Sedapnya Sambal Hijau. Makan dengan ikan goreng, ikan bakar atau aneka ulam memang membuka selera. Bagi penggemar sambal, resipi perkongsian saudari Nurzailiasya Zaiera ni boleh dicuba. Buat stok banyak-banyak dan simpan je dalam peti sejuk. Boleh tahan lama. Sangat berbaloi untuk dicuba.

RESIPI SAMBAL HIJAU SEDAP & TAHAN LAMA

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 3 pek cili hijau – jika baru nak cuba, guna 1 paket sudah cukup
  • 1 pek cili merah
  • 1 pek cili padi – boleh ubah ikut kepedasan yang digemari
  • 4-5 biji bawang merah
  • 3 biji tomato ranum
  • 3 inci belacan
  • 2 genggam ikan bilis
  • Garam dan gula secukup rasa
    ( Nota: Bahan-bahan ini tiada sukatan tepat. Empunya resipi campak-campak sahaja. Jadi boleh tambah dan kurangkan bahan ikut kesesuaian selera masing-masing.)

CARA MEMASAK:
1. Bersihkan cili merah, cili hijau, tomato, bawang merah dan cili padi. Potong kecil.
2, Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Goreng semua bahan ( kecuali ikan bilis, garam dan gula) hingga layu.
3. Angkat dan masukkan ke dalam pengisar. Kisar seketika. Biarkan bahan di dalam pengisar.
4. Dalam kuali yang sama, goreng ikan bilis hingga garing. Kemudian masukkan bahan kisar tadi ke dalam kuali ikan bilis. Kacau sampai warna sambal jadi sedikit gelap.

Cara Masak Stok Sambal Hijau Yang Sedap & Tahan Lama.
5. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya. Siap. Sedia untuk dihidangkan.

Ads

Cara Masak Stok Sambal Hijau Yang Sedap & Tahan Lama.

Ads

Kredit resipi & foto: Nurzailiasya Zaiera

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI