Cara Masak Udang Nestum Pedas & Sedap Hanya Guna 6 Bahan Je

Share

Sedapnya Udang Nestum. Resipi perkongsian saudari Nor Azian Iskandar ni tak guna banyak bahan tapi lihatlah hasilnya, nampak sangat menakjubkan. Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang ingin menyajikan sajian istimewa untuk keluarga. Rugi kalau tak cuba ni tau. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

RESIPI UDANG NESTUM PEDAS, SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:

  • 45 ekor udang saiz sederhana – goreng salut tepung terlebih dahulu dan ketepikan.
  • 5 ulas bawang putih – tumbuk (beli online disini)
  • 1 biji cili merah/3-4 biji cili api – tumbuk
  • 2 sudu makan mentega (beli online disini)
  • 6 sudu makan nestum (beli online disini)
  • 2 tangkai daun kari (beli online disini)

CARA MEMASAK:
1. Bersihkan udang dan goreng salut tepung terlebih dahulu. Ketepikan.


2. Panaskan kuali guna api sederhana dan cairkan mentega. Elak guna api besar kerana mentega akan hangus.


3. Tumis daun kari hingga naik bau.


4. Kemudian masukkan pula bawang putih dan cili yang ditumbuk. Tumis lagi hingga keperangan.


5. Seterusnya masukkan udang yang telah digoreng tadi. Gaul rata.


6. Masukkan nestum. Gaul lagi hingga semua bahan sebati.


7. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Nor Azian Iskandar

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur