Cara Masak Sup Mi Wantan Yang Senang & Sedap.

Share

Sup Mi Wantan, menu yang popular di kalangan masyarakat Cina ini sangat popular di kalangan masyarakat Malaysia. Menu ringkas ni mudah disediakan dan sesuai sebagai hidangan seisi keluarga. Rasanya yang sedap akan menjadi lebih sedap bila dihirup panas-panas kuah supnya. Kalau ini rasa lebih pedas, boleh tambah ke dalamnya hirisan cili potong.

MI WANTAN SUP
BAHAN-BAHAN:

  • 500gm mi wantan | celur dan tos
  • 150gm sawi | celur dan tos

BAHAN SUP:

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 keping dada ayam
  • 4cm halia | hiris kasar
  • 1 sudu makan lada hitam
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 4 kuntum bunga lawang
  • 6 cawan stok ayam
  • 2 sudu besar kicap
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Garam & gula secukup rasa

BAHAN WANTAN:

  • 200gm daginag ayam cincang
  • ¼ cawan daun bawang | hiris halus
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1 sudu makan air
  • 200gm udang
  • 20-25 keping pembalut wantan segera

CARA MEMASAK:

  1. Tumbuk kasar bawang putih, halia dan lada hitam.
  2. Panas minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  3. Masukkan ayam dan masak hingga keperangan.
  4. Keluarkan ayam (ayam ini perlu dicarik-carik atau hiris nipis).
  5. kemudian tambahkan bunga lawang, kacau seketika.
  6. Tuanagkan stok ayam dan perasakan kicap, sos tiram, sos ikan, garam dan gula secukupnya.
  7. Tapis sup dalam periuk lain.
  8. Sementara itu sediakan wantan.
  9. Masukkan agam cincang, daun bawang, minyak bijan, garam, lada sulah, air dan tepung jagung dalam mangkuk besar.
  10. Gaulkan hingga sebati, kemudian masukkan udang
  11. Untuk membuat wantan, ambil satu sudu makan camrpurn tdi letak di atas kulit wantan.
  12. Lembabkan hujung wantan dan lipat se[aruh se[erti mejadi tertelini,lakukan hingga habis.
  13. Panaskan minyak, kemudian goreng wantan hingga habis
  14. Masukkan mi wantan dalam mangkuk, hias di atasnya dengan wantan, ayam yang telah dicarik dan sawi yang dicelur.
  15. Tuangkan sup ke dalamnya dan enak dihidangkan bersama cili potong.
Published by
Norasida Myasin