Cara Masak Sup Daging Resipi Ori Thai. Mudah & Sangat Sedap.

Share

Sedapnya Sup Daging  ori  Thai ni. Sedikit berbeza dengan sup yang biasa kita masak. Malah penggunaan sos ikan memang bagi rasa ‘kick’ pada masakan. Memang padu. Nak rasa? Resipi perkongsian saudara Ahmad Shinoda ini boleh anda cuba.

 

SUP DAGING ORI THAI

BAHAN A:

  • 300gm daging tetel – hiris
  • 3 inci halia – tumbuk kasar
  • 3 hiris lengkuas
  • 2 pokok akar ketumbar
  • 1 biji bawang Holland kecil
  • Sedikit kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 sudu teh gula
  • Air secukupnya

 

BAHAN B:

  • 3-4 ulas bawang putih – ketuk
  • 2 batang serai
  • Cili padi secukupnya
  • Daun limau purut
  • 1 biji bawang Holland
  • Daun ketumbar – hiris
  • ½ biji tomato
  • 2 biji jus limau nipis
  • 3-4 sudu makan sos ikan
  • Minyak untuk menumis

 

CARA MEMASAK:

1. Satukan bahan A dan rebus hingga empuk.

2. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.

3. Kemudian masukkan serai, bawang Holland, cili padi dan daun limau purut. Tumis sampai layu dan wangi.

4. Masukkan bahan tumisan serta tomato ke dalam sup berisi daging tadi.

5. Tambahkan juga sos ikan dan jus limau nipis.

6. Biar 2-3 minit. Tutup api dan tabur daun ketumbar.

7. Sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & gambar: Ahmad Shinoda

Published by
Nur