Telur bungkus antara lauk mudah dan menjadi kegemaran anak-anak. Kalau ke kedai makan, menu ni antara yang paling banyak dipesan pelanggan. Terasa nak makan malam dengan menu Telur Bungkus hari ni? Ini resipi step by step perkongsian saudari Nor Shakinah Md Zainal yang mudah dan boleh dicuba.

 

RESIPI TELUR BUNGKUS SEDAP

BAHAN INTI:

  • Isi ayam – dipotong kecil
  • 2 ulas bawang putih – dicincang
  • 1/2 biji bawang besar – dipotong dadu
  • 1/4 batang lobak merah – dipotong dadu
  • 1/2 biji tomato – dipotong dadu
  • Sedikit cili merah

BAHAN LAIN:

  • 2 biji telur
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos Thai
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Secubit garam
  • Sedikit air
  • Minyak masak secukupnya

Cara Masak Telur Bungkus Sedap & Mudah Secara Homemade.

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih.

Cara Masak Telur Bungkus Sedap & Mudah Secara Homemade.

2. Masukkan ayam dan kacau seketika.

Cara Masak Telur Bungkus Sedap & Mudah Secara Homemade.

IKLAN

3. Seterusnya masukkan sos cili, sos Thai, sos tiram. Kacau sebati. Tambahkan juga sedikit air dan secubit garam.

Cara Masak Telur Bungkus Sedap & Mudah Secara Homemade.

4. Masukkan lobak merah dan bawang besar. Biarkan masak selama 1-2 minit.

Cara Masak Telur Bungkus Sedap & Mudah Secara Homemade.

5. Tambahkan tomato dan cili. Kacau rata. Siap.

Cara Masak Telur Bungkus Sedap & Mudah Secara Homemade.

IKLAN

6. Pecahkan telur dalam mangkuk, tambah sedikit garam dan pukul sebati.

Cara Masak Telur Bungkus Sedap & Mudah Secara Homemade.

7. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan masukkan telur yang dipukul tadi.

Cara Masak Telur Bungkus Sedap & Mudah Secara Homemade.

8. Lenggang telur hingga nipis dan memenuhi kuali.

Cara Masak Telur Bungkus Sedap & Mudah Secara Homemade.

IKLAN

9. Isikan inti yang dimasak tadi. Bungkus dengan kemas.

Cara Masak Telur Bungkus Sedap & Mudah Secara Homemade.

10. Ambil pinggan dan letakkan seperti ini. Terbalikkan.

Cara Masak Telur Bungkus Sedap & Mudah Secara Homemade.

11. Siap untuk dinikmati.

Cara Masak Telur Bungkus Sedap & Mudah Secara Homemade.

 

Cara Masak Telur Bungkus Sedap & Mudah Secara Homemade.

 

Kredit resipi & foto: Nor Shakinah Md Zainal

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI