Tentu lebih puas jika dapat menyediakan solok lada daripada hasil yang kita tanam sendiri di rumah. Lebih-lebih lagi jika saiz lada yang dituai sihat dan segar sekaligus menjadikan hidangan tampak begitu menggiurkan. Sebelum anda cuba tanam sendiri di rumah, ketahui tip dan cara untuk memastikan tanaman anda bukan sahaja subur, malah boleh menghasilkan buah yang lebat. Cuba ikut tip yang dikongsi oleh Ben Safwan.

TANAM SOLOK LADA DI LAMAN RUMAH

Cara Menanam Lada Solok Agar Berbuah Lebat, Sihat & Subur

 

1. Semai dari anak benih atau nak senang, boleh terus beli pokok yang usia hampir 2 bulan di Sopi Ben. Dah stabil dan subur. Boleh dapatkan di Shopee.

2. Sediakan media semaian iaitu tanah 5 atau 8 dalam 1. 1 beg 28 liter dicampurkan dengan 2 beg tanah merah yang dijual di nursei dan 500 gram tahi kambing yang diperam. Ini cara Ben. Jika nak senang, terus masukkan ke dalam polibeg saiz 16×16. Saiz ini sesuai untuk pokok. Akan dapat lebih kurang 3 hingga 4 polibeg untuk setiap isian.

Ads

Cara Menanam Lada Solok Agar Berbuah Lebat, Sihat & Subur

3. Alihkan anak pokok lada solok masuk ke media semaian baru. Jangan buang tanah sedia ada. Masukkan sekali dari polibeg lama ke polibeg baru. Dalam 4 hingga 5 hari pertama, letak anak pokok di bawah cahaya matahari agar dapat terima terus cahaya matahari pagi dan tengahari. Kemudian, letak di tempat redup. Selepas tempoh tersebut, baru letak di bawah cahaya terus. Pokok cili suka cahaya terus.

4. Cara siram dan pembajaan serta tip:

  • Siram 1 liter air paip setiap dua hari sekali. Jika saiz polibeg atau bekas kecil, siram hari-hari pada awal pagi atau lewat petang.
  • Sembur plant booster 3 in 1 Ben setiap 4 hari sekali untuk bagi pokok subur, kuat, elak serangan rabun seranggan, bena putih dan lain-lain.
  • Minggu pertama, guna baja subur. Minggu kedua, baja buah dan ulang. Anggaran 1 sudu kecil dan ikut tumbesaran pokok pada jarak 5 cm hingga 10 cm dari pangkal pokok.
  • Bila buah dah lebat, berhenti dahulu baja buah. Teruskan dengan baja subur.
  • Buang daun yang tidak diperlukan sebelum ranting Y dan jika daun di bawah terlebih besar.
  • Terlebih daun akan menyebabkan nutrien tidak sampai kepada buah kerana daun akan menyerap nutrien. Tapi perlu diingat bahawa daun ialah pekerja yang akan menghasilkan buah yang lebat. Jadi, berpada-pada bila nak membuang daun.

Cara Menanam Lada Solok Agar Berbuah Lebat, Sihat & Subur

Cara Menanam Lada Solok Agar Berbuah Lebat, Sihat & Subur

 

5. Jangan lupa cakap-cakap dengan pokok dan mohon doa supaya urusan tanaman dipermudah.

Cara Menanam Lada Solok Agar Berbuah Lebat, Sihat & Subur

Cara Menanam Lada Solok Agar Berbuah Lebat, Sihat & Subur

 

Kredit: Ben Safwan

Ads

 

Anda mencari LESUNG BATU? Boleh klik DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tanam Daun Sup Guna Biji Benih, 2 Minggu Dah Tumbuh Subur

Ads

Cara Buat Cili Jeruk Yang Rangup

Cara Semai Capsicum, Walau Baru Mencuba Pun Boleh Tumbuh Subur

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI