Teringin nak makan spageti tapi nak ikut tekak Melayu. Nah, ini admin kongsikan resipin yang admin buat sendiri tau. Mudah sangat ye, boleh cuba tak sampai 15 minit siap dan tak perlu nak macam-macam bahan. Guna je sayur mayor yang ada dalam peti sejuk, tumis dan kacau gaul dan siap…
Nyam-nyam sedap boleh jadi hidangan makan malam yang ringkas ye.
.
SPAGETI AGLIO OLIO ALA MELAYU
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK :
1: Panaskan minyak tumis bawang merah, bawang putih dan hirisan cili hingga wangi.
2: Masukkan hirisan cendawan dan kacang panjang, kacau rata.
3: Seterusnya masukkan spageti, kacau rata dan masukkan pula tomato.
4: Perasakan dengan garam, gula dan serbuk pati ayam, kacau lagi.
5: Tambahkan pula dengan serbuk lada hitam dan serbuk oregano.
6: Kacau rata. Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.