Jom buat Apam Cornetto Mini perkongsian saudari Nora Syikin Azmi untuk hidangan keluarga. Kalau nak buat untuk niaga pun boleh sebab bentuk dan warnanya yang comel. Pasti menambat selera kanak-kanak. Bahan-bahannya pun mudah didapati. Pastinya tidak ada masalah kalau nak cuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan dan juga cara-cara membuat kuih ini agak hasilnya jadi sempurna.
Resepi Apam Cornetto Mini Yang Mudah Dibuat & Gebu
Sedapnya waffle homemade ni. Kalau dapat makan panas-panas, memang layan. Kanak-kanak pun sangat suka makan waffle. Kalau beli, sekeping dalam Rm3- RM3.50. Mahal… Bayangkan kalau nak kena beli untuk 5 orang anak. Buat sendiri lagi jimat. Satu adunan ni anda boleh dapat dalam 7 keping waffle. Cukup untuk sajian minum petang satu keluarga. Jom cuba resipi perkongsian saudari Salina Saad ni. Mudah & pasti menjadi.
RESIPI WAFFLE HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2 ½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung
1 biji telur
3 sudu makan gula
1 sudu teh garam
1/2 paket mauripan ( yis segera)
1 sudu teh baking powder
3/4 cawan minyak masak
2 sudu makan susu tepung
Esen vanilla
2 cawan air
Jem kegemaran/mentega kacang/coklat/nutella
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung gandum, tepung jagung, telur, gula, mauripan, susu tepung dan baking powder. Gaul hingga sebati.
2. Kemudian masukkan minyak, esen vanilla dan air. Kisar atau adun hingga sebati. Lagi mudah jika adun guna blender.
3. Setelah siap mengadun, pastikan adunan betul-betul sebati dan tidak berketul. ( TIP RASA: kalau berketul boleh tapis)
4. Panaskan mesin waffle dan oles sedikit minyak dipermukaannya.
5. Tuang 1 senduk atau penuhkan permukaan acuan waffle. Tutup penutup dan biarkan masak.
6. Buka penutup waffle untuk pastikan waffle sudah masak atau tidak. Biar dalam 3-4 minit.
7. Bila waffle dah masak, angkat dan sapukan dengan jem, mentega kacang, coklat atau Nutella. Boleh juga nikmati dengan krim putar serta hirisan buah-buah. Terpulang pada citarasa.
8. Sedia untuk dinikmati.
Nak cuba resipi ni tapi tak ada mesin Waffle? Boleh pilih DISINI. Barangan kelengkapan rumah yang lain pun ada. Bolehlah pilih mana yang berkenan. Harga pun murah. Pasti puas hati.
Petang-petang begini, kalau dapat makan Cucur Udang yang lembut, gebu dan garing dekat luar ni memang sedap. Cicah pula dengan sos atau kuah kacang. Fuhhh…Menyandar la juga. Bagi yang tak ada idea nak makan apa, bolehlah cuba resipi Cucur Udang yang admin kongsi ni. Resipi simple je. Tapi rasa dia memang best!
Kuih Koci Pulut Hitam antara kuih melayu yang digemari ramai. Kena yang sedap, makan dua tiga biji pun tak cukup. Bagi anda yang suka kuih ni dan nak belajar cara-cara buatnya, jom lihat resipi perkongsian saudari Izza Howzin di bawah ini. Berbaloi untuk dicuba.
KUIH KOCI PULUT HITAM
BAHAN INTI:
2 biji kelapa
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh garam
2 cawan air
2 helai daun pandan
2 sudu makan tepung gandum
CARA MASAK INTI: 1. Satukan kesemua bahan ( kecuali tepung gandum) dan masak sampai hampir kering. 2. Kemudian masukkan tepung. Kacau rata. 3. Setelah inti kering, padamkan api. Setelah sejuk, cubit inti dan bulat-bulatkan.
NOTA: Jika suka inti manis, lebihkan gula.
BAHAN DOH KOCI:
100gm pulut hitam (rendam semalaman & kisar dengan air)
500gm tepung pulut
3 sudu makan tepung gandum
Air secukupnya
CARA ADUN DOH: 1.Tapis pulut hitam yang dikisar tadi untuk dapatkan patinya. Kalau nak muda,h guna je tepung pulut hitam tapi rasanya akan jadi lain. Maka ikut citarasa masing-masing. 2.Kemudian campurkan dengan bahan-bahan lain. Uli hingga menjadi doh. Tekstur doh seakan nak buat onde-onde ( buah melaka).
BAHAN SANTAN:
1/2kg santan
2 cawan air
1 sudu teh garam (kalau suka masin lebihkan jumlahnya)
3 sudu makan tepung jagung
3 sudu makan tepung beras
CARA MEMASAK: 1. Satukan kesemua bahan dalam periuk. Kacau sebati. 2. Kemudian masak guna api sederhana hingga pekat.
BAHAN LAIN:
Daun pisang secukupnya – bersihkan dan potong empat segi
CARA PENYEDIAAN KUIH KOCI: 1. Didihkan air dalam periuk dan siapkan daun pisang. 2. Ambil doh dan letak inti yang telah dibulat-bulatkan. Masukkan doh ke dalam air mendidih.
3. Setelah doh timbul, toskan dan letak ke dalam adunan santan yang dah dimasak tadi.
4. Golek-golekkan doh dalam santan hingga rata dan bersalut. 5. Letak doh koci atas daun pisang.
6. Bungkus dengan elok dan buat hingga habis adunan.