Telur bungkus antara lauk mudah untuk dimasak dan menjadi kegemaran ramai. Kalau ke kedai makan, menu ni antara yang paling banyak dipesan pelanggan. Terasa nak makan telur bungkus hari ni? Ini resipi step by step mudah perkongsian saudari Nor Shakinah Md Zainal yang boleh dicuba.
RESIPI TELUR BUNGKUS SEDAP
BAHAN INTI:
Isi ayam – dipotong kecil
2 ulas bawang putih – dicincang
1/2 biji bawang besar – dipotong dadu
1/4 batang lobak merah – dipotong dadu
1/2 biji tomato – dipotong dadu
Sedikit cili merah
BAHAN LAIN:
2 biji telur
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos Thai
1 sudu makan sos tiram
Secubit garam
Sedikit air
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
Ads
2. Masukkan ayam dan kacau seketika.
3. Seterusnya masukkan sos cili, sos Thai, sos tiram. Kacau sebati. Tambahkan juga sedikit air dan secubit garam.
4. Masukkan lobak merah dan bawang besar. Biarkan masak selama 1-2 minit.
5. Tambahkan tomato dan cili. Kacau rata. Siap.
6. Pecahkan telur dalam mangkuk, tambah sedikit garam dan pukul sebati.
7. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan masukkan telur yang dipukul tadi.
8. Lenggang telur hingga nipis dan memenuhi kuali.
Ads
9. Isikan inti yang dimasak tadi. Bungkus dengan kemas.
10. Ambil pinggan dan letakkan seperti ini. Terbalikkan.
11. Siap untuk dinikmati.
Ads
Jika anda sedang mencari BARANGAN SEGAR, boleh klik DISINI.
Sedapnya Jeruk cili muda ni kalau dimakan dengan aneka mi goreng sebagai penyedap rasa. Jika anda ingin mencuba, berikut resipi dikongsikan. Bukan hanya jimat kerana buat sendiri, tapi anda boleh hasilkan cili jeruk yang rangup, cukup rasa masam, masin dan sedikit manisnya. Anda boleh buat lebih dan ia tahan lama, bila-bila teringin dah ada depan mata, tinggal makan je.
JERUK CILI MUDA BAHAN-BAHAN:
250 gram cili hijau muda
1 cawan cuka makan
4 sudu makan gula
1/2 sudu teh garam
2 cawan air untuk masak cili
1 sudu teh kapur makan
CARA MEMBUAT:
Basuh bersih cili hijau muda dan dipotong serong ketebalan yang seragam .
Lepas siap masukkan dalam bekas, ketepikan.
Larutkan kapur makan dalam air. rendamkan cili selama 1 – 2 jam di dalamnya, kemudian toskan dan basuh bersih sekurang-kurangnya 3 kali untuk hilangkan bau kapur (fungsi kapur adalah untuk rangupkan cili jeruk walaupun sudah lama) .
Didihkan 2 cawan air dan bila telah mendidih tutup api.
Masukan cili potong tadi, kacau rata dalam masa 20 – 30 saat sahaja, jangan terlalu lama nanti cili lembik .
Terus tos cili . Isikan dalam bekas kaca yang telah dibasuh dengan air panas .
Panaskan sekejap cuka gula garam dengan api kecil. Tak perlu sampai mendidih. Cukup sekadar larutkan semua bahan .
Tutup api, teruskan masuk dalam botol kaca yg mengandungi cili potong tadi .
Biarkan 45 minit, cili jeruk sudah sedia dihidangkan. Jika belum sedia dihidangkan, simpan dlm peti sejuk & cili jeruk anda boleh bertahan selama sebulan.
Jangan letakan di luar untuk elakkannya berkulat kerana kita tak guna pengawet .
Bila tiba bulan puasa, bermulalah persiapan menyambut Hari Raya. Masa ni lah kaum ibu sibuk buat juadah berbuka, kuih muih raya dan juga kek. Maklumlah, raya kan setahun sekali je. Tapi percayalah, memang penat! Tapi ada satu gajet ni boleh mudahkan kerja-kerja memasak anda.
Ketuhar elektrik Panasonic NB-H3800SSK memang memudahkan kerja-kerja memasak lebih-lebih lagi untuk menyediakan sajian di pagi Syawal.
6 SEBAB KETUHAR NI BEST!
SAIZ BESAR
Bersaiz 38L membolehkan anda memasak masak biskut dan kek dengan banyak dalam satu-satu masa tanpa perlu ulang masak beberapa kali. Kalau buat pizza atau kek saiz 10 inci memang muat tau!
KAWALAN MASA YANG PANJANG
Dilengkapi dengan kawalan masa sehingga 120 minit. Wow! Bolehlah masak bermacam-macam sajian tanpa perlu datang jenguk ketuhar untuk tambah masa memasak.
SISTEM KAWALAN SUHU PELBAGAI GUNA
Yang ni memang best. Ketuhar ni dilengkapi dengan sistem kawalan suhu antara 70˚C – 230˚C sekaligus membolehkan anda melakukan proses penapaian doh roti, buat buah kering, kek dan biskut serta memanggang hanya dengan satu ketuhar.
TOMBOL API ATAS BAWAH BOLEH LARAS
Ketuhar elektrik Panasonic NB-H3800SSK didatangkan dengan ciri-ciri terbaik seperti sistem pemanasan double M boleh laras. Ia sekaligus membolehkan anda mengawal suhu ketuhar atas dan bawah dengan lebih mudah agar sesuai dengan masakan anda.
KIPAS BERKUASA TINGGI
Ketuhar ini juga dilengkapi dengan kipas berkuasa tinggi yang berfungsi mengawal suhu ketuhar yang mana ia akan menjadikan makanan dapat masak dengan sekata.
