Cara Masak Tempe Masam Manis Ni, Sedap & Tak Rugi Cuba.
Disember 27, 2019
Share
Semua orang akui tempe memang sumber protein yang murah dan sedap, masak apapun ia memang tidak mengecewakan. Apa kata kali ini korang cuba pulak tempe masak masam manis, cara masak sedap dan hasilnya sangat sedap ye.. Tak percaya boleh cuba sendiri.
.
TEMPE MASAM MANIS
Bahan-Bahan:
1 keping tempe | potong empat segi 3X3 cm
1biji telur
3 sudu makan tepung gandum
1/2 biji bawang besar | dadu halus
2 ulas bawang putih | cincang halus
2 sudu makan Sos Cili Thai
1biji cili merah | cincang halus
1 tangkai daun ketumbar | hiris halus
1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Cara Memasak:
Panaskan minyak dalam kuali.
Sementara itu, celupkan tempe dalam telur yang telah dikacau bersama sedikit garam.
Kemudian gaulkan dalam bekas berisi tepung dan goreng hingga kekuningan.
Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis sos.
Tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi. Masukkan Sos Cili Thai, cili air jus limau nipis, hirisan daun ketumbar, garam dan gula secukupnya.
Akhir sekali, tutup api dan masukkan tempe yang telah digoreng. Gaul rata dan angkat.