Stok cili kisar memang kena sentiasa ada dalam dalam peti ais. Namun begitu nak buat cili kisar ini agak remeh juga terutama bab kena asingkan bijinya. Kena gunting satu-satu.
Tapi cara yang dikongsi oleh Mohd Ahzad Bin Nadirun lebih mudah. Tak perlu gunting lagi dah. Sekali tekan habis semua biji cili kering keluar. Tipnya adalah guna chopper.
Cara paling pantas asingkan biji cili kering
1. Masukkan semua cili kering dalam chopper. Nak penuh pun tiada masalah.
Ads
2. Kemudian tekan tapi jangan lama, nanti hancur jadi cili flakes pulak.
3. Nampak tak, keluar semua biji cili.
4. Kemudian tapis, tak buat pun tak mengapa. Boleh terus rebus atau rendam air panas untuk buat cili kisar.
Jom buat cilikisar homemade yang tahan lama. Maklumlah, cili kisar adalah bahan masak yang wajib ada di dapur. Terdapat pelbagai jenama cili kisar yang ada di pasaran namun ada yang lebih suka hasilkan sendiri. Katanya lebih sedap. Memang tak dinafikan, cili kisar yang diadun sendiri ni memang punya rasa yang lebih power.
Namun, salah satu masalah yang dihadapi ialah ia cepat berkulat walaupun disimpan dalam peti sejuk. Kadang-kadang ada yang tak sampai seminggu dan naik kulat putih dan berbau masam. Menerusi perkongsian PuanMim Nazihah, beliau kongsikan cara hasilkan cili kisar yang tahan lebih lama. Sangat berbaloi untuk dicuba.
PETUA CILI KISAR HOMEMADE TAHAN LAMA
Kak mim nak share cara buat cili kisar yang tahan berbulan tak berkulat. Mesti ramai yang dah tau kan tapi tak apa. Nak share jugaklah. Mungkin ada sorang dua yang masih tak tau.
Selalukan kalau kita kisar cili kering, simpan dalam peti ais, tak sampai seminggu ia dah masam dan naik kulat putih. Guna cara ni InsyaAllah tahan lama. Sebulan dua tak berkulat.- Kak Mim
CARA-CARA: 1. Potong cili kering dan kupas bawang putih. Cuci bersih.
2. Rebus cili kering bersama bawang putih hingga cili menjadi lembut. Kemudian toskan.(tidak perlu basuh lagi, cuma tos saja. Jika basuh balik guna air paip nanti cili kisar tidak tahan lama).
3. Biarkan sekejap hingga cili agak sejuk sedikit, kemudian kisar dengan menggunakan air tapis. (beli BLENDER baru dengan harga mampu milik DISINI)
4. Letak cili kisar dalam bekas bersih bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Hasilnya cili akan tahan lama dan tak berkulat walau disimpan berbulan-bulan. Malah cili juga tidak berbau masam.
Keliru tentang perbezaan Vegetarian dan Vegan. Bunyi hampir sama dan kedua-duanya berkaitan tentang gaya hidup atau diet berasaskan tumbuhan. Tetapi terma Vegetarian dan Vegan merujuk kepada cara makan yang berbeza.
Jika anda ingin tahu, vegetarian merujuk kepada seseorang yang tidak memakan daging binatang dan seafood. Pengamal vegetarian ini pula terbahagi pula kepada tiga jenis,Lacto- Vegetarian (memakan produk tenusu tetapi tidak makan telur),Ovo-Vegetarian (makan telur tetapi tidak makan produk tenusu) dan Lacto-Ovo-Vagetarian makan kedua-dua produk tenuysi dan telur. ini adalah diet vegetarian yang paling biasa diikuti.
Manakala Vegan, pengamal diet yang langsung tidak mengambil langsung sebarang produk tenusu dan telur, mahupun sebarang makanan yang diproses membabitkan bahan dari binatang. Malah orang Vegan juga tidak akan memakai pakaian yang dibuat dari bulu atau kulit binatang atau produk kecantikan yang telah diuji ke atas binatang.
Sama ada menjadi Vegetarian atau Vegan memang baik untuk kesihatan kerana tidak mengambil daging yang sering dikaitkan dengan penyakit jantung, darah tinggi dan diabetes. Namun bukan mudah untuk mengubah gaya hidup tanpa ada kesungguhan. Apa lagi sudah biasa dengan lauk pauk yang sedap.
Kunyit segar mudah menjadi kering dan busuk jika disimpan terlalu lama. Jadi bagi anda yang tercari-cari cara untuk menjadikan kunyit tahan lama, salah satunya ialah dengan menghasilkan kunyit serbuk. Dengan kaedah ini, anda juga tidak perlu lagi membeli serbuk kunyit bahkan rasanya juga lebih enak berbanding dengan yang dijual di pasaran. Anda hanya perlukan:
BAHAN-BAHAN:
Kunyit segar
Pengisar kering
CARA-CARA:
1. Kikis kulit kunyit hingga bersih dan hiris nipis.
2. Susun hirisan kunyit tadi di atas tampi dan jemur di bawah matahari hingga menjadi betul-betul kering.
Kredit gambar: Izz Julia ( http://daridapurbiasa.blogspot.my/2011/05/serbuk-kunyit-home-made.html)
3. Masukkan ke dalam pengisar kering dan kisar hingga halus.
4. Simpan dalam bekas kedap udara dan guna bila diperlukan. Selamat mencuba!
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!