Nak makan puas dan sedap, menu ni, anda boleh cuba resipi yang RASA sediakan ini, ia mudah, simple dan tak perlulah nak berlama-lama di dapur. Hasilnya mak-mak tak perlulah berlama di dapur untuk mendapatkan menu yang super sedap ni. Ikut resipi jamin jadi.
SOTONG STIM ALA THAI BAHAN-BAHAN: 500gm-1kg sotong | bersihkan dan hiris bulat 7-8 biji bawang putih | cincang halus 8-9 biji cili padi | cincang halus 3 biji limau nipis | ambil jus Daun ketumbar secukupnya 1 kiub pati ayam 3 sudu makan kicap sotong
2 sudu makan gula
Ads
CARA MEMBUAT:
Ads
Kukus sotong lebih kurang 7 minit, air sotong jangan buat dan ketepikan.
Untuk sos: Panaskan 1 cawan air, masukkan kiub pati ayam dan gula. Tutup api.
Tunggu hingga kuah suam sekejap, boleh masukkan, kicap sotong,cili, bawang putih, jus limau nipis dan daun ketumbar.
Rasa, mana-mana rasa yang tak cukup boleh tambah hingga dapat rasa yang sempurna.
Setelah siap tuangkan sos ke atas sotong yang telah dikukus tadi.
Sedia dihidangkan.
INFO: Nak guna ikan pun boleh, terserah pada anda.
Ads
Sumber : Ayadieeya
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Malas nak masak, malas nak keluar makan! Tapi tekak nak makan sedap, ini ada dua menu sangat senang boleh korang cuba sebab ia sangat sampoi. Sedap ni makan dengan nasi putih, kalau rajin sikit boleh tambahlah sayur. Senangkan….
.
AYAM SERAI BAHAN-BAHAN:
500gm isi dada ayam | potong kecil, cuci dan tos
4 batang serai | titik atau hiris halus
10 biji cili padi | hiris memanjang
1 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | titik
2 sudu makan sos ikan
2 sudu makan tepung jagung
Garam, gula dan serbuk lada sulah secukupnya
BAHAN PERAPAN AYAM:
4sudu makan kicap ikan
2 sudu makan minyak bijan
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit sebuk lada hitam
CARA MEMASAK:
Gaualkan isi ayam dengan perapan. Perap lebih kurang 30 minit.
Panaskan minyak dalam kuali.
Sementara menunggu minyak panas, gaulkan ayam tadi dalam tepung jagung, kemudian celup dalam telur yang telah dikacau dan gaulkan sekali lagi dalam bekas tepung dan gireng/ Lakukan hingga isi ayam habis digoreng.
Keluarkan minyak, tingga hanya minyak untuk menumis.
Tumis bawag besar, bawang putih, serai dan cili. Kacau rata hingga wangi.
Masukkan ayam, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Ayam sedia dihidangkan panas-panas.
.
KEPAH TUMIS BAWANG PUTIH BAHAN-BAHAN:
1 kg kepah |cuci bersih dan tos
5 ulas bawang putih | titik
4cm halia muda | hiris memanjang
3 sudu makan sos tiram
8 biji cili padi | hiris
3 pokok daun bawang | hiris memanjang 3cm
Garam, gula dan perasa secukupnya
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dengan halia hingga wangi.
2. Masukkan kepah, kacau dan tambahkan cili padi.
3. Kacau lagi, dan perasakan dengan sos tiram, garam, gula dan perasa secukupnya.
4. Akhir sekali masukkan daun bawang, tutup api dan kacau rata.
5. Kepah sedia dihidangkan.
Sesekali nak juga rasa sarapan style western. Jom try buat sup cendawan. Sedap sangat sarapan dengan roti bawang putih bersama sup cendawan. Kalau nak puas makan, eloklah cuba buat sendiri. RASA kongsikan resipi sup cendawan yang mudah nak dibuat.
SUP CENDAWAN
.
BAHAN-BAHAN
2 cawan air
2 ulas bwg putih (dicencang halus)
8 biji cendawan butang (dicencang kecil)
1 kiub stock ayam
2 sudu besar tepung jagung (bancuh dgn sikit air)
300 ml susu cair atau susu segar
Garam
Sedikit serbuk lada hitam
Daun parsli atau oregano (tak ada pun tak apa)
CARA MEMBUAT
1. Didihkan air dan masukkan bawang putih, cendawan butang dan stock ayam.
2. Masukkan larutan tepung jagung. Kacau. Kemudian masukkan susu cair atau susu segar.
3. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
4. Sebelum tutup api, masukkan daun parsli atau oregano. Siap.
Sedapnya lemang! Kalau makan dengan rendangatau serunding, memang terbaik. Bagi anda yang nak cuba hasilkan lemang secara homemade, resipi perkongsian Chef Sue M Arukin ni boleh dicuba. Istimewanya resipi ni, anda tidak perlukan buluh dan tak perlu bakar. Hanya guna periuk kukusan dan juga cawan kertas. Mudah kan? Malah boleh hasilkan dalam kuantiti yang sedikit. Barulah tak membazir. Jom lihat cara-caranya. Selamat mencuba!
LEMANG CAWAN KERTAS
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg beras pulut – cuci & toskan
600ml santan pekat
1 sudu teh garam halus
5-6 biji cawan kertas (yang saiz tinggi)
Daun pisang secukupnya
CARA MEMASAK:
Gulung daun pisang yang dah dicuci dan letakkan dalam cawan kertas (saya buat 2 lapis daun pisang).
Letakkan beras pulut yang dah dicuci hingga 3/4 penuh atau hampir penuh.
Santan dicampur dengan garam lalu kacau sebati. Tuang ke atas pulut hingga lebih sedikit dari paras pulut (lebih kurang setengah inci). Kalau suka lemang tu agak lembik/lembut boleh lebihkan santan.
Letakkan cawan kertas berisi pulut dan santan ke dalam periuk pengukus yang dah dipanaskan airnya.
Kukus selama 50-60 minit atau hingga lemang masak. Selepas 30 minit mengukus, buka tudung periuk dan kacau sedikit pulut dengan garfu supaya santan menyerap sepenuhnya ke bahagian bawah.
Gunting cawan kertas dan buang. Potong lemang mengikut citarasa. Boleh makan dengan rendang, kari ayam/daging, serunding, sambal tumis dan dengan durian pun sedap.