Anak-anak nak balik sekolah dah tapi belum ada idea nak masak apa untuk makan tengahari ni? Cubalah resipi Sup Daging Thai ni. Memang mudah nak masak. Malah rasanya juga sangat berbeza dengan sup yang kita biasa masak kerana ia tidak menggunakan sup bunjut dan rempah. Sup Daging Thai ni rasanya masam-masam, pedas dan tidak bersepah dengan rempah. Memang sedap! Jom cuba resipi perkongsian saudari Rozita Daud ni.
RESIPI SUP DAGING THAI
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 kg daging – hiris nipis
- 2 batang serai – dititik
- 5-6 biji cili api – lebihkan jika nak pedas
- 2 biji tomato – belah 4
- 1 biji bawang besar
- 4-5 ulas bawang putih – cincang
- 3cm halia – hiris
- 2 batang saderi – hiris
- 50gm cendawan
- 5 biji limau nipis – ambil jusnya
- Sedikit air
- Air rebusan daging secukupnya
- Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Rebus daging hingga empuk. Angkat dan toskan airnya. Air rebusan disimpan untuk dijadikan kuah.
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta halia hingga naik bau.
- Kemudian masukkan sedikit air, perahan jus limau limau nipis dan air rebusan daging. Jumlahnya bergantung kepada sebanyak mana anda nak kuah sup.
- Seterusnya masukkan serai, cili padi, batang saderi dan bawang. Masak lagi hingga lembut.
- Akhir sekali, masukkan daging. Biarkan mendidih.
- Masukkan hirisan tomato, cendawan, garam serta perasa dengan secukupnya. Kacau rata.
- Setelah mendidih dan rasa dah cukup, angkat dan hidangkan.
Kredit resipi & foto: Rozita Daud