Cara Masak Telur Bungkus Yang Sedap & Mudah Untuk Berbuka.

Share

Telur bungkus antara lauk mudah dan menjadi kegemaran anak-anak. Kalau ke kedai makan, menu ni antara yang paling banyak dipesan pelanggan. Terasa nak berbuka dengan menu telur Bungkus hari ni? Ini resipi step by step mudah perkongsian saudari Nor Shakinah Md Zainal yang boleh dicuba.

 

RESIPI TELUR BUNGKUS SEDAP

BAHAN INTI:

  • Isi ayam – dipotong kecil
  • 2 ulas bawang putih – dicincang
  • 1/2 biji bawang besar – dipotong dadu
  • 1/4 batang lobak merah – dipotong dadu
  • 1/2 biji tomato – dipotong dadu
  • Sedikit cili merah

 

BAHAN LAIN:

  • 2 biji telur
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos Thai
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Secubit garam
  • Sedikit air
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih.

2. Masukkan ayam dan kacau seketika.

3. Seterusnya masukkan sos cili, sos Thai, sos tiram. Kacau sebati. Tambahkan juga sedikit air dan secubit garam.

4. Masukkan lobak merah dan bawang besar. Biarkan masak selama 1-2 minit.

5. Tambahkan tomato dan cili. Kacau rata. Siap.

6. Pecahkan telur dalam mangkuk, tambah sedikit garam dan pukul sebati.

7. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan masukkan telur yang dipukul tadi.

8. Lenggang telur hingga nipis dan memenuhi kuali.

9. Isikan inti yang dimasak tadi. Bungkus dengan kemas.

10. Ambil pinggan dan letakkan seperti ini. Terbalikkan.

11. Siap untuk dinikmati.

 

 

Kredit resipi & foto: Nor Shakinah Md Zainal

Published by
Nur