Cara Masak Tempoyak Ikan Patin, Resipi Asli Dari Pahang

Share

Bagi penggemar sajian Tempoyak Ikan Patin asli dari Pahang, resipi perkongsian saudari Ieda Ida ini boleh dicuba. Sangat mudah dan sedap. Menurut empunya, ia adalah resipi original dimana tidak menggunakan sebarang bawang, serai dan juga bunga kantan dalam penghasilannya. Hanya menggunakan bahan ringkas yang asas sahaja. Selain ikan patin, ia juga sedap dimasak menggunakan

ikan talapia, kembung, kerisi dan tenggiri. Jika nak guna ayam atau tulang pun boleh. Selamat mencuba!

 

RESIPI TEMPOYAK IKAN PATIN ORIGINAL PAHANG

BAHAN-BAHAN:
Ikan patin – dipotong & dibersihkan
Cili – ikut tahap kepedasan masing-masing
Kunyit hidup secukupnya
Daun kesum
Tempoyak (ikut kepekatan yang disukai)
Timun tua (jika suka)
Air secukupnya
Bahan perasa secukupnya

CARA MEMASAK:
1.Tumbuk cili dengan kunyit hingga halus. Jumlahnya ikut tahap kepedasan masing-masing.
2.Dalam periuk yang bersesuaian, masukkan ikan, daun kesum, tempoyak (ikut kepekatan yang anda suka) dan hirisan timun tua.


3. Masukkan juga cili dan kunyit yang telah ditumbuk lumat tadi.
4. Tambahkan air dengan secukupnya. Masak hingga mendidih.


5. Perasakan dengan perasa dengan secukupnya. Masak lagi hingga ikan masak sempurna.
6. Angkat dan Tempoyak Ikan Patin sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Ieda Ida

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur