Suka makan tattelur tapi tak pernah cuba buat sendiri sebab tak ada ketuhar? Ha…Mungkin lepas ni boleh cuba buat kerana ada resipi tat telur yang tak perlukan ketuhar pun. Masak guna kuali je. Memang mudah, cepat dan dijamin menjadi. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
TART TELUR KUALI MELTING
BAHAN A (KULIT TAT):
2 cawan tepung agndum
1/2 cawan marjerin
Secubit garam
1 biji telur
CARA MEMBUAT:
Gaul bahan-bahan diatas hingga rata dan uli hingga jadi doh.
Bentukkan doh seperti kulit tat mengikut bentuk permukaan kuali. Bentuk biar agak berlekuk di bahagian tengah untuk tuang inti tat nanti.
Bentukkan bahagian tepi tat menggunakan garpu.
Ketepikan seketika. Bila dah isi inti tat baru bakar.
BAHAN B (INTI TAT):
Ads
1 1/2 cawan susu cair
3 biji kuning telur
2-3 titik esen vanilla
Secubit garam
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan tepung kastard
4-5 sudu makan gula
Sedikit pewarna kuning
CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan inti dan pukul sehingga tidak berketul. Boleh juga kisar guna blender.
2. Tuang adunan inti ke dalam doh tat tadi.
3. Masak atas dapur gas guna api kecil selama 30-40 minit.
Ads
4. Tutup permukaan kuali dengan tudung periuk.
5. Bila inti dah gelembung atau pejal, ia menandakan tat telah masak.
Cuti hujung tahun hampir tiba. Inilah masa untuk mencuba variasi resipi baru. Antara resipi yang boleh dicuba adalah Pastry Tuna Chesdale dan Ayam Kentang Bakar Berkrim inspirasi dari Amerika Syarikat. Tak perlu travel jauh-jauh, anda boleh saja masak sendiri di rumah. Jangan lupa gunakan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes dan Chesdale untuk hasil yang lebih enak. Selamat mencuba!
AYAM KENTANG BAKAR BERKRIM
BAHAN-BAHAN:
8 ketul bahagian atas peha ayam
4 biji kentang muda (saiz medium) – bersihkan & belah dua
200ml Anchor Cooking Cream
500ml stok/air rebusan ayam
300gm Perfect Italiano Perfect Bakes
2 sudu makan minyak sayur
5 ulas bawang putih – cincang
2 sudu makan rempah kari
2 sudu makan daun kari – cincang
2 biji bawang holland – potong bulat
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
Cincangan daun kari segar/saderi – untuk ditabur sebagai hiasan
CARA MEMASAK:
Tabur sedikit garam pada ayam.
Panaskan kuali leper dengan sedikit minyak sayur. Letak ayam tadi dan pan fry sekejap dikedua-dua bahagian untuk mendapatkan warna perang. Ketepikan.
Di dalam mangkuk, satukan Anchor Cooking Cream, stok ayam, cincangan bawang putih, rempah kari, cincangan daun kari, garam dan serbuk lada hitam secukupnya. Kacau rata.
Sediakan mangkuk tahan panas yang disapu sedikit minyak. Susun ubi kentang dan hirisan bawang hollang di bahagian bawah mangkuk.
Susun pula ayam yang telah diperangkan tadi di dalam dulang pembakar.
Tuang campuran cream ke atas ayam.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit.
Setelah 40 minit, buang penutup dulang lalu tabur keju Perfect Italiano Perfect Bakes dan teruskan bakar selama 15-20 minit lagi.
Pastri yang rangup dipadankan bersama keju yang lembut menjadikan tat ini sangat enak. Buah-buahan segar memberikan rasa yang lebih segar.
BAHAN-BAHAN:
Inti:
1 biji buah mangga | dipotong dadu kecil
1 biji buah naga merah | dipotong dadu kecil
1 biji kiwi | dipotong dadu kecil
200gm krim keju
50ml krim masakan
100gm gula perang
1 biji telur
Kulit Tat:
1 cawan tepung gandum
6 sudu besar mentega sejuk di potong dadu
½ cawan air sejuk
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil gula halus
CARA MEMASAK:
Campurkan tepung, garam dan gula ke dalam mangkuk besar. Kemudian cubitkan mentega sejuk dengan campuran tepung sehingga bergumpal dan tambah air sejuk sedikit demi sedikit sedikit sehingga adunan lembut.
Kepalkan doh dan bungkus dengan pembalut plastik. Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit.
Tabur sedikit tepung dan uli doh sederhana tebal dan letakkan ke dalam acuan tat. Cucuk- doh dengan garfu supaya kulit tat masak sempurna. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit sehingga masak. Sejukkan kulit seketika.
Seterusnya putar telur dengan gula sehingga kembang. Kemudian masukkan krim keju dan krim putar. Pukul lagi sehingga sebati.
Tuang bancuhan keju ke dalam kulit pai. Sejukkan seketika dan susun buah buahan mengikut citarasa anda.
Lebihan nasi sejuk ni banyak gunanya. Selain dijadikan nasi goreng, banyak lagi emnu yang anda boleh sediakan. Salah satunya ialah tosei. Wowwww… Jom cuba! Sesuai sangat dinikmati sewaktu sarapan.
BAHAN-BAHAN:
2 cawan nasi sejuk
2 cawan air
1 cawan tepung beras
1 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin pengisar.
2. Kisar hingga halus
3. Tuang bahan kisar ke dalam mangkuk dan masak menggunakan kuali tak melekat ( non stick pan).
4. Setelah adunan masak, angkat dan nikmati bersama kari atau apa juga kuah kegemaran anda.
Info: Adunan tidak perlu diperam terlebih dahulu kerana ia tidak menggunakan yis sebaliknya menggunakan baking powder.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.