Jika ke kedai makan atau restoran, menu tauhutelur bersama kuah pekat dan sayur ni antara yang jadi pilihan ramai. Budak-budak pun suka. Teksturnya yang lembut dan enak. Memang tak puas makan. Anda suka menu ni tapi tak tahu nak masak macam mana? Boleh cuba resipi perkongsian saudari Shaiela Ehin ni.
Ads
BAHAN-BAHAN:
Tauhu telur – dipotong
1 tangkai daun bawang – dihiris
Sedikit serbuk lada hitam
1 ulas bawang putih – diketuk sedikit
Kiub pati ayam secukup rasa
1 biji telur
Cendawan – boleh dipelbagaikan dengan aneka sayur lain
CARA MEMASAK:
Ads
Panaskan minyak dan goreng tauhu telur hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Kemudian tumis bawang putih hingga keperangan.
Masukkan air ikut sebanyak mana kuah yang anda nak. Biarkan mendidih.
Seterusnya masukkan cendawan, lada hitam dan kiub pati ayam.
Bila sayur dah masak, perlahankan api dan masukkan telur yang telah dipukul. Kacau cepat telur tadi bagi mengelakkan ia berketul-ketul.
Masak lagi kuah hingga mendidih.
Jika kurang rasa, boleh tambah garam dan perasa secukupnya.
Padamkan api dan masukkan daun bawang. Tuang kuah ke dalam pinggan berisi tauhu telur.
Tak percaya! Cubalah dulu resipi ni ye, admin dah cuba, ia sangat mudah dan senang membuatnya. Tak sampai 30 minit dah siap. Jadi untuk share dengan anda semua, ini resipi Rolade Tauhu yang sangat sihat dan tinggi kandungan protien.
ROLADE TAUHU :
BAHAN-BAHAN ISIAN :
3 biji tauhu | kukus
100gm isi udang | cincang halus
3 ulas bawang putih | cincang halus
3 ulas bawang merah | cincang halus
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 biji telur
BAHAN TELUR PEMBUNGKUS:
3 biji telur
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam secukupnya
Aluminium foil secukupnya | untuk membungkus
LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1: Hancurkan tauhu, kemudian masukkan isi udang yang telah dicincang tadi. Kacau rata.
LANGKAH 2: Masukkan garam dan lada sulah. Kacau rata.
LANGKAH 3: Masukkan telur di dalamnya, kacau hingga sebati. Kemudian ketepikan.
LANGKAH 4: Pecahkan tiga biji telur, tambahkan dengan sedikit garam dan lada sulah. Kaca rata.
LANGKAH 5: Panaskan sedikit minyak dan dadarkan telur tadi hingga menjadi lapisan nipis.
LANGKAH 6: Letakkan telur dadar di atas aluminium foil, kemudian isikan campuran tauhu di sisi tepi dan gulung hingga habis. Kemaskan gulungan dengan aluminium foil sebelum dibakar atau dipanggang. Selepas di bakar bolehlah potong dan hidangkan.
INFO : Untuk rasa lebih pedas boleh tambahkan hirisan cili dalam campuran tauhu. Atau boleh hidangkan dengan sos cili
Sedapnya Tauhu Telur atau Tauhu Jepun ni. Macam-macam menu boleh dimasak menggunakan bahan ini. Boleh dimasak sup, dijadikan inti dumpling atau dimasak bersama sayur pun sedap. Di Malaysia, Tauhu ini mudah diperolehi di pasaraya namun jika tinggal di luar negara atau nak cuba buat sendiri, resipi perkongsian saudari Ida Alina Salleh ni boleh dicuba. Sangat mudah, jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI TAUHU TELUR HOMEMADE
BAHAN UNTUK TAUHU TELUR:
6 biji telur saiz besar
500ml susu soya panas ( resipi soya homemade ada disertakan bawah)
5gm tepung jagung
1 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1. Pecahkan telur ke dalam bekas dan pukul. Pada masa yang sama, masukkan garam dan tepung jagung ke dalam bekas soya panas. Kacau rata.
2. Tuangkan soya tadi ke dalam bekas telur. Pukul perlahan hingga sebati.
3. Masukkan adunan ke dalam loyang atau bekas bersesuaian. Kukus selama 20 minit menggunakan api perlahan. Pastikan alas tutup kukus dengan kain supaya tidak menitis.
