
Bila tiba bulan Ramadan, kaum ibu pastinya sangat sibuk dalam menyediakan juadah berbuka dan juga sahur untuk keluarga. Walaupun pelbagai jenis makanan ada dijual di bazar Ramadan, masakan hasil air tangan ibu tentunya lebih menjadi pilihan. Keenakannya tiada tandingan. Nampak ringkas, namun hidangan yang dimasak secara ‘homemade’ sebenarnya lebih berkhasiat, bersih dan memberi lebih kepuasan.
Dengan adanya Sup Pekat Campbell’s Krim Ayam, proses memasak makanan untuk berbuka terutamanya dalam penyediaan pasta jadi lebih mudah dan cepat. Sesuai sangat digunakan oleh ibu-ibu yang prihatin terhadap khasiat dan kebersihan hidangan keluarga. Tak perlu lagi ke restoran untuk menikmati hidangan pasta yang membuka selera. Terasa nak masak hidangan Spageti Ayam Berkuah Campbell’s ni untuk suami dan anak-anak? Jom lihat resipinya.
RESIPI SPAGETI AYAM BERKUAH CAMPBELL’S
BAHAN-BAHAN:
- 300gm sup pekat Campbell’s Krim Ayam – dicampur dengan ½ tin air
- Minyak masak
- 2 sudu kecil bawang putih – dicincang
- 1 seluruh paha ayam (whole leg)- dipotong kepingan
- 4 biji cendawan shiitake – dihiris
- 120gm lebih lobak merah – diparut
- 2 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
- 300gm Spageti Prego (yang telah dimasak)
- Lada sulah
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis bawang putih sehingga wangi.
- Masukkan ayam, cendawan dan lobak merah. Masak selama 4 – 5 minit.
- Tuangkan sup pekat Campbell’s Krim Ayam. Perasakan dengan Sos Tiram Kimball dan lada sulah. Biarkan mendidih selama 7 – 8 minit.
- Masukkan spageti dan renihkan selama 2 minit di atas api perlahan. Hidangkan panas.
Tip: Kepingan ayam boleh juga digantikan dengan kepingan ikan atau daging lembu.
Masa Penyediaan: 15 minit
Masa Memasak: 15 minit
Hidangan: 4 orang
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mak Mertua Kongsi Resipi Mee Goreng Basah Paling Sedap, Ikut Tip Ni Pasti Jadi

Isi Kandungan
ToggleMee Goreng Basah antara menu biasa yang mudah didapati sama ada beli di kedai atau masak sendiri. Tapi nak tahu tak tip untuk masak Mee Goreng supaya hasilnya lebih sedap dari biasa? Kena cuba tip perkongsian saudari Suhasnida Ismail ini. Malah beliau juga berkongsi resipi Mee Goreng Basah yang dipelajari dari ibu mertuanya tapi diolah mengikut kesesuaian bahan-bahan yang ada di dapur. Jom cuba!

TIP NAK MEE GORENG SEDAP:
1. Guna sos yang mencukupi & jangan kedekut bahan.
2. Kalau nak ada kelainan, guna air rebusan daging dan hirisan daging. Memang akan rasa lebih sedap.
3. Bawang putih kena banyak, cukup sekadar tumbuk kasar.
4. Bila masak mee goreng, masukkan sedikit cuka makan. Ia akan membangkitkan lagi rasa keenakan mi.
Dah dapat tip kan? Jom cuba resipi yang ibu mertua Puan Suhasnida ni kongsi.
RESIPI MEE GORENG BASAH SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1 peket mee kuning
Minyak untuk menumis
8 ulas bawang putih
1/2 biji bawang holland
2 sudu makan cili kering kisar – beli online disini
Lauk pilihan: Ayam cincang, udang, daging, telur
Sawi
Tomato
BAHAN SOS & PERASA:
5 sudu makan sos cili – beli online disini
1 sudu makan sos tomato – beli online disini
2 sudu makan sos tiram – beli online disini
1 sudu makan kicap manis – beli online disini
2 sudu makan kicap pekat – beli online disini
1 sudu makan sos ikan – beli online disini
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu makan gula atau secukup rasa
½ sudu teh ajinomoto jika suka
1/2 cawan air
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak masak, tumis bawang putih.
2. Kemudian masukkan bawang holland dan cili kering kisar. Tumis hingga garing.
3. Seterusnya masukkan lauk pilihan. Tumis lagi hingga masak. Jika letak udang, jangan masukkan lagi. Letak kemudian sebab udang cepat masak.
