Cara Pantas Asingkan Biji Cili Kering, Tak Perlu Gunting Satu Satu

Share

Stok cili kisar memang kena sentiasa ada dalam dalam peti ais. Namun begitu nak buat cili kisar ini agak remeh juga terutama bab kena asingkan bijinya. Kena gunting satu-satu.

Tapi cara yang dikongsi oleh Mohd Ahzad Bin Nadirun lebih mudah. Tak perlu gunting lagi dah. Sekali tekan habis semua biji cili kering keluar. Tipnya adalah guna chopper.

Cara paling pantas asingkan biji cili kering

1. Masukkan semua cili kering dalam chopper. Nak penuh pun tiada masalah.

2. Kemudian tekan tapi jangan lama, nanti hancur jadi cili flakes pulak.
3. Nampak tak, keluar semua biji cili.

4. Kemudian tapis, tak buat pun tak mengapa. Boleh terus rebus atau rendam air panas untuk buat cili kisar.
5. Hasilnya…

Ini yang dah siap cuci, sebutir biji pun takde.

Boleh rebus atau rendam air panas dan kisar.

Senang kerja kan. Selamat mencuba!

Sumber: Mohd Ahzad Bin Nadirun

Published by
Rose