Cara Mudah & Berkesan Untuk Tampal Periuk Bocor Tanpa Perlu Beli Baru.

Share

Periuk yang selalu digunakan untuk memasak, lama kelamaan akan bocor dan berlubang. Ada beberapa cara yang boleh digunakan bagi membaiki periuk bocor ini dan salah satunya ialah dengan menggunakan kulit pisang.

Cara-caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu panaskan periuk yang bocor tu kemudian kecilkan apinya. Kemudian ambil kulit pisang yang di sebelah dalam, tenyeh @ tonyoh berulang kali ditempat yang bocor. Biarkan seketika diatas api.

Hasilnya, periuk yang bocor sudah boleh digunakan seperti biasa. Ia mungkin disebabkan oleh getah yang ada pada kulit pisang membuatkan lubang tersebut tertutup dan melekat. Dengan cara ini, walau periuk dibasuh berkali-kali, periuk tetap tidak bocor.

Kredit petua & gambar: Puan Normah Bahari

Published by
Nur