Di kala PKP ni yang pasti ketiadaan bazar ramadan menyebabkan tiada lagi kemeriahan orang ramai membeli juadah berbuka. Jadi apakata kita masak menu manisan pencuci mulut sendiri dengan mencuba Puding Berkuah Kastad.
Resipi dari laman FB Meong ni boleh dicuba. Dimakan dingin dari peti sejuk memang nyamanlah menikmatinya.
PUDING BERKUAH KASTAD SIMPLE
BAHAN-BAHAN :
Ads
Bahan puding : 1 bungkus agar2 tali (20gm) 1 liter air 1/2 cawan gula 5 biji telur (asingkan kuning dan putih) 2 biji kuning telur I sudu kecil esen vanila Pewarna merah jambu (ikut la nk warna apapun)
Bahan kuah kastard : 1 tin susu sejat 1 1/2 tin air (guna tin susu sejat) 1 sudu besar kastad 3 biji kuning telur 4/4 cawan gula 1sudu kecil esen vanila
CARA MEMASAK :
1. Mula-mula didihkan air, dah mendidih masukkan agar2 tali. Kacau sehingga agar2 betul2 larut. Kemudian sejukkan.
2. Asingkan kuning dan putih telur. Usah keliru, telur memang 5 biji saja. Tp mok punya kuning telur ada , ada sebiji yang kembar ni.telur gred jumbo ni mmg selalu ada telur kembau..nasib2 je ni😁😁
3. Masukkan telur putih dlm bekas lain, putarkan dengan kelajuan maximum sehingga telur putih tu jadi kembang dan meringue
6. Kemudian masukkan gula,esen vanila, putar lagi sampai sebati dan gebu. 7. Lepas tu dgn perlahan masukkan larutan agar2 tadi. Pastikan larutan dah sejuk tau.Jgn letak panas suam nnt buih x menjadi,kemudian sambung putar
Ads
8. Masa ni mok kelam kabut😂😂bekas x muat wey..capai je mana2 periuk yg ada kt dapur.. 9. Masukkan pewarna.. Putar lagi hingga betul2 sebati.
10.Dah selesai.. Masukkan dalam acuan.. 11.Masukkan dlm peti ais.. 12.Sementara tunggu puding mengeras dan betul2 sejuk,kita buat kuah kastard pulak .
13.Masukkan semua bahan kuah kastad dlm periuk.. Tapi utk tepung kastad tu lebih baik larut dlm air sikit..baru curah dlm periuk.. 14.Panaskan sehingga mendidih,jgn berhenti kacau sbb dia cepat hangit.. 15.Dah mendidih dan bau wangi,tutup api. Tapi pastikan korang kacau lagi. Sehingga kurang buih, lepass tu boleh sejukkan. 16.Puding dah sejuk..kuah kastard dah sejuk..
Buat kek ni kalau tidak kena cara, tidak menjadi. Bak kata yang mahir jangan derhaka dengan resepi. Ikut sukatan yang betul gerenti menjadi. Walau banyak kek moden yang ada, kek orang lama tetap disukai ramai. Resipi yang dikongsikan ini hanya dibakar menggunakan dapur gas sahaja, tetapi rupa bentuk dan hasilnya tetap gebu.
KEK PLANTA
Bahan-bahan: 1 cawan planta/majerin 2 cawan tepung gandum 1 cawan gula pasir ½ cawan susu sejat/cair 4 biji telur (gred b) 1 sudu kecil soda bikarbonat 1 sudu kecil baking powder 1 sudu besar esen vanila
Cara membuat: 1.Pukul/mixer telur dan gula sampai kembang(putih)- tak digalakkan pakai blender sebab majerin susah nak kembang kalau blender. 2.Masukkan majerin/planta.Adun lagi sampai kembang. Masukkan susu sejat.Adun lagi. 3.Masukkan tepung gandum,soda bikarbonat,baking powder dan esen vanila. Adun sekali biar sebati. 4.Dah siap adun semuanya,bahagi adunan kepada dua bahagian. Adunan 1 saya campur dengan serbuk koko dua sudu besar, kacau sebati Adunan 2 kosong saja(warna putih) 5.Sapu loyang dengan majerin,masukkan adunan selang seli ikut kreativiti masing-masing. 6.Bakar dalam 35-40 minit guna dapur gas.Guna api perlahan.
Kalau tak tau nak buat apa dengan roti lebih, korang jangan takut cuba resipi ni. Gerenti jadi punya kalau buat, bahan selain roti, ikut je apa yang sesuai ada dalam dapur. Idea bagus sesuai untuk sarapan pagi, bekal anak ke sekolah atau boleh saja sebagai hidangan makanan malam. Simple dan sedap makan panas-panas.
BINGKA ROTI AYAM BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
4 keping roti | carik-carik
2 ketul ayam goreng | carik
1 genggam bayam | hiris
5 biji telur | kacau asing| BAHAN TUMIS:
1 biji bawang holland | dadu
10 ulas bawang putih | cincang
1 sudu.makan minyak masak
1sudu makan cili kisar
1 sudu rempah kari daging
Garam gula secukup rasa BAHAN TOPPING (KALAU ADA BAHAN TAKADA PUN TAK APA):
Empingan cili/ serunding daging atau ayam pun boleh
Beberapa keping keju
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumis bawang holand dgn bawang putih hingga layu. Masuk cili kacau lagi dan masuk kari.
2. Kacau rata, tambah sikit air, perasakan dengan garam daan gula. Bila cukup rasa tutup api.
3. Campurkan roti, ayam dan bayam, gaul rata.
4. Tuang dalaam loyang yang disapu marjerin atau mentega atau minyak masak. Ketepikan.
5. Pukul telur dengnn sedikit garam dan 1 sudu kecil lada sulah.
6. Tambah ke dalam bahan tumis tadi kacau rata.
7. Tuang atas campuran roti tadi, pastikan bancuhan telur membasahi seluruh campuran roti.
8. Lapisan atas sekali lapiskan dengan taburan empingan cilia tau serunding dan keju yang telah dicarik-carik.
8. Bakar lebih kurang 30 minit dengan api 170 C.
Viral biskut coklat rice yang sangat sedap dan boleh berjimat jika buat sendiri resipi ini, hanya dengan satu adunan boleh dapat 150 biji biskut berbeza jika beli siap belum tentu dapat banyak seperti itu. Sedap ke? Cuba dulu baru tahu! Selamat mencuba.