GRILL BERPUTAR 360 DARJAH
Panggangan berputar 360 darjah mampu menghasilkan ayam panggang yang lembut didalam dan garing diluar tanpa perlu membalikkan secara manual. Memang mudah!
Memang best kan ketuhar elektrik Panasonic NB-H3800SSK ni? Jadi jom cuba resipi-resipi di bawah ni. Pasti anda kagum dengan hasil dan rasanya.
MANGO MANIA COFFEE CAKE
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega
2 ½ cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan air kopi pekat | anggaran 2 sudu makan serbuk kopi segera
1/2 cawan gula perang
4 biji telur
1 cawan susu pekat
1/2 cawan susu cair
BAHAN KRIM KEJU MANGGA:
100gm krim keju
1/2 cawan gula ising
Sedikit esen mangga
Puri mangga secukupnya
Mangga segar untuk hiasan
Sedikit parutan kelapa
CARA MEMASAK:
Pukul mentega, gula dan telur sehingga kembang.
Masukkan susu cair, susu pekat dan air kopi. Gaul sebati.
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sehingga adunan sebati.
Tuang adunan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 190˚C selama 50 minit dan sejukkan sebentar.
Bagi menyediakan krim keju, pukul keju bersama gula ising sehingga lembut.
Kemudian tambahkan sedikit esen mangga.
Salut krim mangga pada kek dan hiaskan dengan puri mangga, hirisan buah mangga segar serta kelapa parut
NUTTELA OAT MEAL
BAHAN-BAHAN:
141gm mentega | cairkan
130gm gula perang
1 cawan tepung gandum
1 cawan rolled oats
¾ sudu teh serbuk penaik
1/8 sudu teh garam
150gm nutella
75gm semi sweet chocolate chip
Sedikit esen vanila
CARA MEMASAK:
Lapiskan loyang empat segi bersaiz 8 x 8 inci dengan parchment paper dan sembur baking spray. Ketepikan.
Campurkan mentega yang dicairkan, gula perang dan esen vanila. Gaul sehingga semua bersatu. Ketepikan.
Dalam bekas lain, masukkan tepung gandum, rolled oats, serbuk penaik dan garam. Dengan menggunakan teknik ‘rubbing’, satukan dengan adunan bercampur mentega tadi sehingga menjadi crumble.
Ambil separuh dan tabur ke dalam loyang. Tekan-tekan dan bakar selama 10 minit.
Keluarkan dari oven dan sapukan bahagian atas dengan Nutella dan ratakan dengan spatula. Tabur chocolate chip.
Kemudian masukkan lebihan adunan tadi menutupi lapisan nutella dan chocolate chip. Tekan-tekan sedikit dan bakar semula selama 12-15 minit pada suhu 180˚C.
Biarkan sejuk, barulah dipotong.
AYAM PANGGANG ROSEMARY
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam saiz sederhana
1 batang seleri |potong empat
1 sudu teh herba thyme
1 sudu teh rosemary
1 biji bawang besar |belah dua
Beberapa tangkai daun parsli
1 helai daun bay
1 sudu makan serbuk lada hitam
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos Lea & Perrins
4 ulas bawang putih |tumbuk halus
1-2 sudu teh serbuk brown sauce (untuk membuat sos)
Sedikit tepung jagung/ gandum (untuk membuat sos)
CARA MEMASAK:
Perapkan ayam bersama rosemary, thyme, sos tiram, sos Lea & Perrins, lada hitam, bawang putih dan garam.
Sumbatkan hirisan seleri, parsli, separuh daripada bawang besar di dalam perut ayam. Perap di dalam peti sejuk selama 2-3 jam.
Kemudian, keluarkan ayam dan bakar selama 1 jam atau lebih mengikut cita rasa pada suhu 200˚C. Sapukan mentega dua atau tiga kali di permukaan ayam sehingga masak dan kulitnya garing.
Apabila ayam masak, rehatkan buat seketika. Ketepikan.
5.Untuk membuat sos; lebihan jus ayam yang dipanggang tadi diambil dan campurkan bersama baki bawang besar yang dihiris, seleri, parsli yang telah dipanggang dan daun bay.
Masak kesemua bahan di dalam kuali dan campurkan brown sauce dan sedikit tepung untuk memekatkannya. Boleh juga ditambahkan sedikit air mengikut cita rasa anda.
Angkat dan tapis, ambil jusnya sahaja.
Hidangkan bersama kentang rebus dan sayur-sayuran mengikut citarasa masing-masing.
Ayam goreng ada macam-macam cara menyediakannya tapi ayam goreng yang dibuat oleh mak tentulah yang paling sedap.
Biasanya adik beradik akan berebut makan. Seperti yang dikongsi oleh Khairul Hakimin, resipi ayam goreng berikut adalah daripada seorang ibu anak yang ramai dengan bajet sederhana.
Ayam dipotong kecil bukan saja agar lebih sedap tapi juga supaya semua dapat merasa.
Resipi ayam goreng berebut makan
Bahan-bahan
1 ekor ayam – dipotong kecil
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Beberapa tangkai daun kari
Beberapa ulas bawang merah India – dihiris
Cara membuat
1. Gaulkan ayam dengan serbuk cili, serbuk kunyit dan garam hingga sebati. Perap sekejap pun dah cukup.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan daun kari sampai naik bau.
3. Masukkan ayam, goreng hingga garing dan keemasan.
4. Angkat bersama daun kari dan bawang. Siap untuk dihidang!
Tip Ekstra: Kalau suka lebih pedas, boleh tambah sedikit serbuk lada hitam atau hirisan cili padi ketika menggaul ayam.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...