Bagi para peminat rancangan Korea, pastinya pernah melihat hidangan Sup Jjamppong Korea ni. Nampak sedap dan menyelerakan. Namun hidangan tersebut biasanya dimasak menggunakan bahan-bahan yang tidak halal. Nak cuba masak? Ni dia cara-cara nak masak Jjamppong yang sangat sedap tapi menggunakan bahan halal perkongsian saudari Sharinaz Redwan. Bolehlah cuba.
RESIPI SUP JJAMPPONG KOREA
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus mi gandum korea – boleh tukar guna mi kegemaran yang lain. Celur lembut.
BAHAN KUAH JJAMPONG:
1 cawan isi ayam – potong dadu, gaul dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam
6 ekor udang – kupas kulit
10 ekor kupang – bersihkan
4 ekor sotong
( boleh juga guna seafood sahaja)
BAHAN AIR REBUSAN:
1 sudu makan ikan bilis
3 biji cendawan shiitake kering
2 biji bawang besar ( holland)
8 cawan air
BAHAN SAYUR & PERISA
Hirisan lobak merah secukupnya
Hirisan daun bawang secukupnya
Kubis panjang (cina) secukupnya
3 ulas bawang putih – tumbuk
1 inci halia – tumbuk
3 sudu makan gochugaru ( serbuk cili korea) – kurangkan jika kurang suka rasa pedas
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan minyak bijan
Sedikit serbuk lada hitam
Minyak masak @minyak zaitun secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan air rebusan ke dalam periuk. Didihkan selama 20 minit menggunakan api besar. Kemudian kecilkan api dan biarkan merenih selama 10 minit. Tapis air rebusan dan ketepikan.
2. Dalam mangkuk kecil, campurkan 3 sudu makan gochugaru bersama 2 sudu makan minyak zaitun. Ketepikan.
3. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang putih dan halia.
4. Kemudian masukkan isi ayam. Gaul sebati hingga agak-agak masak.
Ads
5. Seterusnya masukkan sayur dan makanan laut. Cendawan yang direbus untuk air rebusan juga boleh dihiris dan dimasukkan bersama. Gaul seketika.
6. Masukkan pes gochugaru tadi.
7. Gaul bahan hingga sebati dan bersalut rata.
8. Tambahkan stok air @ air rebusan, sos ikan, minyak bijan, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Biarkan mereneh.
9. Bila sayuran telah lembut, padamkan api dan sedia untuk dinikmati.
Ads
10. Jika suka, boleh tambahkan hirisan rumpai laut sebelum dinikmati bersama mi atau nasi. Boleh juga dimakan begitu sahaja.
Kerala adalah sebuah daerah yang terletah di utara India. Terkenal dengan masakan menggunakan kelapa, santan, pelbagai rempah ratus dengan aroma dan warna yang amat menarik serta rasa yang sungguh lazat.
Jadikan kari ayam kampung Kerala nih kalau jadikan juadah tengah hari pun sedap sangat nih Lagi pula makan dengan capati, memang terbaiklah.
KARI AYAM KAMPUNG PEKAT KERALA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam kampung- dipotong kecil dan dicuci bersih.
2 biji bawang merah besar-dihiris
1 sudu makan halia-ditumbuk halus
3 sudu makan cili kering kisar
2 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan rempah ketumbar
2 biji tomato-dipotong kecil
2 biji cili hijau-dipotong empat
*5 biji gajus
*5 biji badam
*3 biji buah keras
*2 sudu makan serbuk kas kas
*2 sudu makan kelapa
2 helai bay leaf
1 batang kayu manis
2 biji pelaga
2 kuntum cengkih
Garam secukup rasa
1/4 cawan minyak kelapa (gunakan minyak kelapa untuk kekalkan rasa kari ayam cara Kerala tapi boleh tukar dengan minyak biasa)
Daun kari segenggam
Sedikit daun ketumbar dan pudina
SEMUA TANDA (*)DIKISAR DENGAN SEDIKIT AIR.
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak kelapa dalam kuali dan masukkan bay leaf, kayu manis, cengkih dan pelaga. Tumis sampai bau wangi.
Selepas itu masukkan bawang dan daun kari, tumis sampai layu.
Masukkan halia yang sudah ditumbuk dan cili kering kisar. Tumis lagi sampai wangi dan masukkan tomato, cili hijau, semua rempah dan bahan kisar tadi. Tumis sampai pecah minyak dengan api paling perlahan.
Bila sudah pecah minyak, masukkan ayam kampung tadi dan gaul sebati. Tutup kuali dengan penutup sampai ayam masak. Ayam kampung ambil masa untuk masak jadi masak dengan api kecil sampai masak ayam. Tidak perlu tambah air sebab air dari ayam sudah cukup.
Tambahkan garam secukup rasa.
Akhir sekali taburkan daun pudina dan daun ketumbar..