4. Bila sudah sejuk, keluarkan tauhu dari acuan dan potong ikut saiz yang sesuai untuk masakan anda.
5. Rupa tauhu yang sudah siap untuk digunakan.
BAHAN UNTUK BUAT AIR SOYA:
250gm kacang soya
1.8 liter air
CARA-CARA:
1. Rendam kacang soya semalaman. Kemudian kisar dengan air hingga betul-betul halus. Tuang kisaran soya ke dalam kain kasa.
2. Ambik air soya yang ditapis tadi dan masak atas api hingga merenih lembut selama beberapa minit. Jangan sampai mendidih.
3. Gunakan tapis untuk membuang buih-buih yang terbentuk di permukaan soya. Ambil 500ml susu soya ini untuk menghasilkan Tauhu Telur.
4. Lebihan susu soya boleh direbus bersama daun pandan dan gula. Ia enak diminum pada bila-bila masa.
Sedapnya Sambal Telur Ikan Bilis & Bebola Ikanni. Dengar nama sambal macam senang sahaja sediakan tetapi untuk mendapat rasa sambal yang betul-betul sedap bukan mudah. Sambal harus dimasak dengan lama supaya cilinya betul-betul masak dan mengelakkan dari sakit perut.
Saudari Nurul Ateekahyang merupakan peniaga nasi lemak berlauk bermurah hati berkongsi cara untuk memasak sambal dengan betul dan mempunyai rasa yang sedap. Malah sambal ini juga boleh digunakan untuk bermacam jenis masakkan bersambal yang lain.
RESIPI SAMBAL IKAN BILIS BEBOLA IKAN
BAHAN-BAHAN: 10 biji telur – direbus & dibuang kulit 12 biji bebola ikan 4 sudu makan ikan bilis – beli online disini 50gm gula melaka – beli online disini 2 sudu makan gula pasir (ikut kemanisan yang disukai ) 1 sudu makan serbuk belacan @ ½ sudu kecil belacan biasa – beli online disini Garam & serbuk perasa jika perlu 1-2 sudu makan perahan air asam jawa Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR: 5 biji bawang besar 6 ulas bawang putih 1 genggam cili kering – buang biji, rebus, dibasuh & ditoskan barulah dikisar bersama bawang
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak dalam kuali dan goreng telur rebus selama 1-2 minit. Angkat. Tujuan telur digoreng adalah untuk sambal cantik bersalut pada permukaan telur dan sambal telur pun susah nak basi.
2. Kemudian, goreng juga bebola ikan dan ikan bilis. Angkat dan ketepikan.
3. Dengan menggunakan minyak sama yang banyak, tumis bahan kisar. Masak hingga warna kemerahan.
4. Apabila sambal sudah masak dan sedikit garing, masukkan perahan air asam jawa, serbuk belacan@belacan, gula melaka dan gula pasir.
5. Gaulkan sebati dan biarkan gula melaka cair. Pada masa ini sambal akan berubah jadi warna merah lebih gelap. Jika lebih suka sambal manis, lebihkan sedikit gula pasir. Ikut kemanisan sambal yang anda suka.
6. Apabila sambal sudah warna gelap dan cantik berkilau, masukkan telur, bebola ikan dan ikan bilis yang digoreng tadi. Gaulkan rata dan sambal siap untuk dihidangkan.
PETUA MASAK SAMBAL YANG SEDAP
1.GUNA MINYAK YANG BANYAK Minyak untuk memasak sambal harus banyak barulah sambal akan masak dengan sekata dan tidak hangus. Jangan risau, lebihan minyak sambal nanti boleh disimpan untuk goreng mi, nasi goreng atau goreng telur.
2. MASAK GUNA API SEDERHANA Untuk memasak sambal dengan sempurna, hendaklah mengunakan api yang sederhana.
3. MASAK SAMBAL LEBIH LAMA Masa untuk memasak sambal paling kurang 1 jam. Ia untuk dapatkan rasa tumisan sambal yang sedap. Lagi lama masa memasak sambal, lagi sedap rasanya dan sambalnya susah nak basi serta boleh tahan berhari-hari.
INFO: Sambal ini boleh juga untuk memasak sambal udang, sambal sotong, sambal ikan, sambal ikan bilis, sambal nasi lemak atau jenis-jenis sambal untuk mengoreng mee, kuetiau atau bihun.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira