Nak masak Tomato Lasagna ni tidaklah susah mana pun. Kalau ikut step by step ni, confirm menjadi. Makan panas-panas lagi layan. Bolehlah cuba sempena cuti sekolah ni. Nak lagi sedap, guna keju Perfect Italiano Parmesan dan tambahkan keju Perfect Italiano Perfect Bakes untuk hasil kerak perang keemasan yang sempurna.
TOMATO LASAGNA
Bahan-bahan:
- 250gm daging kisar
- 1 biji bawang holland
- 3 ulas bawang putih
- 1 tin tomato puri
- 1 sudu besar herbs
- 30gm parsli
- 12 keping lasagna
- 1 cawan keju Perfect Italiano Parmesan
- 150gm keju Perfect Italiano Perfect Bakes
- ½ cawan air
Cara Memasak:
- Tumis daging kisar bersama bawang putih dan bawang holland hingga masak.
- Masukkan puri tomato, air, herbs, parsli dan keju Perfect Italiano Parmesan. Gaul rata hingga sebati.
- Susunkan kepingan lasagna dalam acuan, tuangkan sos di atasnya dan ulang hingga menjadi 3 lapisan.
- Taburkan keju Perfect Italiano Perfect Bakes Secukupnya.
- Bakar dalam ketuhar pada suhu 170°C selama 8 minit.
- Sedia untuk dihidangkan.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official: