
Hidangan laut lala kalau direbus saja pun dah cukup sedap, belum lagi jika dimasak pedas, tiga rasa dan sebagainya. Memang menjilat kulit lala dibuatnya.
Cuma satu masalah bila nak masak haiwan laut ini, agak remeh untuk membuang kotoran atau selut yang ada di dalamnya.
Tapi shira.azi berkongsi cara yang mudah sangat untuk kita praktikkan untuk membuat selut dan kotoran dalam siput lala ini. Hanya gunakan cili padi.
Caranya;
1. Masukkan lala dalam besen dan rendam dengan air.
2. Kemudian potong beberapa tangkai dan masuk dalam besen berisi lala.
3. Biarkan selama 15 hingga 20 minit, pada masa ini lala akan mengeluarkan semua kotoran, selut yang ada di dalamnya dan terbuka.
4. Boleh dibilas dan sedia dimasak, bila lala dah terbuka senanglah nak makan.
Sumber Shira. Azi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Minit ‘Defrost’ Lauk Pauk Sejuk Beku, No. 1 Paling Senang

Sibuk bekerja, balik rumah nak masak, lauk pauh beku! Aduhai…memang bertambah huru-hara. Ada petua mudah untuk melembutkan lauk-pauk sejuk beku ni. Dalam masa kurang 10 minit, ikan, ayam dan daging boleh lembut dan dimasak. Cara-caranya ialah:
1. GUNA MICROWAVE
Cara ni paling mudah. Masukkan lauk sejuk beku anda ke dalam bekas dan letakkan di dalam ketuhar gelombang micro. Tekan butang ‘defrost’ dan tunggu proses tersebut siap. Hasilnya ais pada lauk pauk anda akan cair dengan mudah.
2. GUNA PERIUK
Bagi yang tak ada microwave, ada juga cara lain yang boleh dicuba selain merendam lauk pauk di dalam air. Anda hanya perlukan dua buah periuk ‘steel’. Basuh ikan/ayam/daging dengan cara mengalirkan air selama 1-2 minit. Kemudian terungkupkan periuk pertama dan susun lauk beku anda pada bahagian belakang (bontot) periuk. Ambil periuk kedua dan isi air didalamnya. Kemudian letakkan di atas lauk tadi. Biarkan dan tunggu daging lembut. Masa yang diambil bergantung kepada tekstur bahan. Paling sesuai guna cara ini adalah untuk melembutkan daging lembu, potongan kambing dan ikan.
3. GUNA CUKA MAKAN
Untuk cepatkan daging beku lembut, anda juga boleh menggunakan cuka makan. Caranya mudah sahaja. Ambil daging yang hendak dilembutkan dan masukkan ke dalam bekas. Masukkan air dan sedikit cuka makan di dalamnya. Cuka mampu emnurunkan suhu kebekuan serta pada masa yang sama, mampu menjadikan daging empuk dengan mudah apabila dimasak. Setelah daging lembut, bilas dan masaklah seperti biasa.
4. GUNA AIR PANAS
Cara ini sesuai untuk melembutkan daging dan tidak begitu sesuai untuk ikan dan ayam. Apa yang anda perlu lakukan ialah masukkan air yang mendidih ke dalam bekas. Campur sedikit air biasa supaya suhunya sekitar 80C. Masukkan kepingan daging yang hendak dicairkan dan tunggu seketika sehingga aisnya cair. Toskan dan masaklah daging seperti biasa. Namun masa diambil juga bergantung kepada ketebalan daging. lebih nipis daging, lebih cepat ia lembut.
Hilangkan Kesan Karat Pada Pisau Tak Perlu Sental, Ini Caranya!

Hilangkan Kesan Karat Pada Pisau Tak Perlu Sental, Ini Caranya! Ada pisau baru yang lama jangan di lupakan. Masih boleh digunakan lagi jika betul cara jagaannya. Jika ada pisau yang sudah karat tapi sayang nak buang sebab masih boleh digunakan. Ini cara mudah untuk menghilangkan kesan karat tanpa susah payah menyental! Wajib cuba…
Hilangkan Kesan Karat Pada Pisau
BAHAN-BAHAN:
- 1 Botol Cuka Makan
CARA MENYEDIAKAN:
- Rendam dalam cuka makanan selama 24 jam.
- Bilas dengan air paip.
- Kemudian sadur dengan minyak pelincir atau minyak masak.
CARA LAIN:
GUNAKAN: Cawan, cuka putih, span, kain
1) Tuangkan cuka ke dalam cawan atau kuali. Pastikan menggunakan cuka putih, yang mengandungi bahan yang dipanggil asid asetik yang akan menyerang karat.
Lain-lain jenis cuka boleh meninggalkan kesan.
2) Rendam pisau berkarat Jika anda tidak mahu merapikan seluruh pisau (atau pisau), anda juga boleh merendam tuala kertas di dalam cuka dan balutkannya di sekeliling pisau. Hanya tinggalkan pisau selama kira-kira lima minit. Semakin lama dan anda berisiko merosakkan bilah anda.
3) Lap ke bawah bilah. Jika masih terdapat sisa karat boleh lakukan dengan kaedah baking soda atau WD-40, Saya sekali lagi akan mengesyorkan minyak mineral untuk perlindungan dan pembersihan tambahan.
Kredit: Abdul Rashid Abdul Manaf
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tanam Tauge Dalam Botol, Lepas 3 Hingga 4 Hari Boleh Tuai Hasil

Tauge mempunyai banyak khasiat. Walaupun mungkin ada yang tidak menggemarinya namun itu bukan bermakna tauge tidak ada peminatnya.
Sebenarnya tauge kaya dengan protein, malah dua kali ganda berbanding daging lembu atau ayam selain mampu meningkatkan kesuburan lelaki. Khasiat lain termasuk kaya dengan enzim, serat, antioksidan, asid lemak dan vitamin.
Penghasilan tauge bermula dengan proses percambahan benih. Jenis kacang yang digunakan ialah kacang hijau. Kita boleh sahaja tanam tauge sendiri berbanding beli di kedai bagi menjamin kesegarannya.
Melalui perkongsian Kamariah Hashim via Berkebun Tepi Rumah (BTR) wanita ini ‘menurunkan’ tip ‘menanam’ sendiri tauge.
JOM TANAM TAUGE DENGAN CARA MUDAH.
Menanam tauge memang cukup mudah. Hasil tuaian pun elok dan bersih. Hanya beberapa langkah mudah sahaja, anda boleh menikmati tauge yang segar dan rangup.
1. Rendam kacang hijau 4 jam.
2. Tapis kacang hijau dengan menggunakan penapis.
3. Masukkan kacang hijau dalam botol.
4. Spray kacang hijau dengan air rata-rata.
5. Letak botol berisi kacang hijau dalam kotak.
6. Sembur 2 kali sehari (melalui lubang yang telah ditebuk)
7. Hasil tauge sudah boleh dituai selepas 3 hingga 4 hari.
Apabila kita tanam sendiri tauge, kita akan dapat makan tauge yang lebih segar. Dari segi kebersihan pun lebih terjaga selain tidak timbul perasaan was-was tentang bagaimana tauge ini ditanam.
Sumber kredit: Kamariah Hashim via Berkebun Tepi Rumah (BTR)
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Kongsi Resipi Singgang Ikan Selar Cara Mak. Simple Je Tapi Sedap!
Buat Sendiri Mayones Homemade. Mudah & Tak Guna Banyak Bahan
Daging Masak Merah Ala Thai Yang Mudahnya Nak Masak, Nyumsss Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official