Siap untuk makan bersama nasi putih, chapati atau roti putih.
INFO: Resipi yang sama boleh digunakan untuk masak kambing dan gunakan periuk tekanan tinggi dengan air yang minima sebelum campurkan dengan rempah diatas dan masak seperti biasa.
CHAPATI
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung atta alagapas
1 sudu teh garam
1 sudu makan minyak zaitun
1/4 air suam (atau secukupnya sampai boleh bentuk doh lembut tidak melekat dekat tangan)
CARA MEMASAK:
Masukkan tepung, minyak dan garam ke dalam mangkuk. Gaul hingga sebati.
Selepas itu masukkan air sedikit demi sedikit sampai boleh bentuk doh yang tidak melekat dekat tangan dan boleh dibentuk bulat.
Masak chapati atas kuali leper tanpa minyak. Selepas masak sapukan ghee atau butter pada permukaan chapati dan simpan dalam hot box.
1. Bentukkan chapati bulat-bulat.
2. Doh yang dibulatkan di masak atas kuali leper. Selepas ada dot dot dekat atas baru terbalikkan. Jangan tekan dengan sudip pada masa ini.
3. Selepas terbalikkan tunggu dalam 2 saat.
3. Terbalikkan lagi dan baru tekan dengan sudip kayu di bahagian tengah dan tepi chapati supaya chapati kita kembung.
4.Masak kedua dua belah sampai kembung macam ini.
5. Chapati ketika masak mesti berpisah macam nie untuk lembut.
6. Chapati kembung dengan elok dan boleh sapu ghee atau butter. Simpan dalam hot box atau roll dengan aluminium foil untuk kekal panas.
Menu ayam masak merah boleh dikatakan kegemaran semua orang hinggakan waktu kenduri kahwin ia jadi lauk wajib.
Biasanya bila buat ayam masak merah, kita akan menggunakan sos cili dan tomato, tapi sebenarnya tanpa menggunakan sos, lauk ini tetap enak.
Caranya dikongsi oleh Nor Haidah Md Said. Menu ini dipelajari dari ibunya. Resipi untuk seekor ayam supaya senang untuk kita bajet makan sekeluarga.
Resipi ayam masak merah tanpa sos
Bahan-bahan
Seekor ayam – gaul garam kunyit dan goreng tapi jangan garing
Bahan dikisar:
Cili kering – 2 genggam (campur dengan cili kering tak pedas kemudian rebus)
Bawang besar – 1 setengah biji
Bawang putih – 6-7 ulas
Halia – setengah ibu jari
Belacan – seteagah ibu jari
Buah tomato – saiz besar 2 biji
Bahan tumis:
Rempat tiga sekawan
Bawang besar 1 biji – hiris
Serai – 1-2 batang dititik
Daun pandan 4-5 helai kerat atau simpul
Satu senduk susu cair
Cara memasak:
Cedok minyak dari goreng ayam tadi dalam 3 senduk.
2. Tumiskan dulu bahan tumis hingga semua layu , kemudian tuangkan bahan kisar.
3. Tumis hingga bahan-bahan hingga garing dan pecah minyak. Jika nampak kurang minyak, tambah sikit-sikit.
4. Bila dah garing, tambahkan gula, garam dan perasa
5. Kemudian tuangkan sesenduk susu cair. Biarkan pecah minyak lagi sekali, tambah air kalau terlalu pekat.
6. Dah cukup rasa dan sebati, akhir sekali masukkan ayam goreng gaul sekata. Taburkan hirisan bawang besar.
7. Kecilkan api, tutup sekejap kuali biarkan ayam mereneh dengan sambal.
Info: Resipi ini tak gunakan sebarang sos tomato atau sos cili.
Satu lagi menu ayam mudah dan ringkas yang mak-mak boleh sediakan untuk seisi keluarga. Selain mudah, menu ini sangat sedap dan sesuai untuk anak-anak yang tak sukakan pedas, sesuai sangatlah dijadikan juadah berbuka. .
POPCORN AYAM MADU BAHAN-BAHAN: 250gm isi dada ayam | dadu kecil 3 ulas bawang putih | cincang halus 1/2 biji bawang holland | hiris memanjang 2 sudu makan mentega 5 sudu makan tepung gandum + 1 sudu makan tepung jagung BAHAN SOS: 1 sudu makan kicap manis 2 sudu makan madu 1 sudu makan sos tiram 1 sudu makan kicap manis 1 sudu makan bijan yang telah disangai.
CARA MEMBUAT:
Isi ayam dicuci dengan jus limau nipis, gaul rata. Kemudian cuci bersih dan toskan.
Kemudian gaulkannya dengan campuran tepung dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan tos.
Tumis bawang putih dan hirisan bawang holland dengan mentega hingga wangi.
Seterusnya semua bahan sos, kacau hingga mendidih.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!