4. Kemudian letak sedikit air dan semua sos. Kacau sebati.
5. Jika ada, boleh masukkan udang.
6. Pecahkan telur dan masukkan mee kuning. Gaul sebati.
7. Akhir sekali masukkan sayur. Kacau sebati dan siap untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Suhasnida Ismail
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Mushroom Chicken Pie Mudah, Tanpa Uli. Hanya Guna Pastri Segera
Resipi Kuih Bom Bijan Yang Sedap, Lembut & Tak Liat Walau Dah Sejuk
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Cara Masak Sos Spageti Homemade Sedap

Jika anda penggemar hidangan pasta, resipi sos spageti homemade perkongsian dari Chef Sue M Arukin ini tentunya wajib dicuba. Hanya menggunakan tomato ranum dan beberapa bahan mudah lain, anda boleh hasilkan stok sos tomato yang sangat enak ini. Lebih istimewa, ia juga boleh disejukbekukan dan digunakan pada bila-bila masa. Sangat mudah, lebih sihat dan menjimatkan. Jika suka, boleh je tambah sayur-sayuran seperti lada benggala, cendawan, lobak merah, daging, isi ayam kisar ataupun aneka makanan laut kegemaran. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI SOS SPAGETI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 2kg tomato ranum
- 2 labu bawang putih | dikisar kasar
- Daun thyme segar /kering secukupnya
- Daun parsley segar/ kering secukupnya
- Oregano segar/kering secukupnya
- Serbuk lada hitam dan lada sulah secukupnya
- Garam dan gula perang secukup rasa
- Minyak zaitun untuk menumis
- 1/2 cawan tomato puri – jika suka
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan buah tomato dan kelar seperti dalam gambar.
2. Kemudian panaskan air dan celur buah tomato tadi untuk memudahkan proses membuang kulitnya.
3. Bila kulit tomato sudah terkupas, angkat dan masukkan ke dalam air berisi ais untuk hentikan proses memasak.
4. Kupas kulit tomato hingga habis.
5. Cincang kasar tomato tadi dan kisar dalam food processor atau blender. Namun jangan sampai terlalu halus dan lumat. Jika tiada mesin, boleh cincang menggunakan tangan sahaja.
6. Panaskan 2 sudu makan minyak zaitun menggunakan api kecil. Kemudian tumis bawang putih hingga wangi. Pastikan bawang tidak hangit.
7. Kemudian masukkan kisaran buah tomato tadi. Gaul rata.
8. Jika suka, boleh tambahkan tomato puri. Ia bertujuan menjaidkan sos pasta menjadi lebih merah dan kelihatan menarik. Biar kuah mendidih.
9. Seterusnya tambahkan parsley, thyme dan oregano dengan secukupnya.
10. Akhir sekali, perasakan dengan serbuk lada hitam, lada sulah, garam dan gula perang dengan secukup rasa.
11. Kacau rata dan biarkan pasta hingga mencapai tahap kepekatan yang anda suka.
12. Sedia dihidangkan bersama aneka pasta kegemaran.
INFO: Jika tiada thyme, oregano dan parsley segar, boleh juga gunakan bahan-bahan tersebut yang telah dikeringkan. Boleh juga guna italian herbs.
Kredit resipi & foto: Chef Sue M Arukin
Link asal resipi: https://goo.gl/XdCJjV
3 Resipi Sihat Olahan Dari Timun

Timun dengan ciri yang menyejukkan sering digunakan secara meluas di dalam masakan. Selain itu ada yang makannya secara mentah atau membuat jus. Timun boleh dipelbagaikan hidangannya dan enak rasa.
Timun merupakan makanan yang sangat baik untuk kesihatan. Lupakan makanan ringan dan kerepek kentang, mulai hari ini jadikan timun sebagai ‘makanan’ utama anda. Berikut beberapa alasan mengapa anda perlu membiasakan makan timun.
Merawat masalah kulit
Timun memiliki sifat diuretik dan pembersih yang bermanfaat bagi kulit. Kandungan air yang tinggi vitamin A, B, dan C serta mineral, seperti magnesium, kalium, mangan dan silika membuat timun menjadi bahagian penting dalam perawatan kulit. Masker wajah yang mengandungi timun digunakan untuk menganjalkan kulit. Asid caffeic yang hadir dalam timun dapat menurunkan paras retensi air yang mengurangkan pembengkakan di sekitar mata.
Membunuh bakteria di dalam mulut
Jus timun boleh membantu menyembuhkan dan menyegarkan sakit gusi. Untuk membunuh bakteria di dalam mulut dan untuk menyegarkan nafas, dapatkan kepingan timun dan tekan ke lelangit mulut anda dengan lidah selama 1/2 (setengah) minit, phytochemcials dalam timun akan membunuh bakteria di dalam mulut anda yang bertanggungjawab menyebabkan nafas yang tidak menyenangkan.
Fungsi pencernaan
Masalah pencernaan seperti gastrik dapat disembuhkan dengan meminum jus timun segar setiap hari. Kandungan serat makanan dalam timun dapat mengusir racun dari sistem pencernaan sehingga meningkatkan proses pencernaan. Oleh itu, dengan penggunaan timun setiap hari ia dapat dijadikan sebagai ubat sembelit.
Membekalkan keperluan vitamin
Timun mengandungi tiga vitamin utama yang sering diperlukan oleh badan setiap hari. Vitamin A,B,C tersebut akan memperkuatkan sistem imun yang melindungi tubuh sehari-hari.untuk dapatkan hasil yang maksimum, timun boleh dijadikan jus bersama bayam dan lobak merah. Sebaiknya, timun tidak dikupas kerana bahagian itulah yang mengandungi 12% vitamin C, yang cukup untuk keperluan harian anda.
Menyembuhkan kencing manis, mengurangkan kolestrol dan mengawal tekanan darah
Jus timun mengandungi hormon yang diperlukan oleh sel-sel pankreas bagi menghasilkan insulin untuk manfaat kepada pesakit kencing manis. Timun boleh membantu penurunan tahap kolesterol. Timun mengandungi banyak serat, kalium dan magnesium yang berkesan bagi mengawal tekanan darah. Oleh itu timun baik untuk merawat kedua-dua tekanan darah tinggi dan tekanan darah rendah.
Membantu dalam penurunan berat badan dan penghadaman
Disebabkan kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah, timun adalah sumber yang ideal untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Gunakan timun dalam sup dan salad anda. Boleh juga dijadikan makanan ringan kegemaran anda, anda boleh makan potongan timun yang dicicah dengan yogurt.
Membekalkan mineral pada kulit
Timun mengandungi kandungan tinggi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Sebab itu banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan timun.
JUS TIMUN KISAR
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji timun
- 250ml air
- 3 sudu makan air gula
- Ais secukupnya
- Daun pudina
CARA MEMASAK:
- Timun dipotong dibuang kulit dan empulurnya lalu dipotong dadu.
- Masukkan timun ke dalam mesin pengisar bersama air, air gula dan ais secukupnya.
- Kisar timun hingga ais hancur.
- Tuang ke dalam gelas dan hias dengan daun pudina.
MI SIAM SINGAPURA
BAHAN-BAHAN:
- 200gm bihun | direndam hingga lembut
- 2 genggam tauge | dibuang ekornya
- 100 gm kucai | dipotong tiga cm
- 1 sudu makan sos tomato
- 3 sudu makan cili kisar
- 150 gram udang saiz kecil | kupas kulitnya
Bahan Kisar:
- 1 biji bawang besar
- 5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 100gm1 genggam udang kering | cuci dan rendam
- Secubit belacan | dibakar
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kuah:
- 1/2 bahagian perencah untuk menggoreng mi siam
- 3/4 sudu makan tauco | lecek hingga hancur
- 3/4 sudu teh pes asam jawa
- 1 batang serai | dititik
- 2 keping hirisan lengkuas | dititik
- 1 liter air rebusan kulit udang
- 2 sudu makan kacang tanah tumbuk
- 1/4 cawan santan
- Garam dan gula secukup rasa
- Air jika perlu
Bahan Sampingan:
- Telur rebus | dibelah dua
- Tauhu goreng | dihiris
- Hirisan daun bawang
- Timun |dihiris memanjang
- Limau kasturi | dibelah dua
- Sambal tumis | jika suka
CARA MEMASAK:
1. Untuk Mi Siam: Panaskan minyak dalam kuali, tumis kisar halus hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan masak hingga garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
3. Kemudian keluarkan 1/2 bahagian untuk digunakan sebagai perencah dalam kuah. Tambah sos tomato dalam kuali menganadungi baki perencah tadi. Masukkan udang dan kacau rata.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau dan masukkan bihun.
5. Gaul hingga rata, masak hingga bihun lembut. Tambah tauge dan kucai, gaul rata dan matikan api. Ketepikan.
6. Untuk Kuah Siam: Masukkan 1/2 bahagian perencah yang diasingkan tadi ke dalam periuk, bersama dengan taucho, serai, lengkuas dan pes asam jawa.
7. Kacau rata dan masak sekejap. Tuang air rebusan kulit udang (jika perlu boleh tambah sedikit air). Kacau dan biar mendidih.
8. Masukkan santan, perasakan dengan garam (anda rasa dulu, kalau perlu baru tambah garam) dan gula secukup rasa, biasanya kuah sedikit manis.
9. Akhir sekali tambah kacang tanah tumbuk. Masak hingga mendidih.
10. Angkat dan hidangkan.
SUP TIMUN
BAHAN-BAHAN:
1 sudu makan minyak zaitun
5 ulas bawang putih |cincang halus
1 biji bawang Holland saiz kecil |cincang halus
1 sudu makan lemon jus
1 batang timun saiz sederhana |buang isi tengah dan potong dadu kecil
½ sudu teh garam
125gm yogurt asli
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang putih dengan minyak zaitun bersama bawang Holland, kemudian masukkan timun.
- Masukkan pula jus limau dan garam. Kecilkan api dan biar sejuk seketika. Ketepikan.
- Kisar semua bahan yang ditumis tadi hingga halus dan tuangkan ke dalam yogurt. Gaul sebati.
- Boleh dihidangkan secara suam atau disejukkan terlebih dahulu.