Isi ayam terutamanya bahagian dada, mudah untuk dihiris dan dimasak kerana tidak terlalu bertulang. Namun, bagaimana pula untuk buang tulang ayam pada bahagian paha @ ‘thighs’? Jom ikut cara-cara di bawah ini. Mudah je. Nanti bolehlah buang tulang dengan sempurna tanpa menghancurkan isi ayam. Sesuai untuk buat sate atau Chicken Chop.
BAHAN-BAHAN:
foto: thekitchn.com
Ayam bahagian ‘thighs’.
PERALATAN:
Ads
Gunting dapur
Papan pemotong
CARA-CARA:
1. Letak ayam di atas papan pemotong. Pastikan bahagian kulit berada di bawah.
foto: thekitchn.com
Ads
2. Dengan menggunakan gunting, potong isi ayam di bahagian tengah tulang. Gunting isi yang melekat pada tulang dengan cermat.
foto: thekitchn.com
3. Potong bahagian tulang rawan dan keluarkan tulang.
Ads
foto: thekitchn.com
4. Siap! Mudah kan kalau guna gunting? Anda bolehlah menggunakan isi ayam ini untuk menyediakan masakan pilihan seperti untuk menyediakan hidangan Chicken Chop, dihiris kecil untuk dijadikan sate dan sebagainya.
Berita baik untuk penggemar pisang, sekarang anda boleh beli pisang lebih kerana ada tip yang boleh dimanfaatkan agar pisang yang anda beli tahan lebih lama, tidak mudah lembik dan busuk. Bila sudah busuk terpaksa buang, sayang dan membazirkan?
Kalau anda tidak mahu membazir masa yang sama tidak mahu melepaskan peluang membeli pisang lebih bila harga murah sebaiknya, cubalah petua in
Jangan sesekali simpan pisang dalam peti sejuk. Suhu sejuk dalam peti sejuk akan menyebabkan pisang cepat lebam dan busuk
Elakkan pisang dari terkena sinaran matahari secara langsung. Sebaiknya letakkan sahaja pada suhu bilik.Pastikan pisang mendapat udara yang cukup.
Keluarkan dari plastik atau bungkusannya kerana pisang yang masih dalam bungkusan akan membuatnya cepat masak kerana gas etilen dalam pisang akan keluar dan menjadikannya cepat masak.
Jangan letakkan pisang bersama buah-buahan lain kerana sama-sama mengeluarkan gas etilen. Gas ini akan membuat pisang cepat busuk
Paling baik simpan pisang dengan cara menggantungkannya saja.
Selalu yang menjadi masalah ketika menggoreng bihun ialah bihun jadi hancur dan lembik semasa bihun digoreng. Memang ramai yang gagal bila bab menggoreng bihun.
Sebenarnya ada cara yang boleh dipraktikkan agar bihun tidak lembik dan hancur semasa dimasak.Mari kita cuba tip seperti yang dikongsikan oleh Wan Muhammad Hafiz Satar ini.
Biasanya bihun yang hancur itu silapnya sebelum goreng kita rendam dahulu bihun itu dengan air panas yang berasap kemudian biarkan lama terendam. Cara ini salah. Nak pakai air panas boleh tapi pastikan bila bihun sudah lembut, toskan. Jangan biarkan lama bihun itu terendam. Itu yang bihun jadi hancur.
Selain itu, faktor lain yang menjadikan bihun jadi ‘cantik’ ketika menggoreng ialah ia bergantung pada ‘brand’ bihun yan kita beli. Boleh cuba ‘brand’ jenama yang menggunakan beras siam.
ADA DUA CARA UNTUK MEMASAK BIHUN SUPAYA TIDAK HANCUR:
1. Rendam dahulu: bihun direndam dulu semalaman dengan air tapis untuk dimasak pada waktu pagi. Apabila bihun yang direndam sudah lembut barulah mula menggoreng.
2. Cara ekspres tanpa rendam – tidak perlu rendam hingga lembut.
Caranya begini:
*Siapkan bahan tumisan dahulu. Tumis bawang, cili sampai pecah minyak dan cantik kemudian masukkan lauk, perasakan dengan gula dan garam.
*Kemudian tambah air panas dalam pes yang kita tumis. Biar menggelegak barulah masukkan bihun yang keras. Sebelum lebur bihun dalam kuali, pastikan bihun basuh dahulu. Jika tidak, bihun akan berbau beras apabila siap dimasak.
*Kacau sampai bihun yang keras jadi lembut dan cantik baru masukkan sayur akhir sekali. Goreng sampai sayur masak dan mesra dengan bihun.
Dengan menggunakan kaedah ini bihun jadi lebih sedap sebab waktu menggoreng, bihun yang keras akan serap air tumisan untuk jadi lembut. Jadi bihun ini bila dimakan kita akan terasa rencahnya. Lagi terangkat sedapnya.
Pernah atau tidak, ketika anda menggoreng ayam ia tidak masak? Atau ketika anda makan di kedai, ayam goreng yang anda pilih masih ‘berdarah’ dan kurang masak? Ada masanya memang akan terjadi kejadian ayam goreng kurang masak. Ayam mentah tidak elok untuk dimakan kerana ia akan menyebabkan keracunan makanan. Hari ini, RASA ingin berkongsi panduan menggoreng ayam yang boleh anda jadikan panduan.
CARA MENGGORENG AYAM YANG SEMPURNA
foto: olgasflavorfactory.com
1. PERHATIKAN SAIZ AYAM
Jika tidak terlalu besar, boleh terus digoreng. Seandainya saiz ayam agak besar, anda boleh merebusnya terlebih dahulu sebelum digoreng.
2. MASAK DENGAN API SEDERHANA
Ketika panaskan minyak, anda boleh gunakan api besar. Kemudian segera kecilkan api ketika memasukkan ayam. Selepas 2-3 minit, kuatkan api ke sederhana dan teruskan goreng ayam sehingga masak.
foto: lifehackers.com
3. GUNAKAN MINYAK YANG BANYAK
Minyak yang banyak dapat ‘merendam’ ayam dan membuat isinya masak rata. Jika mahukan hidangan lebih sihat, gantikan minyak masak biasa dengan minyak biji bunga matahari, kanola atau minyak jagung.
foto: boomerbrief.com
4. CUCUK DENGAN GARFU
Sebelum goreng ayam, cucukkan dengan garfu supaya isi ayam lebih mudah masak ketika digoreng.
5. BIARKAN SEKETIKA
Jika ayam disimpan dalam peti sejuk beku, pastikan anda membiarkan ia lembut dengan betul sebelum digoreng. Ayam beku hanya akan masak di bahagian luar saja ketika digoreng sedangkan isi dalam masih mentah.
Diharapkan kelima-lima tip ringkas ini dapat membantu anda untuk menghasilkan ayam goreng yang masak sepenuhnya. Selamat mencuba.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.