Jika terasa nak makan tomyam tapi kehabisan pes, boleh cuba resipi ni. Ringkas, mudah tapi sedap perkongsian saudari Noorzairahasra Ab Ghani ni memang berbaloi untuk anda cuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI TOMYAM AYAM TANPA PES
BAHAN-BAHAN: Isi ayam secukupnya – potong kecil 2-3 ulas bawang putih – tumbuk kasar 4 batang serai – ketuk 2-3 hiris lengkuas 2-3 helai daun limau purut 3-4 sudu makan sos cili – beli online disini Sedikit kubis – hiris 1 batang saderi – hiris 1 biji bawang holland – hiris 1 biji tomato – potong 4 Cendawan secukupnya Beberapa biji cili padi 2-3 biji limau nipis Gula dan garam secukup rasa 2-3 tangkai daun ketumbar – hiris kasar Air secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Masukkan air, bawang putih, serai, lengkuas dan daun limau purut ke dalam kuali. Masak hingga mendidih.
Ads
2. Kemudian masukkan isi ayam. Biarkan hingga empuk.
3. Seterusnya tambahkan sos cili. Kacau hingga sebati.
4. Bila kuah menggelegak, masukkan kubis, saderi dan bawang holland. Anda juga boleh pelbagaikan sayur ikut citarasa.
5. Setelah kubis lembut, masukkan cendawan, tomato dan cili padi. Masak seketika.
6. Akhir sekali, perasakan dengan garam, gula dan juga jus limau nipis dengan secukupnya. Jika kurang suka rasa masam, boleh kurangkan jumlah jus limau.
7. Tambahkan hirisan daun ketumbar dan bolehlah diangkat serta dinikmati.
Resipi Ayam Perap Mayo perkongsian dari saudari Ezani Hana Syafniza ni nampak sangat mudah dan sedap. Memang senang sahaja cara pembuatannya. Pasti jadi kegemaran anak-anak. Maklumlah lauk berasaskan ayam ni budak-budak memang suka. Jadi jomlah cuba. Anda pasti kagum dengan keenakannya.
Untuk hidangan oden ini, perkara yang paling penting adalah kuah atau supnya. Jika kuahnya sedap, semua akan jadi sempurna. Anda boleh cuba resipi dari Cik Puan Akma ini. Katanya rasa kuah oden ini lebih sedap hingga mampu mengalahkan kuah oden yang dijual di Family Mart.
RESIPI KUAH ODEN SEDAP
BAHAN-BAHAN:
2 paket perencah tomyam adabi
2 paket perencah sup siam adabi
1 paket perencah asam pedas adabi
2 pcs kiub pati ayam
Air 1.5 liter
Gula 1 sudu
CARA PENYEDIAAN:
1. Masukkan semua perencah hingga mendidih. Kemudian, masukkan semua bahan-bahan steamboat. Siap!
2. Boleh juga letak sayur-sayuran seperti sawi cina, cendawan enoki, cendawan tiram dan lain-lain lagi.
Selamat mencuba!
Jika anda sedang mencari PERIUK STEAMBOAT untuk buat oden, boleh klik DISINI.
Ada ketikanya rasa teringin nak buat rendang tetapi kita selalu rasa payah dan remeh. Tapi bila tengok drama petang yang tengah hangat sekarang ni.. Min pun terjebak jugak nak rasa resipi Rendang Nasib Kekasih Paksa Rela ni. Nah! koleksi resipi rendang yang boleh dicuba.
Kini rendang bukan sekadar ayam dan daging sahaja. Bahkan makanan laut juga boleh dijadikan aneka rendang yang lazat. Pasti ramai yang menggemari masakan rendang kerana ia penuh perisa dan aroma rempah ratus serta lemak rasanya. Enak dimakan bersama nasi putih, lemang, ketupat atau dimakan bersama roti. Di hujung minggu begini, sesuai sangatlah anda cuba resipi-resipi ni.
RENDANG NASIB PAKSA RELA
BAHAN-BAHAN:
1kg campuran daging, limpa hati, paru dan jantung lembu (rebus hingga mendidih, potong kecil dan basuh sekali lagi untuk membuang warna gelap pada bahan tersebut)
10 biji cili kering*
15 biji cili padi*
1 in halia*
2 in lengkuas*
2 labu bawang besar*
5 ulas bawang putih*
5 batang serai*
3 sudu serbuk sup Adabi
2 sudu kerisik
1kg santan pekat
½ cawan minyak
Daun kunyit
Perasa
CARA MEMASAK:
Bahan yang bertanda star di blend halus
Tumis bahan yang di blend sehingga wangi
Masukkan bahan dalaman lebu dan juga santan
Masak hingga pekat, masukkan daun kunyit dan gaul seketika.
Siap!
Kongsi resipi: Normah Bahari (MAHN)
RENDANG TOK ASLI
BAHAN-BAHAN:
1kg daging
10 ulas bawang merah | dikisar halus
5 ulas bawang putih | dikisar halus
3sm lengkuas | dikisar halus
3sm halia | dikisar halus
5 batang serai | dikisar halus
5 sudu cili giling | dikisar halus
Kunyit sedikit | dikisar halus
2 helai daun kunyit | dihiris halus
1 sudu makan ketumbar | disangai dan dikisar halus
1 sudu makan jintan manis | disangai dan dikisar halus
1 sudu makan jintan putih | disangai dan dikisar halus
1kg santan pekat
50gm gula Melaka
3 sudu makan kerisik
15ml air asam jawa
Garam secukup rasa
BAHAN TUMIS:
2 batang kayu manis
4 kuntum bunga lawang
5 batang bunga cengkih
6 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan daging dengan ketumbar, jintan manis dan jintan putih yang telah dikisar, perap semalaman.
