Jika terasa nak makan tomyam tapi kehabisan pes, boleh cuba resipi ni. Ringkas, mudah tapi sedap perkongsian saudari Noorzairahasra Ab Ghani ni memang berbaloi untuk anda cuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI TOMYAM AYAM TANPA PES
BAHAN-BAHAN:
Isi ayam secukupnya – potong kecil
2-3 ulas bawang putih – tumbuk kasar
4 batang serai – ketuk
2-3 hiris lengkuas
2-3 helai daun limau purut
3-4 sudu makan sos cili – beli online disini
Sedikit kubis – hiris
1 batang saderi – hiris
1 biji bawang holland – hiris
1 biji tomato – potong 4
Cendawan secukupnya
Beberapa biji cili padi
2-3 biji limau nipis
Gula dan garam secukup rasa
2-3 tangkai daun ketumbar – hiris kasar
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air, bawang putih, serai, lengkuas dan daun limau purut ke dalam kuali. Masak hingga mendidih.
2. Kemudian masukkan isi ayam. Biarkan hingga empuk.
3. Seterusnya tambahkan sos cili. Kacau hingga sebati.
4. Bila kuah menggelegak, masukkan kubis, saderi dan bawang holland. Anda juga boleh pelbagaikan sayur ikut citarasa.
5. Setelah kubis lembut, masukkan cendawan, tomato dan cili padi. Masak seketika.
6. Akhir sekali, perasakan dengan garam, gula dan juga jus limau nipis dengan secukupnya. Jika kurang suka rasa masam, boleh kurangkan jumlah jus limau.
7. Tambahkan hirisan daun ketumbar dan bolehlah diangkat serta dinikmati.
Kredit resipi & foto: Noorzairahasra Ab Ghani
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Patutlah Anak Suka. Resipi Siakap Stim Sos Tiram Ni Memang Sedap
Cara Buat Kuih Bengkang Tumis Utara Sedap Untuk Minum Petang
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
https://www.youtube.com/watch?v=SzpT6Ci3EGQ&t=37s
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI