Cara Melapis Apam Cornetto Mini Yang Comel & Sekata Warnanya

Share

Jom buat Apam Cornetto Mini perkongsian saudari Nora Syikin Azmi untuk hidangan keluarga. Kalau nak buat untuk niaga pun boleh sebab bentuk dan warnanya yang comel. Pasti menambat selera kanak-kanak. Bahan-bahannya pun mudah didapati. Pastinya tidak ada masalah kalau nak cuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan dan juga cara-cara membuat kuih ini agak hasilnya jadi sempurna.

 

Resepi Apam Cornetto Mini Yang Mudah Dibuat & Gebu

BAHAN-BAHAN:

 

CARA MEMASAK:

1.Pukul telur, ovalette dan gula hingga putih, kembang gebu dan ringan. Masa memukul anggaran 5 -7 minit.

2.Masukkan separuh air aiskrim soda (100ml). Putar guna high speed.

3.Kemudian masukkan separuh dari tepung gandum.

4.Masukkan baki aiskrim soda dan habiskan tepung. Putar sekejap kemudian berhenti.

5.Masukkan esen rose. Putar sekejap dan berhenti.

6.Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dalam mangkuk berasingan.

7.Letakkan pewarna dan perasa yang anda suka. Gaul hingga adunan, pewarna dan perasa bergaul sebati.

8.Susun kon dalam kukusan. Letakkan hujungnya dalam lubang kukus. Jangan tutup semua lubang pastikan ada lubang untuk wap panas mengalir ke atas.

9.Tuang adunan selapis demi selapis mengikut warna secara berselang seli.

10.Untuk lebih mudah, masukkan adunan dalam piping bag kemudian paipkan selapis-selapis secara berselang seli.

11.Pastikan tutup kukusan dibalut dengan kain supaya wap air tidak menitis atas apam.

12.Kemudian kukus Apam dengan api sederhana selama 15-20 minit atau sehingga masak.

13.Bila sudah masak, sejukkan apam seketika.

14.Cairkan coklat masakan dan tuang atas apam tadi dengan secukupnya.

15.Taburkan kekacang, chocolate rice atau cip coklat dengan secukupnya.

16.Masukkan apak ke dalam peti sejuk untuk mengeraskan coklat.

17.Apam ini sangat sedap dimakan ketika baru keluar dari peti sejuk.

 

Kredit resipi & foto: Nora Syikin Azmi

 

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

Published by
Nur