes sambal, hirisan bawang besar, cili merah dan bendi.
Balut ikan dengan kertas aluminium foil tadi dan kukus dalam 15 minit.
Selepas 15 minit, angkat dan hidangkan
ASAM PEDAS AYAM
BAHAN-BAHAN
4 ketul ayam | sederhana besar
3 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit daun kesum
1 batang bunga kantan
Sedikit daun ketumbar
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan sedikit serbuk kunyit.
Setelah terbit bau, masukkan pes sambal dan bunga kantan. Kacau hingga bau wangi.
Masukkan sedikit air asam jawa dan air untuk kuah. Masukkan daun kesum.
Setelah mendidih, masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk.
Sesuaikan garam dan gula secukup rasa. Gaul sekata.
Taburkan sedikit daun ketumbar sebelum dihidangkan untuk aroma.
CENCARU BAKAR PORTUGIS
BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan cencaru saiz besar | belah belakang
2 sudu makan pes sambal
1 batang cili merah | hiris memanjang
1 batang cili hijau | hiris memanjang
3 biji cili padi | hiris kasar
Sedikit buah nanas | potong kiub
Sedikit daun limau purut | hiris
Sedikit serbuk kunyit
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
Masukkan sedikit pes sambal ke dalam belahan belakang ikan. L
umur pes selebihnya pada ikan bersama serbuk kunyit, garam dan serbuk perasa.
Gris sedikit periuk pan dengan sedikit minyak dan bakar atau gril ikan tadi.
Balikkan ikan agar dibakar sekata.
Tambah hirisan cili, nanas, daun limau purut dan tambah sedikit pes sambal lagi dan biar ia masak bersama ikan.
Rendang Pedas Udang, antara rendang yang sedap dan cepat dimasak. Ia tidak menggunakan kerisik sebaliknya hanya menggunakan santan pekat dan lebih cili kering, baru bangkit rasa pedas dan lemaknya. Kalau anda ingin mencuba, resipi RASA kongsikan di sini:-
RENDANG PEDAS UDANG BAHAN-BAHAN:
1kg udang | buang kepala dan kulitnya, cuci dan tos.
500ml santan pekat
2 helai daun kunyit |carik-carik
5 batang serai | titik
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa BAHAN KISAR:
15 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
3cm halia
3cm lengkuas
4cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Masukkan santan dalam kuali bersama bahan kisar, serai titik dan daun kunyit.
Renehkan atas api sederhana hingga kuah pekat, masukkan asam gelugor.
Apabila kuah agak kering, kecilkan api dan masukkan udang.
Sentiasa kacau dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kacau hingga kuah kering.
Angkat dan hidangkan.
INFO: Pastikan anda masukkan udang bila kuah pekat kerana seafood untuk memastikan kesegaran rasa udangnya.