2. Setelah diperap, masukkan daging yang diperap ke dalam kuali. Masukkan sedikit air dan masak dengan api perlahan hingga daging empuk. Angkat dan ketepikan.
3. Kemudian, panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang dikisar bersama kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga naik bau atau pecah minyak.
4. Selepas itu, masukkan daging dan gaul rata. Masukkan santan dan kerisik, kacau tanpa henti dengan api yang kecil.
5. Masukkan air asam jawa, gula Melaka, daun kunyit dan kacau hingga kering. Bila rendang sudah kering, baru tambah garam secukup rasa.
6. Hidangkan dan sedia dinikmati.
RENDANG DENDENG
BAHAN-BAHAN:
1kg daging pejal | dipotong agak besar
500gm bawang besar | dikisar
3-4 senduk cili kisar
1 keping asam gelugur
3 batang serai dititik
5cm halia | dititik
1 cawan kicap manis
750ml air rebusan daging
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk mengoreng daging dan menumis
CARA MEMASAK:
Rebus daging di dalam periuk sampai empuk dan simpan air rebusan daging. Tos dan sejukkan.
Hiris daging lawan urat (lebih kurang saiz 1”x1.5”). Tumbuk sekeping-sekeping daging yang telah dihiris dan perap daging yang ditumbuk dengan kicap selama 1 jam.
Goreng daging dengan api sederhana dan toskan minyaknya.Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang dan cili kisar sehingga pecah minyak.
Masukkan serai, halia, asam gelugor dan air rebusan daging.
Masukkan daging. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
Angkat rendang dan siap untuk disajikan.
Info chef: Guna daging batang pinang untuk mendapatkan daging yang mudah empuk.
RENDANG AYAM PENCEN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong sederhana besar, cuci bersih dan toskan
2 cawan pati santan
4 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit | dimayang halus
3 sudu makan kerisik
1 liter air
3 senduk cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
1cm lengkuas
1cm kunyit hidup
4 batang serai | dihiris halus
BAHAN-BAHAN TUMIS:
2 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan masak hingga harum.
Tambah bahan kisar halus dan cili kisar. Tumis sehingga cili garing dan pecah minyak. Gunakan api yang kecil dan kacau selalu.
Masukkan ayam, gaul rata dan masukkan air. Masak lama sehingga ayam menjadi empuk.
Tuang santan dan kerisik kelapa. Biar mendidih secara perlahan sambil dikacau sekali sekala. Masukkan garam dan gula secukupnya.
Apabila kuah menjadi pekat, masukkan daun limau purut dan daun kunyit yang dimayang halus. Kacau dan rasa. Pastikan rasa garam dan gula seimbang.
Angkat rendang dan siap untuk disajikan.
Info chef: Ayam pencen perlu direbus sehingga empuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan santan dan bahan-bahan rencah yang lain.
RENDANG UDANG
BAHAN-BAHAN:
600gm udang harimau
2 helai daun kunyit | dihiris halus
2 senduk cili kisar
2 sudu makan gula melaka
Garam secukup rasa
1keping asam gelugur
1 cawan pati santan
2 sudu makan kerisik
Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1cm halia
1cm lengkuas
2 batang serai | dihiris
2cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tambah bahan kisar halus dan cili kisar. Tumis hingga cili garing dan pecah minyak. Gunakan api kecil dan kacau selalu.
Masukkan santan, kerisik, garam dan gula Melaka. Gaul rata. Bila mendidih, masukkan udang tadi bersama asam gelugur. Gaul rata dan masak hingga kuah menjadi pekat.
Cuba dan pastikan rasa garam, gula dan masam seimbang. Tambah sedikit garam atau gula jika perlu.
Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit dan gaul rata. Masak seketika.
Angkat rendang dan siap untuk disajikan.
Info chef: Boleh juga menggunakan udang galah
RENDANG KERANG
BAHAN-BAHAN:
400gm isi kerang
1 keping asam gelugur
1 cawan pati santan
2 helai daun limau purut
3 helai daun kunyit |sehelai disiat, dua helai dimayang halus
2 sudu makan penuh rempah kari ikan
2 senduk cili kisar
2 sudu makan penuh gula melaka
1 1/2 sudu makan kerisik
4 ulas bawang merah | dihiris
1 ulas bawang putih | dihiris
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:
7 ulas bawang merah
2cm halia
1cm lengkuas
3 biji buah keras | dihiris
3 batang serai | dihiris
10 biji cili padi siam | boleh kurang atau tambah jumlahnya
2cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Bancuh rempah kari ikan bersama-sama bahan kisar halus. Kacau rata hingga menjadi pes. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga harum dan keperangan. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing.
Tambah pes rempah dan kacau rata. Masak hingga rempah garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
Masukkan isi kerang dan gaul rata. Tambah pati santan dan kerisik. Kacau dan masak hingga pekat. Tambah daun limau purut dan daun kunyit yang disiat. Gaul semua hingga rata, masak sekejap.
Masukkan gula Melaka dan asam gelugur dan perasakan dengan sedikit garam. Kacau dan masak hingga rendang kering. Rasa dan pastikan rasa garam, gula dan masam seimbang.
Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit dan gaul rata. Angkat rendang dan siap untuk disajikan.
Info chef: Isi kerang perlu dibersihkan dan dittos hingga kering sebelum dimasukkan ke dalam rendang.